Sahabat Maya

Wednesday, March 23, 2011

Sedar ...

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera....

Alhamdulillah....
itu la antara kata2 yang boleh aku ucapkan saat diri ini mendapat kekuatan untuk meneruskan perjuangan menuju kehidupan yang abadi dan kekal untuk selamanya....

saat diri aku masih lagi terkapai-kapai dan masih lagi terumbang ambing, Allah maha berkuasa... Allah tunjukkan jawapan yang pasti untuk aku.....
lapang, tenang dan yakin... itu lah antara perasaan aku saat ini... tidak seperti dulu.... gelap, sedih, takut dan semua yang teruk2 la... :D

Islam is a way of life.... Islam mengajar umatnya dari perkara mudah sehingga la yang berat... tpi, sedih sangat dengan umat islam zaman ini....
aku pun tidak sempurna, aku pun insan yang berdosa, aku hanya mampu memohon kepada Yang Maha Mengetahui agar perjalanan hidupku sentiasa direhai-Nya...
dalam mencari sesuatu yang pasti dan istiqomah aku berharap agar aku tidak lagi hanyut seperti sebelum ini...
ini adalah perkara yang terbaik... Insyaallah....

p/s: terlalu banyak perkara yang Allah tunjukkan kepada umat manusia agar kembali beriman kepada Allah... percaya lah akan hari kiamat dan hari kebangkitan... sesungguhnya akan datang hari itu tanpa diduga oleh akal dan fikiran manusia yang cetek dah rendah.... bersama-samalah kita berdoa semoga nyawa kita diambil saat diri ini masih beriman dan mati dalam keadaan husnul khatimah......

Tuesday, March 22, 2011

Andai kelmarin......

Andai kelmarin gelak tawa kita yang terakhir,
Simpanlah di dalam kotak mindamu,
Andai kelmarin air mata terakhir untukmu,
Lupakanlah kesedihan itu,
Andai kelmarin ku berikan nasihat kepadamu,
Ingatlah ia nasihatku buatmu,
Andai kelmarin ku berikan hadiah padamu,
Simpanlah untuk kau jadikan kenangan dariku,
Andai kelmarin aku lakukan kesalahan padamu,
Maafkanlah khilaf ku itu,
dan,
Andai kelmarin adalah pertemuan yang telah tiba penghujungnya,
Ingatlah aku DALAM DOAMU....
Doakan aku bahagia disana....

Aku yang Tewas


aku x faham kejadian sebenar..... dan aku x nk ambi tahu... btul tu EEE dah mati... mati kat hati ko n mati dari khayalan ko...
maaflah... tpi ini lah yg terbaik... ko jga yg gtau satu msa dulu, ko nk lupakan semua... jdi aku permudahkan kja ko...
aku dah penat dah nk men game ney... so, biarlah aku yg mengalah... biarlah dalam game ney aku sebagai penama 'LOSER' bab aku dah x sanggup dah....
lagipun, ko dah bahagia... btul x... lau sblum ney ko dah bhagia apatah lae sekarang??? kn...
lau sebelum ney aku selalu ckp jgn lupakan aku, kli ini aku nk ckp"suka hati kau la"

aku brubah??? aku x nafikan... btul la tu... bab aku dah pnat dah kjar dunia... x mampu dah aku... jdi ini la langkah aku...
Nama langkah ney, langkah MAUT... :D

aku x nafikan kau seorang kawan yang baik... dan aku plak x cukup baik.... kja aku sakitkan hati ko jk kn??? so, x nk sakitkan hati ko... biarlah aku jadi baik dulu bru kita jumpa lae... n bersahabat...

untuk yang kesekian kalinya.... HIDUP BAIK2 n Take care....

rsanya cukuplah smpai cni aku merepek n menahan pedih yang telah aku tahan... aku dah x sanggup..... aku lemah sgt2... (aku sndiri pun x fhm)

p/s: dalam hidup ney apa yg kita wat pasti kita dapat blik... lau hari ini kita sakitkan hati org, sok org plak skitkan hati kita.... SEKIRANYA NAK ORG BERBUAT BAIK DENGAN KITA, KITA KENA BERBUAT BAIK DAHULU DENGAN ORG....

Friday, March 11, 2011

Bayaran Sebuah Kemaafan

Bayaran Sebuah Kemaafan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., Rasulullah bersabda:

Musa bin Imran bertanya: "Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu? FirmanNya: "Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan org lain."

Saya merasakan bahawa perkara yang paling mahal saya terpaksa bayar dalam perjalanan kehidupan ini adalah; sebuah perpisahan. Membayarnya adalah sesuatu yang sangat menyedihkan.

Seseorang itu sepatutnya bersedia, redha, sabar di saat hati yang dihiris dengan kesedihan.

Kita selalu lupa bahawa setiap orang yang telah menambah nilai erti kehidupan kita akan berakhir. Mereka akan pergi meninggalkan kita. Atau kita jua akan berjauhan meninggalkan mereka.

Hari ini kita telah menjadi seseorang. Kita telah menemui pelbagai ragam manusia yang mungkin menyakitkan, mungkin juga menggembirakan. Kita telah pelajari sebuah kehidupan yang sebenar.

Adakah kita berterima kasih kepada mereka? Yang pernah menambah asam garam dalam resepi kehidupan ini?

TERIMA KASIH

Kita seringkali mendengar, "manusia tidak pernah lari dari buat kesilapan", untuk kita sentiasa akui bahawa setiap orang mengaku ketidak sempurnaan dirinya.

Frasa itu juga mengajar kita bahawa "manusia belajar melalui kesilapan", walaupun yang membuat kesilapan itu daripada orang yang lain.

Adakalanya kita rasa sakit hati atas perbuatan seseorang itu. Mungkin sakitnya hati itu tidak dirasai oleh orang yang menyakiti. Mungkin juga dia disakiti.

Namun kita tidak sedar bahawa dia mungkin pernah mengajar kita erti kehidupan lebih banyak dari apa yang dia sakitkan hati kita. Mengapakah kita terlalu keras hati sehingga terlalu mahal harga kemaafan kita?

Tak mahu bertanya sapa, tak mahu mendekati, tak mahu dan tak mahu.

Kerana mungkin kita terlalu sayangkan hati kita? Kuat merajuk? Mungkin?

SELAMAT TINGGAL

Mengapakah seseorang itu merumitkan lagi masalah dengan tidak memaafkan? Sedangkan, lebih mudah menghabiskan cerita yang rumit itu dengan memaafkan?

Kita sebenarnya telah membayar harga yang lebih mahal kerana itu, iaitu dengan memendam sakit hati, berpisah, dan dendam – hanya kerana enggan memaafkan.

Tahukah kita bahawa Rasulullah saw. telah menjadi orang yang berjaya kerana dirinya yang sangat pemaaf? Baginda dibenci, Baginda dicaci, didengki, namun kerana memahami semua itu adalah hakikat manusiawi, Baginda memaafkan.

Kita mungkin boleh berfikir sendiri, akan manusia yang sangat terpuji akhlaknya. Mungkin Rasulullah itu maksum, bersih hati jiwanya, dan kita tak mampu lakukannya. Tapi bukankah nabi diturunkan agar kita mencontohinya?

Kita bakal lagi akan diuji dengan pelbagai lagi ragam manusia.

Tetapi kita tentu akan tenteram jika kita memaafkan mereka.

Usah merumitkan lagi cerita jika penyelesaiannya hanya dengan membayar sebuah kemaafan andai mereka pernah menjadi rakan, kenalan, atau keluarga kita.

Maafkan sahaja.

Kembalilah bersaudara.

Andai Habil dibunuh kerana hilang rasa persaudaraan daripada satu pihak. Andai agama ini pernah membayar harga persaudaraan itu dengan jenuh dan letih dalam berhijrah. Mengapakah kita menggadaikan persaudaraan itu semudah-mudahnya, angkara perkara yang kecil, tetapi dibesar-besarkan?

Rugilah orang yang memutuskan persaudaraan.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." - [Al-Hujurat : 10]

enough



Ini lah waktu yang tepat untuk semua...
aku dah penat dah...
aku betul2 x kuat untuk hadapi semua ini....
aku harap aku x tewas dipertengahan jalah.....

CUKUP!!!!!