Sahabat Maya

Friday, September 16, 2011

Aku tinggalkan dirimu demi Dia...


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..

Namamu kah yang tertulis di Luh Mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku ke jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?

Aduhai ikhwah..
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini..
Jawab!


Kau takkan pernah memperoleh jawapan..
Kerana jawapannya bukan di tanganmu..
Tetapi di tangan-NYA..
Di tangan Tuhan kita.. Allah S.W.T..
Tuhanku dan Tuhanmu..
Gelisahku memikirkan dirimu..
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku..

Aduhai ikhwah..
Maafkan aku..
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu..
Jemput diriku apabila waktunya tiba..
Sebelum sampai saat itu..
Biarkan aku sendiri bersama si Dia..
Akan ku cipta CINTA bersama Dia..
Sebelum kucipta CINTA antara kita..


Jadilah dirimu seseorang yang soleh disisiNYA..
Dan doakan aku agar menjadi seorang wanita yang solehah..

Oleh itu..
Aku tinggalkan dirimu padaNYA..
Sesungguhnya..
Aku bertawakal kepada Allah..
Tuhanku dan Tuhanmu..
Tidak ada suatu binatang melata..
Melainkan Dia lah yang memegang ubun-ubunnya..
Sesungguhnya..
Tuhanku di atas jalan yang lurus..


Usah BERSEDIH di atas perpisahan sementara ini..
Jika benar aku tercipta untukmu..
Dan kau tercipta untukku..
Tiada siapa yang dapat menghalangnya..
Sebelum saat itu tiba..
Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan..
Mohonlah padanya dengan penuh pengharapan..

Yakinlah Pada Janji Allah!!

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."
~Surah An-Nur : Ayat 26~

Sesungguhnya..
Allah tidak akan pernah mensia-siakan pengorbananmu..
Bila mana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata..


Yakinlah!!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti..

"Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya."
"Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati."
~Surah Ad-Dhuha : Ayat 4-5~

Beruntunglah kamu..
Tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan..
Antara lelaki dan wanita..
Allah memilihmu..
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini..

"Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa."
"Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)."
"Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)."
~Surah As Syams : Ayat 8-10~


Seungguhnya orang-orang mengatakan:

"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu."
~Surah Al-Fussilat : Ayat 30~

Dan tika kamu merasa lemah..
Mohonlah kekuatan dariNYA..
Allah itu sentiasa dekat..
Yakin pasti..

"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
~Surah Al-Fussilat : Ayat 36~


Kamu dan aku adalah intan terpilih..
Berdoalah diriku kuat dan tabah menjaga kilauanku..
Berdoalah tiada sang kumbang durjana merosakkannya sebelum yang halal tiba..
Aku juga sentiasa mendoakanmu agar dalam peliharaanNYA..
Insya Allah.. Sentiasa...

Barakallahufik..=)



Sumber: http://shakilaseha.blogspot.com/2011/09/aku-tinggalkan-dia-demi-dia.html
 copy from : J - Surau Nurul Yaqin

 

Wednesday, September 14, 2011

happy-happy

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum W.B.T dan salam kemerdekaan...

ceria gtu tajuk hari ini...
aku nka cerita bnda simple jk pown...
tadi dalam jam 1015 kelas kitaorang ada practical test... ingtkan senang la test ney...last2 bila tengok soalan and start jawab... baru la aku sedar.. tak mudah rupanya...

lepas semua dah dalam keadaan benggong sebentar... lepas 45 minit berlalu... kelas tak macam kelas ada ujian... berjalan-jalan siap boleh tawaf member lagi... 

then, sepa2 yg dah siap.. kena tunjukkan kat lecturer... 1st tu memang la senang jak lecturer tu nak p satu meja ke satu meja... lama-kelamaan... member2 aku ney bawa laptop dah p tempat lecturer... serious aku x sanggup nak berebut... lagi pun aku tak kejar msa sangat.... 

dalam kesibukan lecturer tu check keja member aku... aku and member yang len pun cerita2 kat belakang... kat sini la kita orang buka rahsia family... ala tnya adik-beradik jak berapa org... 

tapi yang best nya tu... SILATURRAHIIM kita org aku rasa makin erat dan insyaAllah bertambah erat dari semasa ke semasa... AMIIN...

tu jk la cerita yg aku nak kongsi hari ini... ada msa aku update lagi...

SAYANG KORANG SEMUA... MEMBER DET 3A 2011


ilmu dikongsi,
ukhuwwah diberkati...

atie

Sunday, September 11, 2011

11.11.11


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera....

Jika seseorang datang membuat kita kecewa,
Maka dia adalah 'guru' yang hendak mengajar kita erti sabar...

Jika kita rasa kita sedang dikecewakan,
itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap...


p/s : sebagai renungan bersama... .... untuk entri bertarikh 11.11.11.... :)

sekian...

what ever!!!!

simple story 4 today...

1st = aku hairan la knpa Dia terkejut bila dIa keluar ngan org len? bukankah Dia dah ada c dia? lantakalah bha bila dIa nak kuar ngan sepa pun... nmpak sangat yang Dia terkejut bila khbar itu sampai ditelinga Dia...

2nd = aku tak faham perasaan aku sekarang ney... pa yang aku tau sekarang ini... JUST FORGET IT....

3rd = rrrrrrrr menyampah aku!!!

4th = relax.... tak ya nak take serious this entri...

5th = just me... :D

Saturday, September 10, 2011

Open house kat uma aku... (raya ke 12)

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri.... :)

hari ini 12 syawal 1432 hijrah... 12 hari dah kita raya...

hari ini juga member2 kelas aku (classmate now) nak beraya kat rumah aku... sebenarnya aku x rancang pun... semua ney terjadi bab member yg satu bufday ngan aku tu dia wat OPEN HOUSE... so, sekali la ngan rumah aku... walaupun tak la dekat sangat...

aku pun iya kan jk la...
untuk YANG PERTAMA kalinya... lepas aku solat subuh... aku trus meletakkan diri aku di DAPUR... hehehe... tak pernah2... 

dari jam 6.30 a.m aku mulakan keja aku dengan memotong bawang.. 
aku rancang nak masak AYAM MASAK MERAH... (1st time masak banyak untuk org luar)... sejujurnya aku takut la nak masak untuk orang ney... aku klau nak masak... aku suka masak untuk diri aku jk... x untuk org... tetapi memandangkan AKU SAYANG DORANG SEMUA... aku gagahkan juga diri aku untuk memasak... nak tau aku belajar dari sepa? OF COURSE LA google... search jk kat google... segalanya ada... hehehe...

penat aku untuk minggu ney belum lagi habis... tapi ALANG2 DAH PENAT... BIAR LA PENAT TERUS... so, minggu depan kalau nampak aku macam nak tumbang jgan la tnya kenapa... hehehe...


so, aku pun masak la... dalam jam 1300 semua dah siap... dari makanan and minuman...
yang mengejutkan aku adalah... member aku cakap dorg semua dalam 30 ORANG... kecut terus la aku dengar... takut makanan x cukup...  inilah akibatnya tak ready awal2... padan muka aku...
bahan2...
rupa ayam masak merah yang aku masak... :D


nasi goreng cina + ayam masak merah.... wahhh

then, member aku semua sampa dalam 1430... wahh... meriahnya... hehehe
kat sebelah kiri tu la... yang wat open house.. :D

sedap drg makan....
meriah kan... 
sampai duduk kat pintu dah... hehehe
then dorang berangkat sejam selepas itu... 1530.... 

ready dah embo nak merempit... hehehe main2 jk... :D
snap pic luk... sebelum balik... 
ready dah nak blah... hehehe
lepas member kat poli aku tinggalkan rumah aku... member aku tym sekolah menengah plak sambung... tapi tak la seramai tadi... yang ney 4 ORANG JK... drg ney adalah wajah2 yang aku buka posa sma2... hehehe...
ney la yang terakhir...

so, TERIMA KASIH TAK TERHINGGA KEPADA YANG SUDI SINGGAH BERAYA PI RUMAH AKU... thnx guys... luv u all.. :D

p/s : sungguh.. penat aku berbayar dengan kegembiraan... THNX 4 DE WONDERFUL MOMENT... cerita isah kita pada zaman diploma... :D once again thnk you very much... 

sorry r lau ayam yang aku masak x sedap... bab itu pertama kali aku masak... hahaha... jgn marah...

ini la cerita hari ini... sekian....
Atie