Sahabat Maya

Thursday, March 31, 2011

4 U

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera...

hye to all my readers (ada readers ka blog ney??)

sebenarnya ak x tau mcm mna nk cerita... tpi memandangkan ini adlah blog aku... so, suka aku la kn nk wat ayat mcm mna...
nk cerita psal satu member ney... ney bkan la kes mengumpat k...

dulu aku ada satu member yg kira baik la... friendship kitaorg start dengan air mata... ceh dan berakhir juga dgn air mata... huhu... kisah kami penuh dengan emosi... mcm2 kejadian yg kmi lalui bersama... (yeke???) friendship kmi ney kira best la... mcm2 story yg ada.... dari gembira, sedih, menyakitkan hati, dan mcm2 lae perasa yg ada...

untuk pengetahuan korg... dia ney salah satu dripada THE BEST OF MY FRIEND... cerita,chat ngan dia mmg wat aku happy... dia ney juga byk sgt info yg berguna...mcm internet bercakap... hehehe hahahaha
cuma aku just tak tahu... dia anggap aku ney sbgai apa??? huhu.... mungkin kawan, mungkin juga musuh... ataupun aku ney tak pernh wujud dalam diri dia... apa2 jk la...

bru2 ney(x la bru sgt) aku wat satu keputusan yg sgt la pengecut... aku wat gtu bab aku ada reason aku tersendiri..... nak kata aku menyesal sekarang tidaklah sangat... just sedikit terkilan... tapi inilah consequence yg patut aku hadapi atas tindakan aku sebelum ney...

aku bukan apa... aku just tak nak dah sakitkan hati orang... sakit tau bila SAKIT HATI ney... cukuplah sebelum ney aku ada krisis dengan beberapa orang yang sakit hati dengan diri ini... tapi aku dah minta maaf.... :(

kpada member yg aku maksudkan tu( mcm la dia bca blog aku) untuk yg kesekian kalinya aku minta maaf sangat2... aku dah tak nk sakitkan hati kau... kenangan kita bersama tak akan aku lupa... kerana kau adalah ONE OF MY BEST FRIEND.... THE BEST lgi.... :D
(nk tau x sepa org ney??? aku nk upload gmbrnya tpi x nk la kn wat krisis lae... hehehe... men2 jk.... aku x brani pun.. :P)

aku harap kita akan jumpa lagi... dengan diri aku yg bru INSYAALLAH....
sungguh aku sedih akan perkara ini... sekiranya aku silap katakanlah... k...
sekian...

AKU yg terluka... (hahaha)
atie :P

Saturday, March 26, 2011

Minggu 'Gila'

Assalamualaikum W.B.T dan salam 1 malaysia...

penat, tertekan, tekanan, sakit hati, happy,sedih, takut dan macam2 lae perasaan aku....itu la perasaan aku tuk minggu ney....

penat tu x ya nk ckap la.. semua org pun pnat kan... tpi kli ini btul2 mnguji la... setiap hari dari hari isnin until jumaat ada test n ujian bab next week kita org dah STUDY WEEK.... 3 MINGGU BABE... so, semua lecturer abiskn semua test or quiz diz week... mmg pnat gila la... setiap hari kja 'mmbaca'
dan 'menghafal' jk... Tuhan ja yg tahu macam mna perasaan ney....

dalam kesibukan berjuang dengan paper2 d waktu pagi, waktu ptg plak enjoy r... mmndangkan blik awal... aku x blik trus... aku p pameran dlu sblum blik... pameran "KEMPEN GALAKAN MEMBACA" best tau... 3 hari pameran tu... 3 hari gak muka aku kat ctu.... :D... then bila dah blik pnat sendiri... wakakaka.... net antara bnda yg aku buat tym kempen tu... :-

perasaan takut plak apabila hbis jwab paper... kini bru aku sdar yang pper msuk final tu mmg SUSAH MENGILA.... nsib bek aku ada ksedaran lae... :D
aku rsa nk lulus tu mmg dah ada dalam tangan la INSYAALLAH..... tpi nk score tu... ssah sangat... ntah la npa... mngkin krana PB mntp kot... its ok.... final la kna fullblast.... tpi mmg ak rsa x dapt score la... sedih eh... aku harap ada keajaiban bila result kuar...(final pun lum dah cerita sal result)

tdi tetibha sedih plak mcam dah final sem plak... siap gambr2 lae.... tdi kitaorg bergmbr tym klas terakhir tuk hari ney lepas test... klas semiconductor devices.... huhu... hehehe yg lucunya... semua tetibha jdi baik... hahahaha (gmbr yg ak snap corrupt la... )

then tuk cerita sok... lau best aku cerita... bab sok ada match netball... tpi ak x men la... just be da Ajk...

last but not least... hapy.... tedah dah sakit hati dan tertekan sendiri... hehehe assgnmnt dah teda, report lab dah teda, quiz da teda n test pun dah teda... hehehe....

thats all story 4 diz week... :)

Wednesday, March 23, 2011

Sedar ...

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera....

Alhamdulillah....
itu la antara kata2 yang boleh aku ucapkan saat diri ini mendapat kekuatan untuk meneruskan perjuangan menuju kehidupan yang abadi dan kekal untuk selamanya....

saat diri aku masih lagi terkapai-kapai dan masih lagi terumbang ambing, Allah maha berkuasa... Allah tunjukkan jawapan yang pasti untuk aku.....
lapang, tenang dan yakin... itu lah antara perasaan aku saat ini... tidak seperti dulu.... gelap, sedih, takut dan semua yang teruk2 la... :D

Islam is a way of life.... Islam mengajar umatnya dari perkara mudah sehingga la yang berat... tpi, sedih sangat dengan umat islam zaman ini....
aku pun tidak sempurna, aku pun insan yang berdosa, aku hanya mampu memohon kepada Yang Maha Mengetahui agar perjalanan hidupku sentiasa direhai-Nya...
dalam mencari sesuatu yang pasti dan istiqomah aku berharap agar aku tidak lagi hanyut seperti sebelum ini...
ini adalah perkara yang terbaik... Insyaallah....

p/s: terlalu banyak perkara yang Allah tunjukkan kepada umat manusia agar kembali beriman kepada Allah... percaya lah akan hari kiamat dan hari kebangkitan... sesungguhnya akan datang hari itu tanpa diduga oleh akal dan fikiran manusia yang cetek dah rendah.... bersama-samalah kita berdoa semoga nyawa kita diambil saat diri ini masih beriman dan mati dalam keadaan husnul khatimah......

Tuesday, March 22, 2011

Andai kelmarin......

Andai kelmarin gelak tawa kita yang terakhir,
Simpanlah di dalam kotak mindamu,
Andai kelmarin air mata terakhir untukmu,
Lupakanlah kesedihan itu,
Andai kelmarin ku berikan nasihat kepadamu,
Ingatlah ia nasihatku buatmu,
Andai kelmarin ku berikan hadiah padamu,
Simpanlah untuk kau jadikan kenangan dariku,
Andai kelmarin aku lakukan kesalahan padamu,
Maafkanlah khilaf ku itu,
dan,
Andai kelmarin adalah pertemuan yang telah tiba penghujungnya,
Ingatlah aku DALAM DOAMU....
Doakan aku bahagia disana....

Aku yang Tewas


aku x faham kejadian sebenar..... dan aku x nk ambi tahu... btul tu EEE dah mati... mati kat hati ko n mati dari khayalan ko...
maaflah... tpi ini lah yg terbaik... ko jga yg gtau satu msa dulu, ko nk lupakan semua... jdi aku permudahkan kja ko...
aku dah penat dah nk men game ney... so, biarlah aku yg mengalah... biarlah dalam game ney aku sebagai penama 'LOSER' bab aku dah x sanggup dah....
lagipun, ko dah bahagia... btul x... lau sblum ney ko dah bhagia apatah lae sekarang??? kn...
lau sebelum ney aku selalu ckp jgn lupakan aku, kli ini aku nk ckp"suka hati kau la"

aku brubah??? aku x nafikan... btul la tu... bab aku dah pnat dah kjar dunia... x mampu dah aku... jdi ini la langkah aku...
Nama langkah ney, langkah MAUT... :D

aku x nafikan kau seorang kawan yang baik... dan aku plak x cukup baik.... kja aku sakitkan hati ko jk kn??? so, x nk sakitkan hati ko... biarlah aku jadi baik dulu bru kita jumpa lae... n bersahabat...

untuk yang kesekian kalinya.... HIDUP BAIK2 n Take care....

rsanya cukuplah smpai cni aku merepek n menahan pedih yang telah aku tahan... aku dah x sanggup..... aku lemah sgt2... (aku sndiri pun x fhm)

p/s: dalam hidup ney apa yg kita wat pasti kita dapat blik... lau hari ini kita sakitkan hati org, sok org plak skitkan hati kita.... SEKIRANYA NAK ORG BERBUAT BAIK DENGAN KITA, KITA KENA BERBUAT BAIK DAHULU DENGAN ORG....

Friday, March 11, 2011

Bayaran Sebuah Kemaafan

Bayaran Sebuah Kemaafan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., Rasulullah bersabda:

Musa bin Imran bertanya: "Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu? FirmanNya: "Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan org lain."

Saya merasakan bahawa perkara yang paling mahal saya terpaksa bayar dalam perjalanan kehidupan ini adalah; sebuah perpisahan. Membayarnya adalah sesuatu yang sangat menyedihkan.

Seseorang itu sepatutnya bersedia, redha, sabar di saat hati yang dihiris dengan kesedihan.

Kita selalu lupa bahawa setiap orang yang telah menambah nilai erti kehidupan kita akan berakhir. Mereka akan pergi meninggalkan kita. Atau kita jua akan berjauhan meninggalkan mereka.

Hari ini kita telah menjadi seseorang. Kita telah menemui pelbagai ragam manusia yang mungkin menyakitkan, mungkin juga menggembirakan. Kita telah pelajari sebuah kehidupan yang sebenar.

Adakah kita berterima kasih kepada mereka? Yang pernah menambah asam garam dalam resepi kehidupan ini?

TERIMA KASIH

Kita seringkali mendengar, "manusia tidak pernah lari dari buat kesilapan", untuk kita sentiasa akui bahawa setiap orang mengaku ketidak sempurnaan dirinya.

Frasa itu juga mengajar kita bahawa "manusia belajar melalui kesilapan", walaupun yang membuat kesilapan itu daripada orang yang lain.

Adakalanya kita rasa sakit hati atas perbuatan seseorang itu. Mungkin sakitnya hati itu tidak dirasai oleh orang yang menyakiti. Mungkin juga dia disakiti.

Namun kita tidak sedar bahawa dia mungkin pernah mengajar kita erti kehidupan lebih banyak dari apa yang dia sakitkan hati kita. Mengapakah kita terlalu keras hati sehingga terlalu mahal harga kemaafan kita?

Tak mahu bertanya sapa, tak mahu mendekati, tak mahu dan tak mahu.

Kerana mungkin kita terlalu sayangkan hati kita? Kuat merajuk? Mungkin?

SELAMAT TINGGAL

Mengapakah seseorang itu merumitkan lagi masalah dengan tidak memaafkan? Sedangkan, lebih mudah menghabiskan cerita yang rumit itu dengan memaafkan?

Kita sebenarnya telah membayar harga yang lebih mahal kerana itu, iaitu dengan memendam sakit hati, berpisah, dan dendam – hanya kerana enggan memaafkan.

Tahukah kita bahawa Rasulullah saw. telah menjadi orang yang berjaya kerana dirinya yang sangat pemaaf? Baginda dibenci, Baginda dicaci, didengki, namun kerana memahami semua itu adalah hakikat manusiawi, Baginda memaafkan.

Kita mungkin boleh berfikir sendiri, akan manusia yang sangat terpuji akhlaknya. Mungkin Rasulullah itu maksum, bersih hati jiwanya, dan kita tak mampu lakukannya. Tapi bukankah nabi diturunkan agar kita mencontohinya?

Kita bakal lagi akan diuji dengan pelbagai lagi ragam manusia.

Tetapi kita tentu akan tenteram jika kita memaafkan mereka.

Usah merumitkan lagi cerita jika penyelesaiannya hanya dengan membayar sebuah kemaafan andai mereka pernah menjadi rakan, kenalan, atau keluarga kita.

Maafkan sahaja.

Kembalilah bersaudara.

Andai Habil dibunuh kerana hilang rasa persaudaraan daripada satu pihak. Andai agama ini pernah membayar harga persaudaraan itu dengan jenuh dan letih dalam berhijrah. Mengapakah kita menggadaikan persaudaraan itu semudah-mudahnya, angkara perkara yang kecil, tetapi dibesar-besarkan?

Rugilah orang yang memutuskan persaudaraan.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." - [Al-Hujurat : 10]

enough



Ini lah waktu yang tepat untuk semua...
aku dah penat dah...
aku betul2 x kuat untuk hadapi semua ini....
aku harap aku x tewas dipertengahan jalah.....

CUKUP!!!!!

Thursday, March 10, 2011

9 Pembaziran

Assalamualaikum
sebagai renungan bersama...

" Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada 9 pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:

1. ILMU PENGETAHUAN
- membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan

2. AMALAN
- membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas

3. KEKAYAAN
- membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dah tidak diredhai Allah

4. HATI
- membazri jika kosong daripada kasih kepada Allah

5. TUBUH BADAN
- membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah

6. CINTA
- membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya

7. MASA
- membazir jika tidak diurus sebaiknya

8. AKAL
- membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama

9. ZIKIR
- membazir jika tidak memberi kesan kepada hati


BERSAMA-SAMA KITA RENUNGKAN 9 PEMBAZIRAN INI... DAN TUKAR PEMBAZIRAN INI KEPADA KEUNTUNGAN KEPADA HIDUP KITA

InsyaAllah....

Monday, March 7, 2011

Amali Pengurusan Jenazah

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera

mengingati mati amat la di galakkan untuk umat manusia... kerana dengan mengingati mati kita akan sentiasa berjaga-jaga dengan tindakan kita.....

sebenarnya aku nk cerita pasal kejadian ptg tadi... kmi belajar pasal pengurusan jenazah... untuk klas hari ini kmi telah bergabung dengan klas DET 2B...

seperti mana yg telah d ketahui umum... pengurusan jenazah ini adlah Fardhu Kifayah... bukan fardhu tak payah... walaupun Fadhu Kifayah... kita sebagai umat islam hendaklah mengambil tahu akan perkara ini...

cara2 menguruskan jenazah pertama kita hendaklah memandikan mayat, setelah itu di kafankan seterusnya di sembahyangkan dah akhir sekali di kebumikan... itu antara cara menguruskan jenazah...
klau nk tahu dengan specific blajar sendiri la...

setelah lihat video cara pengurusan jenazah ney, kmi kena suruh wat plak... amali kan... so, kna la wat.... kmi just buat cara kafan mayat sahaja...
untuk kafan plak.. mestilah ada mayat kan... so, adalah member yg volunteer nk jdi model...

so, semua lelaki d kehendaki turun dan kafan kan la model tu...
setelah dikafankan... btul2 mcm myat dah aku tengok...
antara gelagat pelajar DET 2B... mengkafankan model
ney plak pelajar DET 2A mengkafan model

model yg menjadi mayat telah selesai d kafankan

kedudukan jenazah ketika di sembahyangkan ...


SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DI SEMBAHYANGKAN


sebagai renungan bersama:: kita sebagai manusia yg hanya berjalan d muka bumi ini untuk mencari perhentian yg kekal abadi di akhirat sentiasa lah ber ingat akan ajal dan akan menjemput dengan tiba2nya... persiapkanlah diri kita akan amalan untuk bekalan d penghujung jalan... semoga kita mati dalam husnul khatimah...

untuk anda dah untuk diri ini juga... insyaallah...

Sunday, March 6, 2011

Janji

Assalamualaikum W.B.T dan salam 1 malaysia buat pembaca blog...

Sebenarnya aku ney bzy la sgt(x d tnya pun) tpi wat2 x bzy je...

berblik kpda tjuk kat ats tu janji.... apa itu jnji??? korg cri la meaning yg lbih tepat kat kamus dewan yerk...
sebenarnya, aku rsa @ mmg pun aku dah berjnji kat beberapa org ney.... ala jnji simple jk.... klau dulu... tpi sekrng ney jnji tu jd difficult plak untuk d tunaikan...
aku bkan apa, jnji ney bhya klau kita z tunaikan... ciri2 org munafik plak tu... bkan nk blgak alim jgk cuma takut...

sebelum ney ak pernah berjnji nk blanja member mkan bla dah bufday dia...(tu pun nk kecoh)... tpi yg mnjadi msalah sekrg ney adlh aku dah x brapa ok ngan member tu... mcm mna ak nk tunaikan janji aku??? (bingung)

pastu, satu ketika dahulu... (last year)... aku dah pernah ckp kat seseorg yg aku ak tunggu dia sampai dia capai kebahagiaan dia atau sampai dia bahagia... dalam erti kata len aku masih saygkn dia la... tpi, semua itu adlh satu bnda yg mustahil... x ka keadaan aku mcm menunggu bula jatuh ke riba??? lama tu...

aku jadi bersalah plak bila ingt kembli peristiwa ini.... aku keliru dan buntu... aku x tau nk wt pa... walaupapaun... aku selalu mendoakan kebahagiaan mereka berdua... agar tidak wujud dendam d hati mereka untuk aku... :D

--> pengajaran dari kisah ney...(ada pengajaran ka???) .. berhati-hati dalam berkata-kata... kerana setiap apa yg keluar perkataan yg keluar dari mulut kita mungkin akn merosakkan seseorg atau membahagiakan org... sentiasalah berkata yg baik2...
dan jagn la menabur jnji yg x dapat ditunaikan.... kerana ada pihak yg akn berduka kelak!!!

sekian

Friday, March 4, 2011

Psikologi

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

sekian klinya aku update lagi blog ini....

minggu ini adlh minggu yg amt sibuk la aku bleh katakan... penat sgt... asl blik jk... msti rsa nk landing... n bla dah landing rsa mcm x nk bka mata... huhu... kpala ney rsa berat sgt...

untuk minggu ney, kmi bljar satu lagi topik bru untuk module digital electronics... tjuknya adalah counter.... tough chapter in this module... mmg gila2 la... n module ney jga pling tinggi jam kredit... dalam post2 ak sblum ney ak selalu crita psal module ney... module ney la pling byak aku cerita....

setelah blajar selama sejam bnda bru.. iaitu synchronous ... lecturer kitaorg pun suru kemas.... n keluarkn sehelai kertas... apa lgi.. kmi pun ingt nk wat quiz tergempar la...

rupa2nya... mdm tu suruh kmi tulis warna kegemaran dan binatang kesukaan dan berikan 4 reason setiap satu... dah siap hntar p depan... bila semua mmber dah hantar... pnlng ketua klas kitaorg kna pnggil p dpan n bca beberpa kertas...

sebelum dia bca... madam kmi ckp.. "sebenarnya ini soalan psikologi... warna melambangkan diri kamu dan binatang melambngkan ciri2 org yg kmu suka"...
bila dia bca jk paper2 mmber yg len... pecah kelas tu... lwak thap gaban....

p/s ; kpada pmbaca blog... cuba kmu wat aktivini ney kat kwan kmu.... then lihat jwapan drg... msti lwak gila... k...

that's all my story 4 today...

Tuesday, March 1, 2011

march 1


Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera...

setelah seminggu aku x update blog ak ney... hri ni ak kmbali lagi untk update kisah hidup ku... :D

hari ini adalah hari pertama untuk bulan yang ketiga pada thun 2011 dan bulan yang keempat ak kat poli(sem 2)...
kisah aku untuk dua blan yg lepas agk kurenggg memuaskan hati... hal ini kerana, aku byak melakukan kesilapan(ayt ak wt karangan tym ak f3).... bru 2 blan... mcm2 dah warna yg ada dalam hidup aku... semua pun warna kehancuran...

kisah 3 blan plak, lgi dahsyat... mcm2 hal jg yg terjdi.... antranya hilang member...
pedih tau rsanya, bila member yg dulunya kita bleh gelak semeja n bertepuk tampar kini mnjadi bisu dpan kita dah tu pndang pun x mo owh.... takdir.... x pe la... mngkin sem ney mcm ney, sekali sem depan lae truk...
padan muka aku...sepa suruh byk mulut... hahahaha

tu kisah 3 blan.... ney kisah minggu lalu, member aku sorg ney pun nk chow gak.... jgn la bla wei... ko la kwan aku... ko la best fren aku... ko la member ak... c'mon r... kwan x kn tingglkan kwannya kn.... aku hrap ko x wt pa yg ko ckp....
aku bknnya kedekut.... tpi bla aku cal ko, ko yg ckp nnti ak cal ko blik... slah sepa(cri masalah lg)... bkan aku kn... so, :Dngee.... jgn la mrah akn diriku... ceh...

k la sampai cni jk la.... untuk bln yg bru untuk thun ney... kpda member2 ak... ak hrap bla ak dah len... diam2 jk la k.... x ya la salah anggp ak still lae yg dulu cuma ak x nk dah tenggelam dengn semua ini... n jlan hidup ku msih panjang untuk aku terokai k...

lau x fhm tkn la button x fhm k...
sekian...