Sahabat Maya

Monday, August 29, 2011

Buka puasa dengan member(last)

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum W.B.T dan Salam bahagia....

28/8/11
tarikh tu adalah hari terakhir aku dan member aku buka puasa kat luar... kali ini special sikit... bab kami buka puasa kat TAMAN AWAM LIKAS... ditemani bunyi ombak dan makan di bawah lampu handphone... hahahahaha

AKU, AYDA & SYAI
FECKRY empunya hp

walaupun yang dijemput tu ramai tapi yg datang hampeh....Alhamdulillah... cukup untuk tidak membazir.... terima kasih kepada penganjur yg sudi menjemput.... :P... next tym kita wat lgi... maybe untuk puasa enam InsyaALLAH.... 

TAUKEY event.... :)
selain itu, (wah macm wat karangan plak) tym nak pi tempat berbuka tu... aku terserempak dengan seseorang  INSAN yang aku rindu sangat... lama dah aku nak jumpa dia... kemarin tym2 seronok berbalas sms dengan dia... tak sangka plak boleh terserempak... aku rindu sangat dengan dengan sahabiah aku tu.... :) miss u ukhti... 


 pastu, balik2 jk terus ikat benda ney... ney bukan barang tau.. ney adalah makan tradisional bugis... nama nya adalah buras.... lebih kurg macam ketupat juga... cuma ketupat guna daun kelapa ney guna daun pisang....

buras
*** kini baru aku sedar akan segalanya.... baru la mata aku terbuka dengan luasnya... kau memang dah tak kenal aku siapa... it's ok.. aku faham... AKU MINTA MAAF YANG TERAMAT SANGAT.... 

atie

Sunday, August 28, 2011

Damba cinta

بسم الله الرحمن الرحيم


Ya ALLAH... 
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanla aku kepada seseorang,
yang melabuhkan cintanya kepada-Mu 
Ya ALLAH...

JIKA, aku rindu,
rindukanlah aku kepada seseorang 
yang sentiasa merindukan-Mu 
siang dan malam...

Ya ALLAH, 
jauhkanlah mata dan hati ku
dari cinta dan rindu yang sementara ini
jauhkanlah aku dari angan-angan dunia ini
agar aku tidak lalai seperti sebelum ini

Ya ALLAH,
jika benar dia jodohku,
bimbinglah hati-hati kami 
agar sentiasa mencari CINTA MU YA ALLAH
jika dia bukan jodohku,
jauhkan la cinta dan rindu yang bertandang 
yang bukan untukMU...
kikis la dia dari hatiku
dan kikis la aku dari hatinya...

Ya ALLAH,
aturan-Mu terlalu sempurna,
untuk percaturan hidup manusia,
aku redha dengan ketentuan-Mu ya RABB
kerana ENGKAULAH PENCIPTA CINTA... YA ALLAH...

Ya ALLAH, 
aku takut akan neraka-Mu
tapi, aku tidak layak ke syurga-Mu...
YA ALLAH... bantulah hambamu yang hina ini menuju-MU
dan meraih CINTA SUCI-MU 
bersama insan yang telah KAU tentukan kepadaku...

damba cinta-Mu
atie

Saturday, August 27, 2011

kAMi SaHabAT sELamNya

Assalamualaikum W.B.T Dan Salam Bahagia...

kemarin aku dengan member aku turun kk nak cari baju raya... sampai sembulan kami jalan... hehehe

kami juga buka puasa kat kk... KAT MCD API2....
YUM2 ~~~ FAV8 :)

DELICIOUS.... :p

thnx guys bab sudi terima pelawaan aku nak berbuka puasa sama2...
kamu memang sahabat aku selmanya....


hehe. bahagia drg makan...


pasangan bahagia

Kami sahabat selamanya

ini la kami....
nak cerita ckit psal drg ney... yg gurlz... kitaorg dah kenal 12 TAHUN dan... yg guys plak, sorg tu aku dah kenal  9 TAHUN yg 2 org lgi 6 TAHUN... dan mereka ini la antara sahabat aku selamanya... INSYAALLAH.... :)
semoga persahabatan kita kekal selama-lamanya... Amiin...

sahabat mu 
HATIJA 

Thursday, August 25, 2011

Cerita Sebelum Cuti

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamulaikum W.b.t  dan Salam Ceria....

Lama dah aku x update blog aku... semua sebab aku kekeringan idea... tak tau nak share apa... n now I'M BACK!!!!

macam2 perkara yg berlaku hari ini.... dan Alhamdulillah... semua perkara menggembirakan....

nak dijadikan cerita.... begini ceritanya... hari ini kami ada 2 QUIZ, 1 TEST n PRESENTATION... n klas kami hari ini mmg fullblast... non-stop (erk?) 
memandangkan banyak yg perlu aku wat... so aku x tido la semalam... study (ermm)... bab x tido, so,aku lambat la gerak nak p kelas... hehehe (hairan~~~)

dalam lambat2 aku tu... tym aku tunggu bas... TIBA2... (suspen...) ada 1 kereta ney laju jak meluncur kat jalan raya tu... mcm aku kenal kereta tu.... tpi aku wat tak tau jak... mungkin salah tengok kot... then, telefon aku bunyi... empunya kereta tu call aku... ADAKAH patut dia suruh aku jalan kaki p tempat dia.... agak2 la... JAUH TU... dia ckap jalan cikit jk... aku pun pa lagi... tolak la... aku suruh dia jalan terus... hehehe....

tak lama lepas tu.... kelibat bas pun kelihatan... kat seberang jalan pula aku nampak kereta yg sma... so, aku call la empunya kereta tnya dia wat U-Turn ka... DENGAN EGONYA dia cakap dia x buat U-turn... hahaha.... seminit lepas tu... dia muncul... wakakakaka..... lucu plak... nak tipu aku konon... INGAT AKU RABUN... hahahahaha

hehehehehe JANGAN MARAH PAKCIK.... THANKX  :D  hahahahaha

habis cerita bustop... then quiz... 2 HARI DAH QUIZ... 2 hari juga aku BLACK OUT tym jwab soalan... huhuhhuhuhu... sedikit kecewa...

last kelas Math.... x ramai yg datang.. semua balik... bukan balik rumah... ada yang balik 1B... hehehe... nonton wayang... ish3...

sebelum balik tu... aku rasa macm esok raya dah... aku dah rasa dah AURA raya tu... hahahaha....

---> sebenarnya aku menanti balasan sms dari seseorg... tapi yang muncul len plak... InsyaAllah ada perkara yg menggembirakan di sebalik semua ini yang Allah aturkan... InsyaAllah...

itulah cerita hari ini yg x seberapa yang nak aku kongsikan... JANGAN MARAH kepada sesiapa yang terasa....

p/s: selamat ulang tahun kelahiran yg ke 19 kepada tahir @embo... welcme 2 da club.... hahahaha :) peace bro... semoga Allah memberkatimu.... Amiin...

Aku harap kita berjumpa lagi lepas raya... selamat bercuti buat sahabat2 aku yang terbaik... sahabat DET3A.... 

sahabatmu
atie

Sunday, August 21, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.... dan salam Pedoman...

Alhamdulillah, hari ini selesai beberapa tugas yang patut di selesaikan... n the most important thing... hehehe aku pasang ceiling fan... (hebat tak aku ? :P)
tak nak la aku malukan diri aku sebagai budak electrical depan beliau kan.. hehehe... (padahal ada manual book wakakakaka)

sebenarnya, aku nak cari bahan untuk oral presentation aku sok... tapi, memangdangkan aku buka blogspot first... so, aku pun selongkar la web ney.... 
dalam kesibukan aku selongkar web ney... aku terjumpa sesuatu... nak tau apa? ( tak ya la)

aku agak terkejut juga la membaca nya... aku tak pasti lagi kesahihannya... tetapi yang pasti... aku tak sangka betul... hebat sangat pengaruh insan ini... tak tercapai dek akal aku di buatnya untuk memikirkan... Masya ALLAH... hebat nya aturan-Mu.... 
untuk percaya segala yang terjadi di hadapan screen lp aku... 

aku tak tau apa yang perlu aku lakukan... rasa bersalah yang teramat sangat... ya memang aku buat begitu... tapi aku ada reason sendiri... mungkin sedikit ego kalau aku cakap aku tak pernah menyesal atas tindakan aku tapi yang pastinya aku cuma nak ................................................

 Astaghfirullah al azim...
terlalu banyak dosa yang bertakung dihati ini... sehingga sukar untuk dibersihkan... sehingga ramai yang ber"salah sangka".... 
sesunguhnya Allah Maha Mengetahui niat hati aku berbanding manusia... 

aku buntu, aku hilang akal... tapi, aku terima semua ini sebgai satu ujian untuk senyuman pada hadapan.....


--> maafkan saya, andainya diri ini pernah melakukan kesilapan kepada anda... saya mohon sekiranya anda ingin saya meminta maaf secara berhadapan dengan anda, saya cuba sedaya mungkin untuk meminta maaf... boleh la sms saya atau email saya... 
saya minta maaf yang teamat sangt kepada sesiapa yang pernah terasa dengan saya....


akhir kata dari aku pada petang ney:-
Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih.


Mengharap Kemaafan
Hatija

Saturday, August 20, 2011

Al-Khitbah (aku dah bertunang)

Assalamulaikum W.b.t  dan Salam Ukhuwwah....


Genapla umurku 19 tahun kini…
Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu.

Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung

Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah. Aku hanya seorang musafir. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini.

Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain. Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.

Aku hanya seorang musafir yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. 
Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak,tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian. 

Kakak bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila. "Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?" 
Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..." 
"Alhamdulillah, kakak akan usahakan dalam tempoh terdekat."
"kak, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan." kakak angguk perlahan. 

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh sanubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran.

Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Atie, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.
"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama." 

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku.Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan.Aku tersenyum lagi.
"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!" Aku hanya tersenyum entah untuk sekian kalinya. 
Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu. 

"Bila kau nak menikah?" Aku tiada jawapan khusus.
"Insya Allah, tiba waktunya nanti saya beritahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.
"Jemput aku tau!" Waty tersenyum megah.
"Kalau kau tak datang pun aku tak berkecil hati, doakan aku banyak-banyak!" Itu saja pesanku.
 Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.
"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..." 
Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. 

Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada kakak... "Usah berlebihan ya..." kakak angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
"Atie, jom makan!" Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman. 
" aku puasa." Sahabiah juga semakin galak mengusik.
"Wah, Atie diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"
"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja. ....................................... "innalillahi wainna ilaihi rajiun..." "Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar." "Ya Allah, tenangnya..." "Moga Allah memberkatinya....

" Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku. Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri. Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah. Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum. Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku. Dalam sedar ataupun tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud,dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu."Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

 " Akhirnya, Waty bertanya kepada kakak beberapa minggu kemudian..."Atie bertunang dengan siapa, kak?" kakak tenang menjawab... 
"Dengan kematian wahai adikku. Kanser otak. Kata doktor, Atie hanya punya beberapa bulan sahaja sebelum kansernya membunuh." 
"Allahuakbar..." Terduduk Waty mendengar, air matanya tak mampu ditahan. 
"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..." kakak angguk, tersenyum lembut... 
"Ini dik, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.
"Ya Allah, patut la Atie selalu menangis... waty tak tahu kak." 
"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Atie mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..." waty masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Atie yang diberikan oleh kakak.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT.Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu semua akan tenang menghadapinya, kerana bagi mereka aku adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan semua mengambil 'ibrah…

* Kisah ini bukan kisah ana (atie), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) * Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin.

Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

--> tanpa kita sedari, sebenarnya ada sesuatu yang akan menjemput kita… sama ada dengan mengejut ataupun dengan persediaan… telah ditentukan setiap perkara itu oleh Yang Maha Mengetahui…

wahai sahabat yang dikasihi kerana Allah... INGAT la... semakin kita meningkat dewasa semakin dekat kita dengan maut...

mencari redha Illahi
Hatijah

syukran ukhti

Sunday, August 14, 2011

Selamat Ulang Tahun...

Bismillahirrahmanirrahiim...

Assalamualaikum dan selamat malam....

alhamdulillah... hari ini genap la 19 tahun aku menghirup udara yang diberikan secara PERCUMA dari Allah kepada hambanya....
thnx untuk kek ini.... :)

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN UNTUK DIRI AKU YANG KE 19... and to my brother also... afisah@pisah... :D

Makin tinggi nilai umur kita kecapi, makin dekat ajal dengan kita... (ini bukan hipotesis... ini kenyataan la!!!!)

seperti insan lain yang berada di muka bumi ini... mestilah nak celebrate birthday kan... mcm tu juga la diri ini... tetapi, memandangkan tarikh hari lahir aku jatuh pada bulan ramadhan... so, aku ngan member pun keluar untuk buat kenduri kesyukuran... ataupun buka puasa...
nak dijadikan cerita.. kat kelas tu, aku bukanla insan yang speSIAL sangt... sampai nak celebrate2 ney.... kat klas aku ada 2 orang yang  sama D.O.B.... and the person is, the person that i mention before... so, dia pun bawa la genk dia tuk berbuka puasa bersama... :)

sebenarnya aku agak kecewa la sedikit bab dua member tak dapat join.. tapi aku tetap happy bab ada AYDA... sahabat DUNIA AKHIRAT.. INSYAALLAH.... kitaorang buka puasa di tempat yang sama dan hari yang sama pada tahun lepas...

kalau last year, kami just 7 org jak... kali ini... kenduri BESAR.. 13 orang... ramai kan... hahaha....

walaupun pepagi buta tadi aku sedikit kecewa... tapi Alhamdulillah... ada senyuman yang menanti untuk diukir... :)

terima kasih sangat2... untuk hari yang membahagiakan ini... n kepada beberapa oarng yang aku x kenal tu... hehehe... maafla kalau kamu heran ngan sikap aku... hehehe... aku tak boleh diam la klau dah melekat dengan ayda... :P

TERIMA KASIH TAK TERHINGGA kepada afisah... untuk buku itu... :)
kepada nazeer... thnx bro...
n kepada PAKCIK aku yang terbaeekkkkkkkk ZULFADHLI.... :p
Atas hadiah yang diberikan... thnx bro... :D


kepada kak syai @ syaidatul... thnx for the birthday song.... :) really appreciate it.... 
kepada bro guy... @ faiz... thnx bro... syukran jazilan.... :)

and kepada semua member yang memeriahkan hari yang tak la meriah ney... thank you very much.... :D

wajah2 menanti untuk berbuka... :)

meeting untuk cari way pada malam2 buta....



sesungguhnya bergantung harap kepada manusia atau berharap kepada manusia hanya akan membuatkan diri kecewa, tetapi... jika kita berharap pada ALLAH... bahagia akan menanti... InsyaAllah... 

dan hari ini juga aku telah jumpa buku yang aku telah cari selama setahun... novel TAUTAN HATI... :D

salam perjuangan,
happy 19,
HATIJA

Saturday, August 13, 2011

ORIGAMI & RESUME

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, kini kita berada dipertengahan bulan ramadhan sudah...

dari tajuk kat atas tu, aku sebenarnya nak share dua cerita.... pada rabu lepas, kami telah pun diberi tiga helai kertas untuk di isi... pertama, borang daftar module, second- borang bioadata diri dan resume, terakhir adalah akur janji... semua ney untuk LI sem depan.. :D
k... nanti sambung balik pasal LI ney...

khamis lepas plak, time class BI... lecturer kitaorg bgi piece of paper... ingtkan nak wat pa la... tetibha madam gtau hari ini kita akan buat origami... hahahahaha... lucu la... macm budak tadika plak tu... hahaha... bukan suka2 tau nak wat origami ney... ney semua psal bab dua dalam module la... instruction bab... so, madam tu bgi la instruction kami pun buat la origami ney... wat penguin... hahahaaha...
then, origami tu kami hantar... hahaha... mcm2 jenis penguin ada...
khusyuk mereka wat origami... hehehe
habis cerita penguin...

malam khamis plak... aku wat resume sendiri... knapa? sebab syarikat yang aku nak apply tu, drg minta resume.. tak nak la aku hantar resume yang aku isi tu.. bab aku isi main2.. hehehe
susah jga nak wat resume ney... tapi, memangdangkan aku just nak practical jak... so, simple pun x pa kot... aku harap ada la yang berkenan untuk terima aku practical...
my simple resume :P
surat permohonan

that's all cerita aku... untuk meyemakkan wall blog aku... :p

Sunday, August 7, 2011

ku mohon...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu dan Salam 1 Malaysia....

syukur ke hadrat Illahi, kerana masih memberi kesempatan kepada aku dan kepada pembaca untuk meneruskan puasa dan perintahNya di bulan yang mulia ini.... ALHAMDULILLAH...

SEMINGGU dah kita berpuasa... untuk minggu pertama ini aku cuba untuk merubah diri aku dan berusaha untuk kembali kepada landasan yang betul agar jalan yang aku lalui tidak lagi terpesong....

mungkin ada beberapa sahabat yang memandang enteng atau ringan dengan apa yang aku cuba lakukan... atau mungkin ada yang menganggap ini hanyala terjadi pada bulan puasa.... AKU MOHON... jangan diharap perkara ini hanya ini sementara....

mungkin aku tidak layak menjadi begitu kerana ilmu yang ada masih BELUM CUKUP dan masih BANYAK YANG PERLU AKU PELAJARI... tetapi sebagai khalifah di bumi Allah yang hanya sementara ini aku MENCUBA untuk menjadi baik dari yang sebelumnya....

bukankah lebih baik 1 dari 0? maksud aku disini, bukankah lebih baik mencuba dari tidak berbuat apa2...

adakah aku belum cukup tegas kepada persekitaraan aku dan juga diri aku? tapi siapalah kita yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan... setiap saat dan masa pasti ada salah dan silap...

perlukah aku lari dari semua agar aku boleh cipta kehidupan baru? pastinya tidak bukan... sekiranya aku buat begitu pasti akan ada hati yang akan terluka..... aku mohon pada kalian agar support aku... aku perlukan sokongan kamu semua WAHAI SAHABAT...

bila aku leka sedarkanlah...
bila aku terlena kejutkanlah
bila aku terlupa ingtkanlah
dan 
bila aku salah ku mohon perbetulkanlah...
agar kesilapan diri dapat aku insafi.... 

aku bukanlah insan yang sempurna... tetapi aku adalah insan yang belajar untuk menjadi sempurna....

yang mencari cinta HAKIKI
atie

Monday, August 1, 2011

Harapan Ramadhan

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera…

BISMILLAAHIRRAHMAANIRRAHIIM

Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan…

Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang kepada diri aku dan pembaca sekalian untuk menunaikan Rukun Islam yang ketiga ini…

Setelah bulan REJAB DAN SYAABAN melabuhkan tirai, kini tibalah bulan hamba Allah iaitu bulan kita melipat gandakan amalan kita iaitu bulan RAMADHAN… di bulan ini, terlalu besar ganjaran yang diberikan oleh Allah kepada kita…

harapan ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


Bait2 lagu diatas banyak memberikan aku semangat untuk meneruskan perjalanan ke daerah yang lebih baik dan menjadikan ramadan sebagai langkah permulaan…  aku harap ramadhan kali ini dapat memberi impak yang sangat besar kepada diri aku….

Kelalaian, kesakitan, kedukaan, kemalasan dan semua perkara yang negative …. Aku harap dapat aku hapuskan pada ramadhan kali ini…

Semoga Ramadhan kali ini merupakan jalan untuk aku kembali ke jalan yang lurus dan terus berjalan tanpa menoleh kebelakang lagi... liku-liku perjalanan akan aku hadapi dengan kesabaran... semoga setiap langkah ku di beri perlindungan Illahi....



Ya ALLAH, Berilah hambamu ini kekuatan,kesabaran dalam menjalani kehidupan yang penuh liku-liku kelalaian…  Ya Allah, berilah hambamu ini kesempatan melakukan ibadah dengan sempurna di bulan yang penuh dengan keberkatan dan bantulah hambamu ini istiqamah di jalan-Mu Ya Allah….
There was an error in this gadget