Sahabat Maya

Saturday, November 7, 2009

HANYA SEMENTARA

Kebahagian,kegembiraan hanyalah satu perasaan yang hanya persinggahan untuk menggembirakan hati yang berduka..


kehidupan ini umpama langit yg cerah ..tapi perlu diingat disebalik kecerahan itu mendung menanti waktu untuk mempersembahkan diri. Begitu juga dgn perasaan...apabila kita gembira atau bahagia kita sering kali lupa bahawa ada kesedihan menanti di penghujung...


setiapa kejadian di dunia ini dijadikan berpasangan seperti kejadian lelaki dan perempuan,positif dan negatif, utara dan selatan, gembira dam sedih dan lain-lain yang sentiasa berkait rapat antara satu dengan yang lain...


Mengapa kebahagian dalam kehidupan aku hanya sementara waktu... disaat aku ingin meraih kegembiraan...kemurungan yang menemani..kesedihan yang bertandang di hati..apa yang aku mampu lakukan....senyum menutup segala kesedihan....


Di dunia ini lebih banyak persoalan dari jawapan...begitulah juga persoalan di minda ku ini... masih banyak soalan yang masih belum terjawab...apa yang mampu aku lakukan hanyalah berserah kepada Yang Maha Kuasa... biarlah masa yang memberikan jawapan kepada persoalan ini...



Gerimis Di Kala Petang

Umpama Air Mata Berlinangan Ke Pipi

Kerana Kesedihan Di Hati

Ditemani Ombak Yang Bergelora

Seperti Gelora Di Hati Mencari Pasti

Kerana Penantian Itu Satu Penyiksaan

Saturday, October 24, 2009

Hargailah mereka


Seribu langkah bermula dari satu langkah… begitu juga dengan kejayaan dicapai kerana satu kegagalan dan semua perpisahan itu disebabkan oleh sebuah pertemuan....
Gembira, sedih, marah, cemburu, iri hati, geram, itulah menu perasaan yang sering kalikita yang bernama manusia rasai. Apabila dikatakan tentang kehidupan, terlalu besar maknanya dan setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza.
Hidup ini terlalu indah sehingga kita lupa bahawa dunia hanya persinggahan untuk kehidupan yang kekal. Keindahan yang kita inginkan dalam kehidupanitu pula selalu bertentangan dengan kebenaran atau kenyataan. Kadangkala keinginan atau angan-angan kita melebihi kemampuan... adakah ini benar??? Tepuk dada tanya minda....


Pengalaman mematangkan fikiran. Benarkah?? ....... Pada aku ini benar, hanya untuk mereka yang tahu belajar. Bukan belajar di sekolah tapi belajar dari kesilapan dan sejarah hidup masing-masing. Apabila diberi ujian hidup kita selalu merungut, memberontak dan melakukan sesuatu di luar jankauan tanpa memikirkan apa yang akan terjadi sebenarnya ujian daripada-Nya.
Apabila ada masalah yang melanda hidup ini janganlah lari dari masalah tersebut tapi sebagai manusia kita hendaklah hadapinya kerana ia mematangkan fikiran kita dengan cara : bagaimana kita menyelesaikan masalah tersebut bukan dengan mencari alasan untuk lari dari sesuatu masalah...


Sebagai manusia yang selalu lupa dan leka, kita selalu terlepas pandang dengan apa yang ada dihadapan kita. Lumrah hidup manusia bila ada dihadapan mata tidak dipeduli, bila tiada baru hendak mencari.. bukankah sudah terlambat...antara perkara yang kita selalu terlepas pandang ialah Ibubapa kita...
Di manakah rasionalnya aku katakan begitu??? Mari kita renungkan...Ibu dan Bapa adalah orang membesarkan kita dari kita bayi sehinggalah kita dewasa.... mungkin sebelum ini kita selalu katakan yang mereka ni tidak memahami kita yang berjiwa remaja,mungkin kita akan katakan yang ibubapa kita ni berfikiran dulu-dulu dan tidak mengikut perkembangan semasa...apabila mereka menegur kita ..kita akan katakan yang mereka ni mengonkong tetapi disebalik semua itu ada kebaikannya ..... teguran mereka itu tidaklah memberi kesan serta merta..tetapi untuk masa akan datang..... mungkin hari ini kita akan menangis kerana tidak tahan mendengar kata-kata mereka...tapi ingatlah satu hari nanti kita akan menangis kerana tidak mendengr kata-kata mereka.............hargailah Ibubapa anda sebelum terlambat...janganlah bila mereka sudah tiada barulah kita ingin mendengar teguran mereka......ingatlah Kasih ibu memebawa ke syurga Kasih ayah membawa bahagia...


Seterusnya, orang yang patut kita hargai sebelum terlambat ialah guru-guru kita.... Apabila mereka memberi kerja rumah kita selalu merungut, mengeluh dan macam-macam lagi ragam dan gaya... Apabila mereka menengur, kita selalu melenting kerana tidak puas hati..... Tapi apabila kita telah meninggalkan alam persekolahan kita akan merindui teguran guru-guru kita, kerja sekolah dan macam-macam lagi... sebelum terlambat hargailah guru-guru yang mengajar anda...


Terakhir , ialah rakan kita...teman dikala duka dan suka...seperti aku kawan adalah salah satu orang yang terpenting dalam hidup aku....tanpa kawan aku rasa hidup aku rasa tidak lengkap......tahun ini adalah tahun terakhir aku di sekolah...aku cuba untuk kumpul kenangan manis bersama kawan2 tapi lain yang di harapkan lain yang aku dapat...mungkin kenangan pahit pada hari ini adalah kenangan manis hari esok.... teman sangat berguna untuk kita bercerita tentang pengalaman,cerita2 yang menarik, dan tempat meluahkan perasaan...so, sebelum terlambat hargailah mereka..jangan suatu hari nanti barulah kita tercari-cari kawan sejati......

MACAM-MACAM

Hari ini hari rabu…kelmarin aku dapat satu berita yang mengejutkan jugaklah…kawan aku atau abang di kelas aku telah mengalami accident kira-kira jam 5.30 ptg…….. Nasib menyebelahi dia…ALHAMDULILLAH hanya cedera ringan jak.
Nie yang nak dijadikan cerita nie…..cerita kawan ak ni atau nama dia IZ mengejutkan sekelas jugak la iaitu dia accident…. So hari ni kami rancang nak melawat dia …konon2 kami ni kawan yang prihatin la… lbh kurang jam 2 kmi berangkat dari sekolah nak pergi rumah Iz...ak ikut guru kelas aku (cikgu Noradilah) dgn 3 orang yang lain iaitu denk,amir,jo dan aku..satu kereta lagi di pandu oleh Wan, penumpangnya pula Ade,Rey dan Junior….. sampai jak di rumah Iz… first 2 sume sopan2…..10 minit kmdian semua keluar tanduk…hahahaha
Ini adalah satu lagi sweet memory aku di hari-hari terakhir aku menjadi student SMKKL….. melawat orang yang sakit…. Ada hikmah di sebalik kejadian: itulah kata-kata yang sering kali kita dengar apabila seseorang di uji dengan ujian yang di luar jangkaan… Dari kes ni hikmah yang aku dapat lihat ialah terjalinnya hubungan silaturrahim antara dua insan yang dahulunya susah untuk bercakap atau berinteraksi… ukhuwah antara insan itu dapat di bentuk kerana sesuatu kejadian….
Antara pengalaman menarik hari ini ialah:
Aku nampak Amir begitu mengambil berat tentang Iz...betul ka???
Seperti biasa kalau keluar dengan geng TRT ada-ada jak perkara yang mencuit hati..
Dan banyak lagi yang tidak dapat di gambarkan dengan kata-kata.....
Oleh itu, kepada pembaca blog ini... aku nasihatkan berhati-hati di jalan raya..patuhi la undang-ungdang yang telah ditetapkan oleh penguatkuasa….jangan lah bermaharajalela di jalan raya....INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG....

INILAH AKU..HATIJA




ASSALAMUALAIKUM WBT…
SALAM SEJAHTERA,SALAM 1MALAYSIA DAN SALAM UKHUWAH….
HAI, Nama aku Hatija Saripudin… sewaktu aku membuat blog ini aku berumur 17 thn….perkembangn ICT kini kian maju…dengan adanya blog seperti ini aku bolehlah mencoretkan apa yang tersirat diminda dan yang terbuku dihati..
Apa pandangan anda tentang kehidupan ini..tentang hidup?? Pada aku kehidupan di dunia ini umpama drama. Kita manusia ini adalah pelakonnya. Manusia ini adalah pelakon yangjarang menunjukkan diri kita yang sebenar kepada umum. Kita memang patut “berlakon" atas sebab tertentu…seperti, kita hendaklah mengikut rentakpersekiraan kita, untuk menjaga hati orang dan banyak lagi sebab… Jujur aku katakan inilah aku...salah seorang pelakon di bumi ini yang berlakon dalam drama yang dicipta sendiri...anda pula bagaimana???anda juga seorang pelakon??? Kadang-kadang aku rasa diri aku seorang hipokrit... aku yang berada di luar rumah dengan yang berada di rumah seperti dua orang yang berbeza...realitinya orang yang sama.
Setiap manusia itu berbeza antara satu dengan yang lain. Ada orang yang sentiasa mengexpresikan apa yang mereka alami sama ada marah,sedih, mahupun gembira.......tapi aku lebih gembira sekiranya tiada orang yang tahu apa yang aku rasa...... so, apa pandangan anda tentang kehidupan...anda pula bagaimana???
There was an error in this gadget