Sahabat Maya

Sunday, March 10, 2013

Kenyataan yang pahit

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera

INGIN aku berlari meninggalkan segala kesakitan yang aku lalui...
INGIN aku pergi melupakan kepedihan yang tak tertanggung... 


segala persoalan terlerai kini... 
telah kutemukan jawapan yang pasti...
jawapan yang membawa aku ke jurang kepedihan dan kesakitan...

adakah berpura-pura adalah jalan terbaik?
atau menjadi yang sebenar solusi cemerlang?

aku keliru, aku keliru kerana kepedihan ini...
aku keliru, keliru kerana kejutan yang tak seberapa ini...

6 bulan, aku seperti sibodoh yang menanti dan mencari jawapan...
terkapai-kapai menanti dan terus mencari...
aku cuba untuk terus berdiri dan melangkah...
saat diri telah kuat untuk melangkah, 
langkah ku terhenti dikala diri mendapat kekuatan 
dan kini,
aku tewas lagi, dan terus terjatuh,,,
harapan terus menjadi mimpi,
mimpi yang tidak akan menjadi kenyataan...
kerana kenyataannya kini,
aku sakit.... 

apa yang peru aku fokus saat dan tika ini adalah apa yang ada dihadapan aku... yang SEMESTER 6... semester yang terakhir In Shaa Allah untuk aku berjuang di poli ini..... 


2 bulan lagi... 2 bulan jak hatijah untuk aku perlu bersabar....
lepas ney, In Shaa Allah... 
segalanya akan pergi...
tiada lagi air mata yang mencurah ke pipi,
tiada lagi kepayahan berhadapan realiti,
tiada lagi assignment yang memberatkan otak...


maafkan aku, aku jahat, aku kejam.... 
bkan dengan kamu jak... tpi dengan diri aku sendiri... 
aku sakit... aku pedih.... aku penat.... 
...................................................

lembaran baru, untuk sebuah kesakitan patut dibuka....
senyuman sebuah kepahitan harus ditunjukkan...
pejalanan kerana sebuah kejatuhan harus diteruskan...

TETAP TERSENYUM walaupun PAHIT... :)


Hat-e-Ja