Sahabat Maya

Tuesday, August 14, 2012

20 Tahun

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini genap la  20 tahun ak menghirup udara percuma pemberian Allah ...
terima kasih kepada yg ingat bufday aku tanpa bantuan FB... hehehe

sebenarnya, aku tak la excited sangat nak sambut bufday2 ney... bagi aku Birthday party, birthday wish ney adalah satu peringatan buat diri aku...
peringatan tentang umur yang makin meningkat dan jangka hayat yg semakin singkat .

20 tahun dah aku berdiri atas bumi yang menjadi persinggahan ini... selama 20 tahun ini, apa yang telah aku lakukan? Astagfirullahalazim...
terlalu banyak salah dan khilaf yang aku lakukan... pada orang yang ada di sekitar aku dan yang paling teruk adalah dengan diri aku sendiri....

20 tahun bukanlah angka yang sikit,masa yang singkat... tak percaya? ok, cari calculator 20x365x24x60x60 = 630.72x10^6 minit (lau x silap la. kalu salah btul kn erk.... math, HANCUR)

apa jasa aku kepada agama, bangsa, dan negara?
apa jasa aku pada kedua ibubapa aku, keluarga?
apa jasa aku pada sabahat, teman dan kenalan2 aku?
apa jasa aku pada diri aku sendiri?


aku sendiri tiada jawapan untuk persoalan aku...

impian aku sempena umur aku mencecah angka 20 ney, 
>> aku harap, aku menjadi seorang yang baik yang sentiasa melakukan perubahan menuju kebaikan....
>> ingin mencapai cita-cita yang aku impikan sejak di bangku sekolah...
>> aku harap, pointer aku tak jatuh lagi... penat tengok pointer jatuh... huhuhu :(
>> tidak menjadi seorang yang lalai yang tertipu dengan dunia...
>> dan macam2 lagi

LIHATLAH DUNIA...

semoga perkara yang bakal berlaku dapat aku tempuh dengan kekuatan yang diberikan oleh Allah serta sabar dalam segala sesuatu...

Andai hari ini bukan milik kita, usah bersedih usah berduka kerana dalam kegelapan ada cahaya menanti di hujung pasti. bangkit setelah jatuh adalah pejuang sebenar... Hatijah Saripudin. 14.8.12

Wednesday, August 8, 2012

cukup.....



Suka,
Hanya singgah sementara
Menyenangkan hati yang tenang
Luka,
Datang setelah setelah suka berlabuh dengan sempurna
Membekas di hati tanpa pengetahuan sesiapa
Sakit,
Terluka kerana terlalu suka,
Tidak mampu diungkap dengan kata
Hanya pergi mengalir bersama air mata
Sudah,
Biarlah ia berlalu bersama masa yang tak pernah berhenti
Cukup,
Kerana semua akan berakhir
Biarlah kisah ini tamat disini tanpa ada sambungan yang lebih meyakitkan.


Sunday, August 5, 2012

Kebanggaan Malaysia

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu dan salam sejahtera...

2 jam yang lalu, final match for men's single... telah pun berakhir... sebagaimana yang telah diketahui umum... pemilik emas untuk kategori ini adalah Lin Dan... tahniah...

match ini la... yang paling aku tunggu2 untuk sukan olimpik ney...
sepanjang sejam lebih juga la perlawanan antara Datuk Lee Chong Wei menentang Lin Dan (china) berlangsung... aku dah macam cacing kepanasan dah... :D
tak senang duduk... mengalahkan couch... hahaha...
dari DUDUK di atas kerusi, turun pegi LANTAI, berdiri, duduk, macam2 la gelagat aku.... 
semangat punya pasal... walaupun aku bukan la insan yang suka bersukan... hehehe

bagi aku, walaupun Datuk Lee Chong Wei dapat pingat perak... beliau tetap pemenang... pemenang hati2 peminat badminton tanah air... 
ramai yang berbangga dengan pencapaian Datuk Lee Chong Wei... sebab beliau bermain dengan hebat cuma nasib bukan menyebelahi Malaysia... 

sekali lagi, tahniah buat Datuk Lee Chong Wei atas kesungguhan yang dipamerkan dan satu perlawanan yang hebat.... U r our hero.... ANDA TETAP MENJADI KEBANGGAN MALAYSIA... 

MALAYSIA BOLEH.... 
There was an error in this gadget