Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu dan Salam Bahagia
aku kembali lagi ke pantai kenangan yang meyimpan 1001 pahit manis cerita kehidupan insan yang berkunjung di pantai ini....
di sini la insan mencari ketenangan, pasangan mencari penyelesaian dan keluarga melepaskan kerinduan... pantai yang menyimpan 1001 kenangan....
mungkin ini kali terakhir aku menjejakkan kaki ke pantai ini... mungkin juga ke-2 terakhir atau ini bukan yang terakhir... wallahualam...
Hidup ini penuh dengan cerita di sebalik kisah setiap insan(bersastera plak ak ney)… tapi hidup ini adalah reality yang harus didepani... hidup bukannya cerita seperti dalam plot sebuah novel yang bermula dengan pendahuluan kemudian berkembang seterusnya berhadapan dengan konflik dan diakhiri dengan kebahagiaan…
Hidup juga tidak seperti drama yang ditayangkan di kaca televisyen… yang hero dan heroinnya akan bersama diakhir cerita walaupun perkembangan cerita begitu hebat dengan dugaan dan orang ketiga yang hendak merosakkan sebuah perhubungan…
Reality adalah satu kepahitan yang mesti ditelan walaupun sakit… kekecewaan, kegagalan dan seumpanya adalah satu kemestian dan satu kewajipan untuk meneruskan perjalanan dengan ketenangan…
Wah~~~ panjang muqaddimah
Gempak gtu tajuk kali ini…. Aku dan E…. (siapa 'E'?)
Inilah impian aku dari dahulu.. Ingin bersamanya, bahagia dengannya dan sentiasa tersenyum disampingnya…
Dahulunya aku rasa susah sangat nak gapai benda ini… tpi pepatah melayu ada mengatakn "dimana ada kemahuan di situ ada jalan"…
Sebelum ini, terlalu banyak dugaan yang datang dan membuat kan
aku terfikir dan terdetik di hati bahawasanya terlalu jauh untuk aku mendekatinya…
Sebelum ini pahit getir aku lalui dengan tenang, kegagalan dalam mencari kebahagian aku tempuh dengan senyuman… tawa dan tangis bergabung menjadi tekad yang kukuh untuk merobohkan dinding kekecewaan yang menghalang untuk mencapai kebahagiaan…
Kekecewaan yang amat bermakna telah aku lalui… begitu pahit dan sakit rasanya…
Apa yang aku cari selama ini telah aku temui dalam keadaan tidak sedar… inilah masanya untuk aku alihkan tumpuan aku, kalau sebelum ini tumpuan aku kepada sesuatu yang tak pasti… kali ini… tumpuan aku hanya kepada dia… dia yang akan membuat aku tersenyum satu ketika nanti...
Apa yang telah berlaku satu masa dahulu adalah pengajaran dan pelajaran juga sebuah kenangan untuk diri aku…
Aku akan TETAP BERTAHAN walaupun aku jatuh di pertengahan jalan… akan aku bangkit semula setelah tewas di medan perjuangan…
aku x kan hirau apa orang nak kata… yang penting aku bahagia… kerana
kegagalan adalah permulaan sebuah kejayaan…
yang pahit itu penawar dan yang manis itu racun… kepahitan itu harus aku telan walaupun perit kerana disebalik kepahitan itu ada keindahan... Segalanya bermula disini dan KINI HANYA AKU DAN E.
Siapa E 2??? Adakah seorang insan yg bertakhta di hati ini??? :) jangan salah faham … E kat cni stand 4 ELECTRICAL… my course now…. :D…
Kesimpulannya kini HANYA AKU DAN ELECTRICAL… :)
Semoga kejayaan ku gapai dengan CEMERLANGNYA… InsyaAllah…
Dan kini bermulanya sebuah kisah baru......... bagi pengakhiran sebuah cerita....
yang mengejar impian
Atie
No comments:
Post a Comment