Sahabat Maya

Thursday, July 25, 2013

Mengalah bukan Kalah


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan

mungkin agak lambat untuk aku mengucapakan selamat berpuasa kepada kaum muslimin dan muslimat...

Syukur Kehadrat Illahi kerana dipanjangkan usia kita dan sekali lagi bertemu dengan Ramadhan al-Mubarak.

Agak lama aku menyepi dari dunia blog ini... bukan kerana tiada cerita.. tapi kekangan masa menghalang diri...(cewwaaahhh ayat berbunga)

Mengalah BUKAN kalah.... dalam maksud ayat ini....
mungkin aku agak terlewat untuk bertindak, tapi... itu lebih baik dari tak buat apa-apa tindakan...

Astagfirullahalazim...

Dulu
telah ku buang EGO yang membunuh diri
telah ku campak IRI yang membakar hati
TAPI,
ego itu bertandang kembali
merebak menguasai hati....
tanpa menoleh untuk kembali...

semua ini berlaku.......... kerana tiada persefahaman antara kita (cewaah)
(semua itu hanya alasan)
bila amarah telah membara...
akal dan hati akan diketepikan...
semua ini kerana titik hitap yang menodai hati
sarang syaitan yang sukar untuk lari...
Astagfirullahalazim...

Lemahnya Hamba
saat diri diuji dengan hati
tewas.. dan ingin lari..

TAPI
kini aku kembali
untuk mengikat Ukhuwwah yang sejati
bukan untuk menyakiti
kerana tak ingin dipersoal di kemudian hari

In Shaa ALLAH... yang memberi lebih mulia dari yang menerima...
ku susun 10 jari... 
memohon maaf atas khilaf diri...


semoga segalanya berakhir disini...

hatija 


Sunday, March 10, 2013

Kenyataan yang pahit

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera

INGIN aku berlari meninggalkan segala kesakitan yang aku lalui...
INGIN aku pergi melupakan kepedihan yang tak tertanggung... 


segala persoalan terlerai kini... 
telah kutemukan jawapan yang pasti...
jawapan yang membawa aku ke jurang kepedihan dan kesakitan...

adakah berpura-pura adalah jalan terbaik?
atau menjadi yang sebenar solusi cemerlang?

aku keliru, aku keliru kerana kepedihan ini...
aku keliru, keliru kerana kejutan yang tak seberapa ini...

6 bulan, aku seperti sibodoh yang menanti dan mencari jawapan...
terkapai-kapai menanti dan terus mencari...
aku cuba untuk terus berdiri dan melangkah...
saat diri telah kuat untuk melangkah, 
langkah ku terhenti dikala diri mendapat kekuatan 
dan kini,
aku tewas lagi, dan terus terjatuh,,,
harapan terus menjadi mimpi,
mimpi yang tidak akan menjadi kenyataan...
kerana kenyataannya kini,
aku sakit.... 

apa yang peru aku fokus saat dan tika ini adalah apa yang ada dihadapan aku... yang SEMESTER 6... semester yang terakhir In Shaa Allah untuk aku berjuang di poli ini..... 


2 bulan lagi... 2 bulan jak hatijah untuk aku perlu bersabar....
lepas ney, In Shaa Allah... 
segalanya akan pergi...
tiada lagi air mata yang mencurah ke pipi,
tiada lagi kepayahan berhadapan realiti,
tiada lagi assignment yang memberatkan otak...


maafkan aku, aku jahat, aku kejam.... 
bkan dengan kamu jak... tpi dengan diri aku sendiri... 
aku sakit... aku pedih.... aku penat.... 
...................................................

lembaran baru, untuk sebuah kesakitan patut dibuka....
senyuman sebuah kepahitan harus ditunjukkan...
pejalanan kerana sebuah kejatuhan harus diteruskan...

TETAP TERSENYUM walaupun PAHIT... :)


Hat-e-Ja 

Monday, February 4, 2013

Hati

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera

perkara ini lama dah ak nak luahkan... tapi, aku tetap pendam... 
terlalu banyak yang ingin aku sampaikan... tapi, aku tiada masa yang sesuai....

kecil nya dunia ney.... pusing2 x sangka orang tu kita kenal... 

tadi aku pun pusing2 la kat web ney... tetiba aku ternampak sesuatu.... 
aku nampak dia... lama aku tatap... dan kenangan itu muncul dengan sendiri tanpa diundang...
kenangan yang tidak sepatutnya diingat dan diimbas kembali...
aku heran kenapa perkara yang aku ingin buang dengan pantas menyambar semula.... 

aku bahagia lihat kau bahagia... tpi aku kesian dengan kau... 
:( sedih la ko ney... 

kau seorang yang hebat, tapi sayang... kehebatan kau, kau jadikan sia2... 
KENAPA PERLU DENGAN CARA MENYAKITI?

mungkin kau bukan mahu membalas dendam... tapi cara kau, kau tengah balas akan masa lalu kau... 
Sedar la.... sedar sebelum terlambat... bangun la... 

kalau tidak mencintai, jangan pernah memberi harapan... 

suka2 bukan la cara.... singgah dan pergi... ingat apa? touch and go?

aku hanya mampu menjadi pemerhati 2 pihak... 
kau teman dia sahabat... dan dia kenalanm, dia pula member kepada member... 
aku tak tau mau buat apa... kenapa mesti dia? 

harapan seorang sahabat ini tinggi... tapi, aku dapat jangka apa bakal berlaku selepas ini...
sedangkan yang dikejar pun terbiar.... inikan pula yang datang dengan sendiri? 

Aku mohon.... tolong jangan pernah lukakan hati dia... 
sebab, akan ada hati yang sakit... dan hati yang sakit itu juga akan memberi kesan dengan aku...
SEBAB, aku tahu kisah disebalik cerita... walaupun tidak semua... 

jagalah hati yang sepatutnya....


jangan sakiti.... 
CEGAHLAH... jangan sampai PERLU DIRAWAT.... 

K... 

SEKIAN~~~

Friday, January 25, 2013

sahabat

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera

SAHABAT
adalah insan yang sagat istimewa yang hadir dalam hidup kita
hadirnya tidak dipinta dan perginya hanya terpisah kerana Illahi

kehilangan, perpisahan adalah satu kejadian yang amat aku takuti satu saat dahulu...
TAPI, tidak kini.... semua itu dah sebati dalam hidup aku...

dulunya, aku takut untuk membbuka lembaran cerita baru, kerana aku pasti akan ada perpisahan yang akan menjemput satu saat nanti... 
kini, sahabat aku dah mula berubah..... 
semua berubah....
masih adakah peluang untuk kita cipta kenangan seperti sebelum ini? 
"ketawa bersama, menangis bersama"
masih adakah peluang untuk itu????
tarikh perpisahan semakin hampir
adakah kita akan berhubung kembali?
mencoret cerita indah bersama setelah terpisah?

untukmu sahabat, 
aku harap persahabatan kita tidak berakhir disini... sebagaimana tamatnya perjuangan kita di medan Diploma.... 
hmmm....
InshaaAllah... persahabatan yang terjalin takkan pernah terputus...

satu yang ku pinta, JANGAN PERNAHM MELUPAKAN... (macam tajuk lagu plak)


Tuesday, January 22, 2013

aku juga ingin bahagia

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan Salam bahagia

bahagia dalam kecewa

YA... ITU LAH AKU...

kejadian yang sama berulang dan terus berulang.... 
hanya satu cara untuk tidak berulang...

BERALIH ARAH

ubah yang biasa kepada tidak biasa... 
hehee...
bingung kan... x pyh nak ambi berat sangat pun...

aku hanya akan merasa pedih kalau aku ambil kisah... jalan terbaik adalah aku ingin pergi.....
pedih....
tersenyum dalam kelukaan...
tapi itu lah yang terbaik...

silap aku adalah.... terlalu kisah...
so, sekang ney... berubah la ia kepada ADA AKU KESAH? 

UNTUK MU DAN DIA...
SEMOGA BAHAGIA... JANGAN SAMPAI ADA YANG TERLUKA ANTARA ANDA BERDUA....
YA!!!
INI UNTUK ANDA DAN ANDA.... 


AKU INGIN BAHAGIA JUA

Wednesday, January 9, 2013

SENYUM sepi

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera

Al kisah~~~

HEHEHE

aku nak share perasaan aku saat dan ketika ini.... (hahaha)

Aku buntu kerana aku keliru dengan fikiran dan perasaan yang sentiasa berkait....
dan aku selalu senyum sepi....

tertarik dengan tweet Imam Muda Asyraf
"Apa yg seringkali diungkapkan, itulah yg akan masuk ke dalam hati.. Jika hati pedih menahan rindu seseorang, kurangkan menyebut tentangnya..."

hayati dalam2~~~ 

apa yang terjadi ketika ini amat pahit untuk ditelan... tapi itukan lumrah hidup... yang pahit ditelan itulah sebenarnya kemanisan sebuah kehidupan pada masa akan datang...

aku ingin sangat terus tersenyum dalam keadaan ini... tapi aku terlalu lemah untuk sembunyikan apa yang terbuku di sudut kecil hati ini....

LARI bukan jalan penyelesaian... 
HADAPI adalah rahsia kebahagiaan...
 walaupun pedih... tapi itulah kenyataan...

ku harap mereka BAHAGIA... 

aku tak mo ada kaitan... tapi aku tak boleh lari dan terus membatu dan membuta... 


ini lah dugaan hidup... mungkin ada benarnya....
TANYA SAMA HATIJAH,
APA SEBAB MURAM,
NANTI JAWAB HATIJAH,
SEBAB SELALU PENDAM...

TANYA SAMA HATI 
APA SEBAB HITAM
NANTI JAWAB HATI
AMALNYA KURANG...

MARI PERBAIKI DIRI... DENGAN TINGKATKAN AMAL WALAUPUN SEKECIL ZARAH...
START WITH SMILE :)

Wednesday, January 2, 2013

Berhenti Menanti...

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum Warahmatullah Dan Salam Sejahtera...

Rasanya msih belum terlambat tuk aku ucapkan selamat menyambut tahun baharu 2013... 

Ihsan google


terus kepada point entri aku kali ini... BERHENTI MENANTI...
sepanjang-panjang aku kenal dunia maya ney... ceh.... dunia maya okay.. bukan dunia reality... menanti ataupun TUNGGU "something" adalah kerja aku... sedih!!!

aku pun tak pasti kenapa aku sangat menanti sesuatu yg tak pasti... 
menanti sesuatu yang tak akan terjadi...
menanti sesuatu yang akhirnya menjadi sia-sia... 

untuk lupakan segalanya...
sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti... aku rasa itu la yang terbaik... 
selamat berbahagia... hehehehe... :D

Friday, December 28, 2012

21 Tahun


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu dan Salam Sejahtera...

15 SAFAR

satu tarikh yang amat bermakna dan memberikan pengertian yang amat mendalam dalam diri aku...

kini genaplah 21 tahun umur aku... mengikut kalendar Islam (tahun hijrah) ... (tpi mmber ak ckp 22... AAK)

azam tahun baru aku hari itu... simple tapi susah untuk ditunaikan... iaitu ingin terus menjadikn diri aku lebih baik dari sebelum2 ini dan terus berusaha menjadi seorang yang sentiasa istiqomah dalam merubah diri kearah kebaikan... In shaa ALLAH...

dan kini aku akan terus berusaha untuk berubah kearah yang lebih baik...

bila member2 wish "happy birthday" selamat ulang tahun" " happy tua day" "selamat mengingati hari kelahiran".... sebenarnya, dalam kegembiraan ada satu panahan yang menusuk... (cehhh ... ayat.... ) 

mari kita renung ayat ini...

semakin meningkat umur kita, semakin singkat jangka hayat kita....

umur itu rahsia Allah... Tiada siapa yang boleh meneka bila ajal seseorang itu akan sampai.... sebagai manusia yang berdiri diatas bumi yang hanya persinggahan ini... ayuh kita renung kembali... kita renung kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang umur yang telah dipinjamkan kepada kita... apa yang telah kita siapkan untuk dibawa ke muka pengadilan... pengadilan yang seadil-adilnya... Astagfirullahalazim... 


lekanya aku akan umur yang telah diberikan secara percuma... banyak juga perkara yang perlu aku rebut dengan percuma tapi aku biarkan ianya lepas juga dengan percuma... 

alpa dan hinanya diri ini.... 
Astagfirullahalazim....
Astagfirullahalazim....
Astagfirullahalazim.... 

thanx for the precious things... <3 it...="it..." nbsp="nbsp" td="td">
* terima kasih kepada Azie n Afis... love U guys... :D

menang dan kalah, jatuh dan bangkit, berjaya dan gagal adalah perjuangan seorang pejuang... pejuang sejati takkan terus terduduk andai tersungkur dan terbaring di tengah perjalanan... tapi bangkit dan terus melangkah adalah semangat yang perlu terutamannya bagi mereka yang punya misi yang belum terlaksana...

kejayaan seorang Muslim adalah apabila dia telah memijak syurga Allah... 

Hatijah Saripudin

Monday, December 24, 2012

Aku yang lemah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatu dan Salam Perpaduan 

setiap insan yang berdiri di atas bumi Allah ini pasti akan diuji... samaada diuji dengan kesenangan ataupun musibah... 

ramai yang anggap musibah itu sahaja ujian Allah... sebenarnya kesenangan, kebahagian, kegembiraan itu juga adalah ujian yang lebih berat dari Allah tapi kita yang lemah ini tak perasan akan ujian ini... 
kenapa?
bagi aku... kerana kegembiraan, kebahagiaan, kesenangan itulah yang kadang2 membuatkan kita lupa untuk bersyukur kepada Yang Maha Esa... 

Astagfirullahalazim...
aku sentiasa leka dan alpa saat kebahagiaan singgah dalam hidup aku... 
aku lalai tatkala sedang bergembira
aku lupa saat diri diambang kesenangan....

Ya Allah...
Tabahkanlah hati hamba-Mu yang lemah ini
Hati yang sering lalai dan alpa...
janganlah Engkau butakan hati hamba dengan tipu daya dunia
Amiin... 


Tuesday, December 11, 2012

aku penat


aku penat tersenyum
menyembunyikan kesakitan di sebalik ketabahan
aku penat berdiri
menyembunyikan kepenatan di balik kekuatan
aku penat ketawa
menyembunyikan kedukaan dibalik kegembiraan
aku penat menanti untuk sesuatu yang tak pasti
aku penat melangkah 
aku penat berusaha
aku penat

TAPI, 
aku tidak boleh mengalah...
walau sepenat manapun diri aku
aku harus terus berdiri
untuk melangkah mencapai impian yg menanti
aku harus terus ketawa
untuk memotivasikan diri
hari ini belum berakhir
aku harus terus tersenyum
untuk menghilangkan duka yang datang menerpa
walaupun aku terluka
aku harus terus melangkah
aku harus terus berusaha
kerana inilah sebuah perjalanan yang memerlukan pengorbanan untuk mencapai impian
kerana cita2 tanpa usaha hanyalah angan2


The Revenge Time.... 


Saturday, September 29, 2012

12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI





1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

selamanya bersama....

teman sejati sentiasa dihati
Sayang Mereka semua... 
semoga persahabatan kita kekal selamaya...

heart 5perdana09 heart

heart DET A - Jun 2010 heart

Tuesday, September 18, 2012

"tau dah"

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu dan salam sejahtera...

" TAU DAH "
 tajuk entri aku hari ini....

sebelum aku masuk point utama aku, aku nak buat selingan cerita sikit... 
last year, dalam bulan 9, aku accident kereta... huhuhu....

dan  disebabkan aku accident, aku trauma dengan " break mati " bila orang break mati, jantung aku akan pump lebih laju... akibat terkejut... 
begitu la kejadian aku selama 3 bulan lebih... 
bila orang " break mati " jak... aku akan rasa tak sedap badan sehari sebab terkejut yang melampau....

N now.... aku jadi a bit trauma dengan ayat "tau dah"...

aku baru jak on HP- no digi aku... then, masuk mesej dari member - tau dah.
bergetar satu badan aku baca mesej tu... walaupun aku tak tau apa yang dia tau... 

semoga semua dalam keadaan baik... 

Tuesday, September 11, 2012

Baru???

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera…

Lama dah aku tak update blog aku… sebab? Simple, malas dan buzy… :P
Okay… semua dah bru… termasuk la design blog ini… hehehe


10 sep 2010,
Tarikh ini susah untuk aku lupakan… sebab,- 2 tahun lalu… aku  telah memulakan satu kehidupan yg baru pada tarikh ini.. setelah berlaku kejadian yg amat mengejutkan aku pada 9/9/10

Seriously, untuk tahun ini, aku dah kehilangan diri aku yang lepas… aku pun x pasti kenapa… diri aku pada tahun 2011 hilang… lebih2 lagi lepas practical...

Semester baru ini (x la bru sagt), aku dah jadi pelik dah… jadi macam orang yang tiada perasaan… aku sedar yang aku banyak buat salah… terutamanya dengan member kelas aku… sorry guys… aku teriak kadang2… tapi, serius.. aku tak bermaksud pun… kira aku main2 jk la… :D lagi pun, korang pun selalu mainkan aku… hehehe… kira kosong-kosong la kita ney r… hehehe :D

Aku jadi gitu bukan sebab apa… aku stress… stress sebab target ak terlampau tinggi… SAMA2 LA KITA BELAJAR DAN BERUSAHA… OK… ;)
So, InsyaAllah… seperti sebelum2 ini… aku akan berusaha untuk berubah menjadi baik dan terus menjadi seorang yg baik… aamiin… 


Tuesday, August 14, 2012

20 Tahun

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini genap la  20 tahun ak menghirup udara percuma pemberian Allah ...
terima kasih kepada yg ingat bufday aku tanpa bantuan FB... hehehe

sebenarnya, aku tak la excited sangat nak sambut bufday2 ney... bagi aku Birthday party, birthday wish ney adalah satu peringatan buat diri aku...
peringatan tentang umur yang makin meningkat dan jangka hayat yg semakin singkat .

20 tahun dah aku berdiri atas bumi yang menjadi persinggahan ini... selama 20 tahun ini, apa yang telah aku lakukan? Astagfirullahalazim...
terlalu banyak salah dan khilaf yang aku lakukan... pada orang yang ada di sekitar aku dan yang paling teruk adalah dengan diri aku sendiri....

20 tahun bukanlah angka yang sikit,masa yang singkat... tak percaya? ok, cari calculator 20x365x24x60x60 = 630.72x10^6 minit (lau x silap la. kalu salah btul kn erk.... math, HANCUR)

apa jasa aku kepada agama, bangsa, dan negara?
apa jasa aku pada kedua ibubapa aku, keluarga?
apa jasa aku pada sabahat, teman dan kenalan2 aku?
apa jasa aku pada diri aku sendiri?


aku sendiri tiada jawapan untuk persoalan aku...

impian aku sempena umur aku mencecah angka 20 ney, 
>> aku harap, aku menjadi seorang yang baik yang sentiasa melakukan perubahan menuju kebaikan....
>> ingin mencapai cita-cita yang aku impikan sejak di bangku sekolah...
>> aku harap, pointer aku tak jatuh lagi... penat tengok pointer jatuh... huhuhu :(
>> tidak menjadi seorang yang lalai yang tertipu dengan dunia...
>> dan macam2 lagi

LIHATLAH DUNIA...

semoga perkara yang bakal berlaku dapat aku tempuh dengan kekuatan yang diberikan oleh Allah serta sabar dalam segala sesuatu...

Andai hari ini bukan milik kita, usah bersedih usah berduka kerana dalam kegelapan ada cahaya menanti di hujung pasti. bangkit setelah jatuh adalah pejuang sebenar... Hatijah Saripudin. 14.8.12

Wednesday, August 8, 2012

cukup.....



Suka,
Hanya singgah sementara
Menyenangkan hati yang tenang
Luka,
Datang setelah setelah suka berlabuh dengan sempurna
Membekas di hati tanpa pengetahuan sesiapa
Sakit,
Terluka kerana terlalu suka,
Tidak mampu diungkap dengan kata
Hanya pergi mengalir bersama air mata
Sudah,
Biarlah ia berlalu bersama masa yang tak pernah berhenti
Cukup,
Kerana semua akan berakhir
Biarlah kisah ini tamat disini tanpa ada sambungan yang lebih meyakitkan.


Sunday, August 5, 2012

Kebanggaan Malaysia

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu dan salam sejahtera...

2 jam yang lalu, final match for men's single... telah pun berakhir... sebagaimana yang telah diketahui umum... pemilik emas untuk kategori ini adalah Lin Dan... tahniah...

match ini la... yang paling aku tunggu2 untuk sukan olimpik ney...
sepanjang sejam lebih juga la perlawanan antara Datuk Lee Chong Wei menentang Lin Dan (china) berlangsung... aku dah macam cacing kepanasan dah... :D
tak senang duduk... mengalahkan couch... hahaha...
dari DUDUK di atas kerusi, turun pegi LANTAI, berdiri, duduk, macam2 la gelagat aku.... 
semangat punya pasal... walaupun aku bukan la insan yang suka bersukan... hehehe

bagi aku, walaupun Datuk Lee Chong Wei dapat pingat perak... beliau tetap pemenang... pemenang hati2 peminat badminton tanah air... 
ramai yang berbangga dengan pencapaian Datuk Lee Chong Wei... sebab beliau bermain dengan hebat cuma nasib bukan menyebelahi Malaysia... 

sekali lagi, tahniah buat Datuk Lee Chong Wei atas kesungguhan yang dipamerkan dan satu perlawanan yang hebat.... U r our hero.... ANDA TETAP MENJADI KEBANGGAN MALAYSIA... 

MALAYSIA BOLEH.... 

Wednesday, July 25, 2012

Ramadan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera

masih belum terlambat rasanya untuk aku mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang beragama Islam... selamat melakukan amal ibadah di bulan Ramadan yang penuh dengan berkah ini... 

harap semua pembaca berada dalam keadaan sihat.... :D
lama dah aku tak update blog aku ney... bukan sebab tiada idea... tapi aku dihentam rasa MALAS nak update blog ney... :D

memandangkan Broadband aku dah muncul semula... aku akan bergiat kembali dalam dunia blogger ney... hehehe.... (mungkinla)

time2 aku malas nak update blog ney, aku aktif dengan youtube... hehehehe.... 

ok... done!!!

okay... tu jak yang aku nak share... see U bila aku rasa aku nak share something... i'll be back.... 

JAGA DIRI, JAGA IMAN...

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH DI BULAN RAMADAN... 

sekian...

Friday, April 13, 2012

Sudut Pandang Aku Tentang Kehidupan

بسم الله الرحمن الرحيم


Kehidupan adalah satu pengembaraan…
Hidup umpama musafir yang menggembara dan belajar dari perjalanan…

Hidup ini singkat…
Dan yang singkat itu perlu la dihayati setiap saat…

Aku hayati kehidupan dengan melakar setiap detik memori aku dengan bentuk senyuman…
Bahagia aku hari ini akan aku sisakan untuk senyuman esok hari…
Duka aku hari ini aku aku benam jauh di lubuk minda dan kaburi segalanya duka dengan senyuman…

Kebahagian yang sejati apabila kita dapat membahagiakan orang yang berada di sekeliling kita…

Aku tidak dapat menilai diri aku secara total… kerana yang melihat diri aku bukanlah diri aku sendiri tetapi mereka2 yang berada di sekeliling aku…

Kehidupan itu indah
Andai dihayati…
Andai dipelajari,
Andai dihargai…

Hayati setiap saat yang kita lakukan dengan mengucapkan syukur kepada Ilahi atas kesempatan yang diberikan kerana masih mampu untuk melihat sinar matahari, cayaha purnama bulan dan kerdipan bintang2 di langit yang luas…

Pelajari pengajaran dari setiap ujian yang menimpa kita… ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk… sama ada dari kesusahan mahupun kemewahan… Ujian Allah dari aspek kesusahan itu di panggil musibah… ujian ini yang selalu dilihat secara meluas… padahal, ujian berbentuk kemewahan itu yang harus dilihat dengan lebih dalam… kerana kemewahan dan kesenangan kita boleh menjadi seorang yang sombong, riak dan banyak lagi sifat2 mazmumah…. Andai diri dikawal oleh Iman… semua mudah untuk di tepis dengan adanya sifat2 mahmudah…


Ujian hidup yang paling umum kepada manusia adalah  musibah… dan musibah itu datang dalam pelbagai bentuk…
Sebagai contoh, "break up", "fail", pointer jatuh, bankrupt, dan macam2 lagi perkara yang sering dikatakan "BAD LUCK"…

Tapi, sejauh mana "bad luck" ini memberi pengajaran yang boleh dipelajari dalam hidup kita?
Ambil masa sejenak untuk kita berfikir apa perkara yang paling teruk pernah kita lalui? (fikir sejenak)
Dari kejadian itu, adakah berlaku perubahan pada diri kita?
Andai YA, alhamdulillah… anda adalah seorang yang berfikiran positif yang telah mengubah bencana menjadi bahagia…
Seorang yang berfikiran positif sentiasa berfikiran bahawasannya ujian yang datang kepadanya adalah salah satu adventure kehidupan… sejauh mana tahap ketabahannya dalam melalui kehidupan…

Andai TIDAK, ubahlah pemikiran anda… anda sentiasa berfikir musibah itu menyusahkan… tetapi kenyataannya tidak… musibah adalah kejadian yang menjadikan kita lebih hebat dan mantap… yang lebih tabah dan teguh… bukan membuat kita lemah dan layu… TIDAKKK…

Pelajari setiap kejadian itu dengan mengambil pengajaran dari setiap yang berlaku…

"setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya"

Sesudah kesakitan itu terdapat kesembuhan,
Setelah keresahan ada ketenangan,
Setelah kegelapan pasti ada cahaya yang menerangi kehidupan…

Untuk apa kita rasa "down" hanya kerana perkara yang telah terjadi dan tidak mungkin terulang?
Andainya kita terikut-ikut dengan perasaan pasti kita tak akan mampu untuk melangkah kehadapan untuk mengecapi kejayaan…
Bangkitlah dari segala mind set yang tidak membawa kepada kebaikan kepada diri…
Ambil ikhtibar dari setiap yang berlaku di sekeliling anda pada tiap saat dan waktu…

Hargai apa sahaja yang ada di sekeliling anda… saat yang indah itu terlalu pantas ia terjadi… andai tidak dilakar dengan serta merta maka segalanya hanya pergi begitu sahaja tanpa makna…
Bagaimana hendak lakar segalanya? Simple… dengan menghargai

Hargai insan yang ada disisi anda sekarang… kerana belum tentu dia akan ada bersama ada esok hari…
Hargai saat yang diberikan kepada anda ketika ini, kerana belum tentu saat yang sama akan berulang…
Hargai ilmu yang diberikan oleh sesiapapun, kerana ilmu itu tidak akan datang dengan mudah kepada anda…
Hargai musibah yang terjadi kepada anda, kerana musibah itu sebenarnya membenuk peribadi andai kita memperlajari apa yang terjadi…
Hargai cinta yang datang kepada kita, kerana menyintai insan yang menyintai kita lebih bermakna daripada menyintai insan yang kita cintai….

Hidup ini indah andai dihayati dengan mata hati yang dinilai dengan fikiran yang jernih, yang memperlajari segala kejadian yang berlaku dan menghargai setiap kejadian itu… kerana hidup adalah sebuah pengembaraan...



Inilah sudut pandangan aku tentang kehidupan.... andai ada salah dan silap mohon maaf dari penulis kepada pembaca... sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu datang nya dari diri yang serba kekurangan dan khilaf lagi jahil ini... 

Monday, March 12, 2012

Alt+F4 --- Del

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera...

memulakan hari dengan senyuman dan melupakan cerita pahit semalam adalah satu langkah bijak agar hidup sentiasa ceria dan bahagia... 

Tiada Perubahan Tanpa Berubah...


maksud aku perubahan tidak akan berlaku atau terjadi bila kita tidak mengambil langkah untuk melakukan perubahan dalam hidup... perubahan kearah kebaikan sebaiknya...

bila diimbas kembali kenangan yang lalu, serius aku katakan...
banyak kisah hidup aku yang membuat aku melihat sudut kehidupan dari pandangan yang berbeza... banyak perkara baru yang aku belajar dan ketahui... 

setiap perkara yang lalu akan aku kaitkan dengan kehidupan saat ini... terdapat sedikit persamaan tapi akan aku lakukan perubahan dengan cuba mengelak akan perkara2 yang bakal terjadi...

pengalaman mematangkan seseorang... 
pengalaman juga mengajar seseorang untuk lebih menghargai erti sebuah kehidupan... 
pengalaman juga membuat kan seseorang melakukan perubahan 
dan 
pengalaman tidak mungkin menjadi pengajaran andai dibiarkan ia berlalu pergi.... 
Belajar dari Pengalaman...
KERANA PENGALAMAN ADALAH GURU YANG TERBAIK...

cerita tentang kenangan...
senyum dan tangis menjadi peneman... sebab ada kenangan suka dan ada kenangan duka... :) :(
kalau nak cerita kisah suka-suka ney.... memang tak habis la jawabnya... sebab aku mula kenal bahagia dan menyimpan kenangan terindah sejak aku umur 5 tahun... hehehe... 
so, aku takkan cerita mula dari aku umur 5 tahun sampailah kenangan yang indah yang berlaku tadi pagi... PANJANG TU KISAH HIDUP... 
walauapapun, yang indah itu kita kenang agar dapat mengukir senyuman dikala duka bertandang...

SEBENARNYA, yang kat atas ney muqaddimah jak... hehehe.... panjang kan? kalau berucap... dah dibuai mimpi dah bagi yang mendengar... tahniah kepada anda yang telah berjaya membaca sampai ayat ini. :)
teruskan membaca...

ALT F4....  adalah short key untuk close tab or shut down... dan apa2 yang berkait la... (korg lbih pkar bab2 komputer ney...)

minda kita ney banyak tab... hehehe... hari ini satu tab... esok open new tab and then bookmark... dapat kisah menarik simpan dalam folder yang bertajuk "kenangan hari ini" ... bila memory full Alt+F4 and delete...
buka lagi kisah baru dan begitu la seterusnya... 
itu andainya otak kita telah di programkan dengan command2 seperti short key, key Del, backspace dan lain2... 

kenyataannya... otak kita sukar untuk melakukan hal seperti itu... kerana Masa tidak akan berulang dan tidak akan berhenti... 
dan keupayaan manusia yang istimewa adalah ingat akan kenangan dan sukar untuk lupakan kenangan... 

aku melangkah kehadapan kerana bergantung pada kenangan.... 
aku hidup dalam kenangan, 
aku bahagia dalam kenangan 
dan 
aku menikmati kehidupan kerana kenangan...
kenangan yang tak mungkin berulang 
dan
tetap menjadi kenangan...

sebulan ney, kat tempat kerja aku...selalu ada perbincangan dan aku pulak menjadi pendengar yang setia... 

perbincangan tentang kehidupan... merungkai kehidupan alam rumahtangga.... maklumlah... mereka2 adalah insan yang telah berumahtangga... standard abang2 aku semua...(padahal abg aku blum kahwin... cuma umur mreka standard abg ak) 
bila mereka cerita pasal kehidupan rumahtangga ney... minda aku terus mencari fokus untuk berjaya dalam hidup dengan melakukan perancangan kehidupan... (apa kaitan)

kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang... kita tidak tahu sama ada kita bertuah atau susah pada masa akan datang.... jadi, Siapa kita hari ini adalah kita pada masa akan datang... maknanya... jika kita berusaha pada hari ini InsyaAllah... kita berjaya pada masa akan datang...

bukankah Gagal merancang, merancang untuk gagal...
melalui perancangan hidup kita dapat lihat arus atau jalan untuk kita mencapai tahap yang kita inginkan... 
merancang masa depan bukanlah satu dosa... tapi ia adalah langkah bijak untuk menentukan kejayaan seseorang kerana lebih bersedia untuk menghadapi rintangan yang bakal menjelma...

Kenangan yang pahit bukanlah satu perancangan ... 
bukan juga satu kebaikan....
jika terus diratapi dan ditangisi ia akan menjadi satu kehancuran dan kelemahan...
kenangan yang pahit ambil sebagai satu kekuatan dan kelebihan untuk terus bangkit dan maju...

oleh itu, segala kenangan yang PAHIT DAN DUKA yang pernah terjadi dalam hidup aku... especially.......................................................
akan aku ALT F4... and DEL...  
untuk satu kejayaan yang tertunda menanti dihadapan.... 

kisah lalu akan aku simpan dalam recycle bin dan akan aku elakkan untuk RESTORE kembali... kerana ianya tidak mendatangkan faedah... 


selamat tinggal kenangan... selamat datang harapan....

Thursday, March 8, 2012

speechless



andai ini jalan yang harus aku lalui... aku terima
tapi adakah aku harus berhadapan dengan penipuan?
penipuan yang sukar untuk aku terima...
sebelum ini aku berfikir akan pepatah dari FB seseorang "LIAR always LIAR"
dari pemikiran dan penhayatan aku adalah YES
sblum ney aku boleh terima apa yang kau buat kat aku... but now... !!!!!!!!!!
adakah dengan senyuman boleh hilangkan segalanya?
adakah denga diam boleh lupakan segalanya?
NO ok

aku x buta la... I can see and read it U know... and now .........................................
silap aku judge terlalu awal tanpa periksa...
aku tahu ini tidak adil.. tapi biarla...
sudahlah... aku yang silap kerana selama ini terlalu baik dan lurus (maybe)

pergila bahagia bersama segalanya...
hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm