Sahabat Maya

Sunday, July 31, 2011

Pening + blurr = ???

Assalamulaikum dan selamat sejahtera...

dah seminggu dah aku berada dalam keadaan tertekan yang x la teramat sangat... tapi, boleh menjejaskan kesihatan aku juga la.... huhu

untuk minggu ney jak macam2 juga la perkara yang terjadi termasuk la... ESCAPE class untuk yang pertama kalinya... hehehe... kejadian ney hari khamis yg lalu.... 4 da 1st time 4 this semester... :)ngee

sebenarnya, pening + blurr ney untuk presentation team aku esok... presentation PLC (programmable logic controller) and Automation..... course ney, kira maut juga la bagi aku... sebab... banyak sangt benda kena kenal dan kena faham fungsinya... belum masuk lagi schematic diagram... :D

dah seminggu dah aku cari info pasal benda ney... so, esok... aku harap rakan2 aku akan faham la... apa yang KAMI AKAN BENTANGKAN.... bak kata korang " sama-sama la kita belajar " peace.... :D

gambar tym SPM... hehehe

dan yang terakhir.... AKU NAK MINTA MAAF SANGAT KEPADA SESIAPA YANG PERNAH TERASA KAT DIRI AKU... MAAFKAN AKU SANGAT2... DAN KEPADA TEMAN SEPERJUANGAN AKU SEKARANG... AKU MINTA MAAF DENGAN SIKAP AKU HARI JUMAAT YANG LALU.... AKU TERTEKAN CIKIT.... INSYAALLAH... LEPAS NEY SEMUA ITU AKAN AKU ELAK... :) MAAF....

*atie*

Friday, July 29, 2011

Malaysia Vs Singapore

Assalamualaikum W.b.t dan Salam Sejahtera

Untuk entri kali ini, aku nak cerita pasal match semalam... Malaysia vs Singapore....  ini adalah perlawanan yg aku tunggu2 juga la lepas malaysia kalah 5-3 kat Singapore hari tu....

bila buka blog hari ini, ternyata kebanyakan blogger cerita pasal bola sepak semalam... then, time kat kelas pun lebih kurang gitu juga la.. tapi tak la gempak sangat... siap ada yang kecewa nak mampos lagi.. hehehe (jgn marah)
aku pun kecewa juga dengan keputusan semalam, tapi aku still bangga ngan pemain2 malaysia yang begitu hebat dan menjadi hero di padang... dan hero yang menjadi watak utama semalam pastinya KHAIRUL FAHMI... hebat sangat jaga gawang malaysia walaupun bolos akhirnya...
tak lupa juga kepada harapan negara, SAFEE SALI... TERBAIKKK.... dan kepada SEMUA pemain yang bertungkus lumus....

itu la ringkasan match semalam... walaupun malaysia x dapat ke peringkat seterusnya untuk FIFA 2014... coz kalah dengan agregat 6-4... tapi.... mereka tetap pemenang bagi peminat bola sepak TANAH AIR... :)

MALAYSIA BOLEH!!!!!!

Tuesday, July 26, 2011

proven

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.....

hidup umpama roda.... kadang kita di atas, kadang kita di bawah....

hari ini kita bahagia, mungkin esok kita derita....

kembara hati aku hari ini betul2 menguji diri aku... dari awal pagi nak ke kuliah... hingga aku bangun kembali dari lena...
terdetik dihati untuk mencari sesuatu yang mungkin akan membuatkan aku yakin dengan jalan ini... dan ternyata benarlah segalanya.....

benarlah pepatah " masa akan menentukan segalanya" , kini masa membuktikan segalanya... apa yang tersembunyi telah pun nyata... Alhamdulillah... KEPASTIAN mengunjung TIBA...

kala dini hari, aku mencari-cari... akhirnya, pada ketika ini.... segalanya muncul... lega rasanya hati ini... ringan bahu melepaskan beban yang selama ini tidak perlu aku pikul...

dan, terbuktilah post aku sebelum ini... AKU DAH TAK KENAL KAU SIAPA.... :D

adakah ini adalah petanda dari Yang Maha Kuasa? Semoga ini adalah petanda yang BAIK... INSYAALLAH....

Hiduplah Dalam Ketenangan Agar Hidup mu Lebih Hidup....
Atie

Sunday, July 24, 2011

Alhamdulillah....

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera...

Hidup tidak selalunya indah... begitu juga dengan langit yang tidaklah selalunya cerah..... hidup ney, umpama air pasang... ada pasang dan surutnya...

Satu lagi Kembara Hati dalam episod kisah sebuah cerita yang akan aku hadapi.... itu nanti...

ALHAMDULILLAH....
sekarang ney, aku nak cerita pasal seorang sahabat aku... dahulunya kami jauh sangat... aku pun tak tahu kenapa... mungkin juga kerana kesilapan diri aku, tapi aku tak pasti apa...
apa yang aku perasan, mmber dia @ member aku juga ada something yg cuba disampaikan... tapi tak sampai2 dengan aku...

walauapapun, aku gembira kerana semua dah selesai... walaupun aku kehilangan seorang sahabat..... tapi Allah gantikan dengan satu lagi sahabat.... :D

Tuesday, July 19, 2011

My Memory

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

Satu ketika dahulu, aku suka sangat lagu ney... aku pun tak pasti kenapa.... mungkin kerana muzik lagu ini yang begitu sentimental dan menenangkan..... selain itu, aku juga SUKA SANGAT ngan lirik lagu ney... siap hafal lagi....

kini, lagu ney menjadi background music for my blog... so, enjoy diz song.... :)

MY MEMORY - RYU

My Memory moh doo gee uhk hae yoh geuh soon gahn
Noon eul gahm euh myun ah joo jahk eun eel doh boh ee neh yoh
You're far away dah deul soo up neun goh seh
Sa rang hahn dah neun mahl doh gee dah leen dah neun mahl doh ha jee moht ha goh

Jung mahl mohl laht joh geuh dehl ee luht geh dah shee mahn nahl jool eun sehng gahk joh cha moht het suht joh

Ah jik nuhl sa rang hae ee jeh lah doh neh geh goh behk hahl kkeh
I want to love you forever
Neut jee ahn aht dah myun ee luht geh nah wah hahm kkeh young won hee

Oh leht dohng ahn geuh dehn nah ae gah seum ae mahn eun shee gahn heul luh doh
Ah joo muhl lee ee juh doh sahl ah eet sut joh

Jung mahl mohl laht joh geuh dehl ee luht geh dah shee mahn nahl jool eun sehng gahk joh cha moht het suht joh
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/r/ryu/my_memory.html ]
Ah jik nuhl sa rang hae ee jeh lah doh neh geh goh behk hahl kkeh
I want to love you forever
Neut jee ahn aht dah myun ee luht geh nah wah hahm kkeh young won hee


* Atie *

Saturday, July 16, 2011

Minggu pertama

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera...

Disebabkan kesibukan yang tidaklah melampau sangat... dan kepenatan yang amat mendera diri... aku malas nak update blog ney.... :D

Minggu PERTAMA, Tahun KEDUA dan semester KETIGA... aku kat Politeknik KK...

seminggu dah sesi kuliah bermula, pada minggu pertama ney... biasanya sesi perkenalan la kn... tetapi ada juga la lecturer yang rajin sangat nak mulakan sesi belajar....

kelas aku masih lagi dihuni oleh wajah2 yang sma... dan yang pastinya kini kami hanya tinggal 41 org sahaja... banyak kn... seorang pindah... ntah la kemana....

untuk minggu pertama ini juga, aku betul tertampar dengan course yang aku ambil... mungkin dahulunya aku rasa aku boleh tapi kini aku kena ubah MIND aku kepada aku HARUS/KENA buat yang terbaik untuk kali ini...

sebagai insan yang tidak mempunyai basic yang sangt kukuh dalam bidang ney, aku hendakla berusaha bersungguh-sungguh....

sekarang ney, perasaan aku betul2 dah bercampur dah... takut ada semangat pun ad
a...
EC(electrical course) untuk sem ini memang mencabar... dapatkah aku kekalkan pointer aku? insyaallah...

untuk minggu ini juga... dah 2 kali aku jalan2 dengan member aku... sekali p 1B dan turun KK... NONTON WAYANG... HARRY POTTER part 2... mungkin ini adalah filem terakhir aku nonton kot... :D

dan yang pastinya kini, aku kena ready dengan benda baru dalam EC ney, dan aku
taknak dah main2... hehehe focus yang paling utama....

that's all...
now get ready with the module and practical with the higher voltage, more challenges and tough....

luv EC
Atie

Thursday, July 7, 2011

Aku dan E




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu dan Salam Bahagia



aku kembali lagi ke pantai kenangan yang meyimpan 1001 pahit manis cerita kehidupan insan yang berkunjung di pantai ini....

di sini la insan mencari ketenangan, pasangan mencari penyelesaian dan keluarga melepaskan kerinduan... pantai yang menyimpan 1001 kenangan....

mungkin ini kali terakhir aku menjejakkan kaki ke pantai ini... mungkin juga ke-2 terakhir atau ini bukan yang terakhir... wallahualam...


Hidup ini penuh dengan cerita di sebalik kisah setiap insan(bersastera plak ak ney)… tapi hidup ini adalah reality yang harus didepani... hidup bukannya cerita seperti dalam plot sebuah novel yang bermula dengan pendahuluan kemudian berkembang seterusnya berhadapan dengan konflik dan diakhiri dengan kebahagiaan…


Hidup juga tidak seperti drama yang ditayangkan di kaca televisyen… yang hero dan heroinnya akan bersama diakhir cerita walaupun perkembangan cerita begitu hebat dengan dugaan dan orang ketiga yang hendak merosakkan sebuah perhubungan…


Reality adalah satu kepahitan yang mesti ditelan walaupun sakit… kekecewaan, kegagalan dan seumpanya adalah satu kemestian dan satu kewajipan untuk meneruskan perjalanan dengan ketenangan…


Wah~~~ panjang muqaddimah

Gempak gtu tajuk kali ini…. Aku dan E…. (siapa 'E'?)

Inilah impian aku dari dahulu.. Ingin bersamanya, bahagia dengannya dan sentiasa tersenyum disampingnya…

Dahulunya aku rasa susah sangat nak gapai benda ini… tpi pepatah melayu ada mengatakn "dimana ada kemahuan di situ ada jalan"…


Sebelum ini, terlalu banyak dugaan yang datang dan membuat kan

aku terfikir dan terdetik di hati bahawasanya terlalu jauh untuk aku mendekatinya…

Sebelum ini pahit getir aku lalui dengan tenang, kegagalan dalam mencari kebahagian aku tempuh dengan senyuman… tawa dan tangis bergabung menjadi tekad yang kukuh untuk merobohkan dinding kekecewaan yang menghalang untuk mencapai kebahagiaan…


Kekecewaan yang amat bermakna telah aku lalui… begitu pahit dan sakit rasanya…

Apa yang aku cari selama ini telah aku temui dalam keadaan tidak sedar… inilah masanya untuk aku alihkan tumpuan aku, kalau sebelum ini tumpuan aku kepada sesuatu yang tak pasti… kali ini… tumpuan aku hanya kepada dia… dia yang akan membuat aku tersenyum satu ketika nanti...


Apa yang telah berlaku satu masa dahulu adalah pengajaran dan pelajaran juga sebuah kenangan untuk diri aku…

Aku akan TETAP BERTAHAN walaupun aku jatuh di pertengahan jalan… akan aku bangkit semula setelah tewas di medan perjuangan…

aku x kan hirau apa orang nak kata… yang penting aku bahagia… kerana

kegagalan adalah permulaan sebuah kejayaan…


yang pahit itu penawar dan yang manis itu racun… kepahitan itu harus aku telan walaupun perit kerana disebalik kepahitan itu ada keindahan... Segalanya bermula disini dan KINI HANYA AKU DAN E.


Siapa E 2??? Adakah seorang insan yg bertakhta di hati ini??? :) jangan salah faham … E kat cni stand 4 ELECTRICAL… my course now…. :D…


Kesimpulannya kini HANYA AKU DAN ELECTRICAL… :)

Semoga kejayaan ku gapai dengan CEMERLANGNYA… InsyaAllah…


Dan kini bermulanya sebuah kisah baru......... bagi pengakhiran sebuah cerita....


yang mengejar impian

Atie


Monday, July 4, 2011

get well




4 + 7 = 11

Permulaan suatu pengakhiran

live well and happily

:)

Saturday, July 2, 2011

=)



Aku bahagia bila kau Bahagia.....
&
Aku harap kau selalu bahagia....

=)

Friday, July 1, 2011

Arrrrrrrrggggggghhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!


Assalamualaikum W.B.T dan salam Sejahtera...

wah.... knpa plak entri aku kali nie?
hari ini genaplah 2 bulan aku cuti... 2 BULAN tau... lama tu..........
selama 2 bulan ney, aku asyik on9, makan, tido, nonton tv... tu jelah keja aku... kadang2 jalan2... (shopping) hehehe

selama dua bulan ney, seriously... aku macm org tak betul dah kat rumah ney...
n the most important la kn... hahaha berat badan aku menaik... hehehe

Arrggghhhhhhhhhh.............. aku MAKIN tembam.... huhuhuhu.... hal ini kerana, sikap pemalas yang mengusai diri telah pun menawan ataupun merajai diri aku... kes malas jogging la ney... sebenarnya aku malas nak kuar rumah.. MALAS YANG TERAMAT SANGT... bab x membwa keuntungan untuk poket ak... n satu lagi, aku takut la...byk sagt kereta.... huhuhu (mcm budak2 la plak)

walauapapun.... ini la balasannya... malas sangt kan... hehehe

hehehe

yang tembam...

Atie :D

Aku Rindu Mereka

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera...

hari rabu yang lalu, ada function kat sekolah lama aku... so, aku pun jadi wakil penjaga la untuk adik aku... mula2 tu aku memang terkejut la dengan junior2 aku punya gaya... begini ka junior aku sekarg? itulah soalan yang timbul di benak fikiran aku...

lepas beberapa minit kat sekolah tu, tetiba hati aku jadi sebak... air mata aku macam nak mencurah jak keluar dari bibir mata (bersastera la plak aku pepagi ney)...
baru aku sedar yang aku amatlah rindukan rakan2 seperjuangan aku...

"aku rindu sangt kat korg, korg tau tak? aku nak sgt kita kumpul balik kat sekolah tu... then cerita2 ketawa2 n wat actvty lagi... i miss u all... miss very much.... korg nak tau x , bila ku rindu korg aku selalu tgk gambr kita bersama dulu... aku nak play disc yg kena bgi tym last party tapi, dah beralih tangan... ...
so, now.. tgk gambr jk la... WARRRRGGGHHHHH... aku nak disc tu blik... huhu " sambil mengalirkn air mata



kepada sahabat aku.. 5 perdana 09 @ trt member... korang la member yang terbaeekkkkkkkkkkk!!!! RINDU N SAYANG KORANG SESANGAT.....


yang merindui kamu
Atie @ tijay
There was an error in this gadget