Sahabat Maya

Friday, April 13, 2012

Sudut Pandang Aku Tentang Kehidupan

بسم الله الرحمن الرحيم


Kehidupan adalah satu pengembaraan…
Hidup umpama musafir yang menggembara dan belajar dari perjalanan…

Hidup ini singkat…
Dan yang singkat itu perlu la dihayati setiap saat…

Aku hayati kehidupan dengan melakar setiap detik memori aku dengan bentuk senyuman…
Bahagia aku hari ini akan aku sisakan untuk senyuman esok hari…
Duka aku hari ini aku aku benam jauh di lubuk minda dan kaburi segalanya duka dengan senyuman…

Kebahagian yang sejati apabila kita dapat membahagiakan orang yang berada di sekeliling kita…

Aku tidak dapat menilai diri aku secara total… kerana yang melihat diri aku bukanlah diri aku sendiri tetapi mereka2 yang berada di sekeliling aku…

Kehidupan itu indah
Andai dihayati…
Andai dipelajari,
Andai dihargai…

Hayati setiap saat yang kita lakukan dengan mengucapkan syukur kepada Ilahi atas kesempatan yang diberikan kerana masih mampu untuk melihat sinar matahari, cayaha purnama bulan dan kerdipan bintang2 di langit yang luas…

Pelajari pengajaran dari setiap ujian yang menimpa kita… ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk… sama ada dari kesusahan mahupun kemewahan… Ujian Allah dari aspek kesusahan itu di panggil musibah… ujian ini yang selalu dilihat secara meluas… padahal, ujian berbentuk kemewahan itu yang harus dilihat dengan lebih dalam… kerana kemewahan dan kesenangan kita boleh menjadi seorang yang sombong, riak dan banyak lagi sifat2 mazmumah…. Andai diri dikawal oleh Iman… semua mudah untuk di tepis dengan adanya sifat2 mahmudah…


Ujian hidup yang paling umum kepada manusia adalah  musibah… dan musibah itu datang dalam pelbagai bentuk…
Sebagai contoh, "break up", "fail", pointer jatuh, bankrupt, dan macam2 lagi perkara yang sering dikatakan "BAD LUCK"…

Tapi, sejauh mana "bad luck" ini memberi pengajaran yang boleh dipelajari dalam hidup kita?
Ambil masa sejenak untuk kita berfikir apa perkara yang paling teruk pernah kita lalui? (fikir sejenak)
Dari kejadian itu, adakah berlaku perubahan pada diri kita?
Andai YA, alhamdulillah… anda adalah seorang yang berfikiran positif yang telah mengubah bencana menjadi bahagia…
Seorang yang berfikiran positif sentiasa berfikiran bahawasannya ujian yang datang kepadanya adalah salah satu adventure kehidupan… sejauh mana tahap ketabahannya dalam melalui kehidupan…

Andai TIDAK, ubahlah pemikiran anda… anda sentiasa berfikir musibah itu menyusahkan… tetapi kenyataannya tidak… musibah adalah kejadian yang menjadikan kita lebih hebat dan mantap… yang lebih tabah dan teguh… bukan membuat kita lemah dan layu… TIDAKKK…

Pelajari setiap kejadian itu dengan mengambil pengajaran dari setiap yang berlaku…

"setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya"

Sesudah kesakitan itu terdapat kesembuhan,
Setelah keresahan ada ketenangan,
Setelah kegelapan pasti ada cahaya yang menerangi kehidupan…

Untuk apa kita rasa "down" hanya kerana perkara yang telah terjadi dan tidak mungkin terulang?
Andainya kita terikut-ikut dengan perasaan pasti kita tak akan mampu untuk melangkah kehadapan untuk mengecapi kejayaan…
Bangkitlah dari segala mind set yang tidak membawa kepada kebaikan kepada diri…
Ambil ikhtibar dari setiap yang berlaku di sekeliling anda pada tiap saat dan waktu…

Hargai apa sahaja yang ada di sekeliling anda… saat yang indah itu terlalu pantas ia terjadi… andai tidak dilakar dengan serta merta maka segalanya hanya pergi begitu sahaja tanpa makna…
Bagaimana hendak lakar segalanya? Simple… dengan menghargai

Hargai insan yang ada disisi anda sekarang… kerana belum tentu dia akan ada bersama ada esok hari…
Hargai saat yang diberikan kepada anda ketika ini, kerana belum tentu saat yang sama akan berulang…
Hargai ilmu yang diberikan oleh sesiapapun, kerana ilmu itu tidak akan datang dengan mudah kepada anda…
Hargai musibah yang terjadi kepada anda, kerana musibah itu sebenarnya membenuk peribadi andai kita memperlajari apa yang terjadi…
Hargai cinta yang datang kepada kita, kerana menyintai insan yang menyintai kita lebih bermakna daripada menyintai insan yang kita cintai….

Hidup ini indah andai dihayati dengan mata hati yang dinilai dengan fikiran yang jernih, yang memperlajari segala kejadian yang berlaku dan menghargai setiap kejadian itu… kerana hidup adalah sebuah pengembaraan...



Inilah sudut pandangan aku tentang kehidupan.... andai ada salah dan silap mohon maaf dari penulis kepada pembaca... sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu datang nya dari diri yang serba kekurangan dan khilaf lagi jahil ini... 
There was an error in this gadget