Sahabat Maya

Friday, September 9, 2011

A... Nie… berseri (special)

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera…

Bulan ini adalah bulan yang amat bermakna bagi aku… kenapa? :)

Bulan 9, aku menyambut dua ULANGTAHUN@anniversary… so, sempena a..nie..berseri ney… aku nak wat entri khas la kiranya…

Yang pertama sekali adalah… cuba lihat daisypath kat bawah tu… kat sana menunjukkan 1 TAHUN… ayat sebelum 1 TAHUN tu plak adalah… cuba untuk memulakan hidup baru…. Cuba jak la… tapi susah… dan sekarang masih lagi mencuba untuk memulakan hidup baru…

Tiada sebarang permulaan tanpa sebuah pengakhiran @ penghabisan (betulkah ayat ney)… maknanya, aku memulakan hidup baru kerana aku telah tamat sebuah perhubungan…. Ala… tak faham lagi? Senang cerita aku temukan broken relationship atau bahasa mudah la… yang biasa orang pakai… break ataupun kembali single….

Choop…choop…choop… APA? Break? Bila couple? Ak nak ketawa dulu sebelum aku sambung…. (hahahahahahahaha)

Kisah ini terjadi setahun yang lepas….. (sambil berlatarkan alunan muzik piano)
Kisah kami tak la seindah laila dan majnun, tak la sehebat puteri gunung ledang dan tak la seromantis romeo&juliet… kisah kami hanya kisah budak yang baru mengenal erti sebuah perhubungan… (bab tulah tawar… war war war war war)

Terlalu banyak kisah yang berdiri atas satu cerita ini… dari sebuah senyuman hinggalah sebuah tangisan… walaupun sekejap… namun tetap indah bagi aku… (aku jak la dia tidak)

Dalam ketawa ada duka… dalam gembira ada sedihnya… dalam menunggu ada cemburu dan dalam setia aku kecewa…

Itulah antara ayat yang boleh menggambarkan aku dan perasaan aku… (:P)

DIA ISTIMEWA DIHATI KU… (uitss)

Dialah kunci untuk hati aku ini… dia yang membukanya dan dia juga yang menutupnya kembali… terlalu rapat… (hehe)

Perkenanlan dengannya terlalu singkat… aku ingin mengenali dirinya dengan lebih jauh… tapi apakan daya… ada perancangan yang lebih baik Allah rancangkan untuk diri aku...
Banyak perkara dalam hidup aku berubah setelah mengenalinya… 
satu2 perkara yang terjadi membuat aku bertambah kuat meneruskan perjalanan…

Sedikit sebanyak perubahan yang terjadi… dan sehingga kini aku masih lagi guna pakai… antaranya… komen dia pasal blog aku ney la… dia cakap… blog ney boring bab entri x bergambar… so, sekarang aku letak gambar… dan ada lagi la….

Satu perkara aku kesali adalah… aku tak nak dengar words dia… ini kira nasihat  yang dia nak bagi kat aku la… oleh kerana, aku tak nak nangis depan dia aku terus bla tanpa sempat dia menghabiskan ayat… yang sempat aku dengar " hidup kat poli tu baik2 dan jangan nakal2" kalau tak silap aku la… (gtu ka??? ataupun bla la... menyemak jk kat cni... :D )

Sehingga kini, aku masih hidup dengan kenangan yang memilukan… tidak seperti dia yang telah mencipta kenangan baru dalam episod cerita yang baru…

Dialah insan yang kenalkan aku tentang erti kasih dan cinta… dan dia juga la insan yang kenalkan aku dengan erti cemburu dan kecewa… dan kini aku dan mengenali 4 perkara ini dengan terlalu dekat…

Kini, dalam kecewa ada gembira… dalam sedih ada bahagia….

Dalam aku kecewa dengan semua ini, aku temukan kegembiraan yang tak terkata… aku tak perlu dah jaga hati insan yang akan aku kecewakan… aku tak perlu dah berpura-pura bahagia… dan aku tak perlu sembunyikan kelukaan aku akan beberapa perkara… aku menjadi aku... 

Dalam sedih aku melepaskan cinta dunia… aku bahagia kerana menemukan CINTA SEJATI… (U-TURN ke pangkal jalan)

Untukmu : terima kasih yang tak tehingga kerana mengajar aku… kerana kekecewaan aku dahulu aku boleh tersenyum bahagia yang teramat sangat pada hari ini… dulu aku buta akan keindahan hidup… kini kau telah bukakan mata aku dan Allah munculkan apa yang telah tersembunyi … kejadian yang benar2 memberi impak pada diri aku suatu ketika dahulu kini membuatkan aku tekad dan kuat… dan aku sedar akan kekurangan diri…. untukmu, doaku sentiasa mengimpikan dan menantikan kebahagiaan dirimu… ku ingin kau bahagia bersama insan pilihan dan bukan insan paksaan… insan yang boleh membahagiakan dirimu hingga  ke nafas terakhir yang sentiasa menemanimu kala suka mahupun duka… saat susah mahupun senang… buatmu teman… bahagialah selagi terdaya… hargailah insan yang ada di depan mata… jangan hargai setelah ia pergi… ku harap kau bahagia… :)

DAN UNTUK YANG PERTMA KALINYA AKU UPLOAD GAMBAR INSAN ITU… :D
hehe... jgn marah


kini semua dah berakhir... SEPERTI MANA entri aku yang sebelum2 ney.. aku cuba untuk mencapai matlamat hidup aku dahulu... aku nak berubah... BUKAN kerana dia... tapi DIA...
INSYAALLAH... AMIIN... :D

BULAN INI JUGA ADALAH ULANG TAHUN UNTUK BLOG INI YANG KE 2... DUA TAHUN DAH Hat-e-Ja ney...

sampai sini sahaja la kisah aku pagi ini...


:: Diriwayatkan dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash r.a. dia mendengar Rasulullah saw bersabda,"Allah telah menentukan takdir bagi semua makhluk 50,000 tahun sebelum Allah menciptakan langit dan bumi. (HR Muslim)

INI LAH TAKDIR YANG TELAH DITENTUKAN UNTUK DIRI AKU... kita hanya mampu mentadbir takdir yang telah ditentukan... insyaAllah... ada hikmah yang amat bermakna di sebalik setiap kejadian... 
amiin....



atie

Thursday, September 8, 2011

mood = malas

Assalamualaikum w.b.t dan selamat hari raya...

4 hari dah kuliah start...secara jujurnya aku malas sangat nak g kuliah... untuk minggu ney sahaja... 2 jam aku tak pagi kuliah... bru minggu ney, minggu2 lepas.... ish3...

sebabkan aku masih lgi dalam mood CUTI dan mood RAYA... aku pi kuliah dengan perasaan mau2 tidak2... hehehe...
kena2 lagi assgment banyak yang pending coz p braya... n quiz n test banyak nak masuk line...

insyaAllah... lepas ini akan aku rajinkan diri aku...

P/S: aku nk minta maaf kat member2 aku yang aku sakat,kenakan, marah n mcm2 lagi la yang membuatkn hati korang terguris... MINTA MAAF... :(


NEY  pun aku malas nak update... 

tu jk la aku nak update... :)


Monday, September 5, 2011

Perpisahan


بسم الله الرحمن الرحيم



Rinduku mengundang lagi…
Aku ingin luahkan kepadamu….
Tapi aku tidak terdaya….
Aku ingin menangis di bahumu...
Tapi kesudiaanmu bukan la untuk diriku…
Aku ingin menyuarakn hasrat di hati…
Tapi apakan daya diriku…..
Aku tak mampu untuk melakukannya…
Sedih dan rinduku,
Kini hanya mampu ku coretkan di laptop kesayangan ku..
Tanpa pengetahuanmu…
Ketiadaan mu suatu keperitan buat diriku…
Aku hanya ingin katakan yang aku rindukanmu…

Dulu…
Sepenuh hatiku telah kau penuhkan…
Aku menyayangimu sungguh…
Tapi,
Kekecewaan dan kelukaan yang kau beri
Tanpa alasan kau pergi bersamanya…
Kini,
Masih lagi berharap kepadamu,
Apakah ada jodoh antara kita
Menanti di sana??? mungkin tidak
Aku terikat dengan kasih dan sayang yg aku sulam untukmu
Apakah patut untuk aku lupakan semua ini??? itulah yang sebaiknya
5 tahun akan datang,
Apakah kau sudah temui kebahagiaan mu??? ku doakan mu
Sungguh aku tidak sanggup untuk melihat kau bersama dgn orang lain..
Tapi, siapalah aku di mata dan di hatimu…
Siapalah aku, untuk menemanimu…
Siapalah aku untuk menjdi suri mu…
Aku, tahu semua itu mustahil…
kerana perpisahan bertandang dalam perjalanan 
menggapai kebahagiaan

tinggal kenangan
hatija 
Januari 2011




Sunday, September 4, 2011

Open house ( raya ke-6)


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum W.B.T dan salam Aidilfitri….

Raya ke-6 dah kita… korg dah start puasa 6 ka? Klau dah Alhamdulillah… teruskan usaha…
Aku belum start lagi.. Aku tunggu kuliah start… :D( x dtanya pown)

Semalam boss kitaorg tym form 5 mesej aku… dia bagitau yang ada satu member buat open house hari ini… bila aku dapat mesej tu.. Aku pun send la kepada beberapa member…

Then, pagi tadi member aku yang lain ney tanya la.. Aku nak pergi ke tak.. Aku pun dengan YAKIN jawab TIDAK… :D

Memandangkan aku cakap aku taknak pergi so, aku pun buat la benda lain….
Sebab2 aku taknak pergi adalah… kesihatan aku tak berapa membenarkan, banyak assgment aku menanti giliran, aku segan la nak pergi rumah dia, aku takut dia x jemput aku… dan lain2 lagi…

Lebih kurang jam 1220 gtu… member aku call… dia tanya aku pegi ke tak… atas sebab dia cakap "pergila bah ramai2" so aku pun pergilah bersiap…
Tym bersiap tu… aku pun sibuk la call member yang lain… bab lagi ramai lagi bagus… so, pujuk punya pujuk… dapat la kumpul 4 org member…

Time bersiap plak… tuan rumah jemput datang rumah dia…. Malu plak aku bila ingat mesej aku hari itu… (aku men2 jk la ary tu )…

So, gerakla kami dalam jam 1410 ke rumah yang hendak dituju… actually, ney 1st tym aku p uma dia ( p beraya)…. Setengah jam kemudian… kami balik….

AYDA, SHER N AKU
just diz picture... :)


P/S : TERIMA KASIH banyak2… buat tuan rumah kerana jemput kerumah anda (formal la plak :P)… sekali lagi terima kasih…

---> aku nak minta maaf kepada ayda,hamid, reily, sherina,sukardi… kerana menyusahkan anda… minta maaf yang teramat sangat2 sekali lagi kepada Ayda… sory fren… semua salah aku… :(

Tu jk la cerita hari ini…

Atie

...

بسم الله الرحمن الرحيم

ya Allah....
permudahkanlah segalanya Ya Rabb...
Amiin.........