بسم الله الرحمن الرحيم
Kehidupan adalah satu
pengembaraan…
Hidup umpama musafir yang menggembara dan belajar dari perjalanan…
Hidup ini singkat…
Dan yang singkat itu perlu la
dihayati setiap saat…
Aku hayati kehidupan dengan melakar setiap detik memori aku dengan
bentuk senyuman…
Bahagia aku hari ini akan aku sisakan untuk senyuman esok hari…
Duka aku hari ini aku aku benam jauh di lubuk minda dan kaburi segalanya
duka dengan senyuman…
Kebahagian yang
sejati apabila kita dapat membahagiakan orang yang berada di sekeliling kita…
Aku tidak dapat menilai diri aku secara total… kerana yang melihat diri
aku bukanlah diri aku sendiri tetapi mereka2 yang berada di sekeliling aku…
Kehidupan itu indah
Andai
dihayati…
Andai
dipelajari,
Andai dihargai…
Hayati setiap saat yang kita lakukan dengan
mengucapkan syukur kepada Ilahi atas kesempatan yang diberikan kerana masih
mampu untuk melihat sinar matahari, cayaha purnama bulan dan kerdipan bintang2
di langit yang luas…
Pelajari pengajaran dari setiap ujian yang
menimpa kita… ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk… sama ada dari kesusahan mahupun kemewahan… Ujian
Allah dari aspek kesusahan itu di panggil musibah… ujian ini yang selalu
dilihat secara meluas… padahal, ujian berbentuk kemewahan itu yang harus
dilihat dengan lebih dalam… kerana kemewahan dan kesenangan kita boleh menjadi
seorang yang sombong, riak dan banyak
lagi sifat2 mazmumah…. Andai diri dikawal oleh Iman… semua mudah untuk di
tepis dengan adanya sifat2 mahmudah…
Ujian hidup yang paling umum kepada manusia adalah musibah… dan musibah itu datang dalam
pelbagai bentuk…
Sebagai contoh, "break up", "fail",
pointer jatuh, bankrupt, dan macam2
lagi perkara yang sering dikatakan "BAD
LUCK"…
Tapi, sejauh mana "bad luck" ini memberi pengajaran yang boleh
dipelajari dalam hidup kita?
Ambil masa sejenak untuk kita berfikir apa perkara yang paling teruk
pernah kita lalui? (fikir
sejenak)
Dari kejadian itu, adakah berlaku perubahan pada diri kita?
Andai YA, alhamdulillah… anda adalah seorang
yang berfikiran positif yang telah mengubah bencana menjadi bahagia…
Seorang yang berfikiran positif sentiasa berfikiran bahawasannya ujian
yang datang kepadanya adalah salah satu adventure kehidupan… sejauh mana tahap
ketabahannya dalam melalui kehidupan…
Andai TIDAK, ubahlah pemikiran anda… anda
sentiasa berfikir musibah itu menyusahkan… tetapi kenyataannya tidak… musibah
adalah kejadian yang menjadikan kita lebih hebat dan mantap… yang lebih tabah
dan teguh… bukan membuat kita lemah dan layu… TIDAKKK…
Pelajari setiap kejadian itu dengan mengambil pengajaran dari setiap
yang berlaku…
"setiap yang berlaku
pasti ada hikmahnya"
Sesudah kesakitan
itu terdapat kesembuhan,
Setelah keresahan
ada ketenangan,
Setelah kegelapan
pasti ada cahaya yang menerangi kehidupan…
Untuk apa kita rasa "down"
hanya kerana perkara yang telah terjadi dan tidak mungkin terulang?
Andainya kita terikut-ikut dengan perasaan pasti kita tak akan mampu
untuk melangkah kehadapan untuk mengecapi kejayaan…
Bangkitlah dari segala mind set yang tidak membawa kepada kebaikan
kepada diri…
Ambil ikhtibar dari setiap yang berlaku di sekeliling anda pada tiap
saat dan waktu…
Hargai apa sahaja yang ada di sekeliling
anda… saat yang indah itu terlalu pantas ia terjadi… andai tidak dilakar dengan
serta merta maka segalanya hanya pergi begitu sahaja tanpa makna…
Bagaimana hendak lakar segalanya? Simple… dengan menghargai…
Hargai insan yang ada disisi anda sekarang…
kerana belum tentu dia akan ada bersama ada esok hari…
Hargai saat yang diberikan kepada anda ketika
ini, kerana belum tentu saat yang sama akan berulang…
Hargai ilmu yang diberikan oleh sesiapapun,
kerana ilmu itu tidak akan datang dengan mudah kepada anda…
Hargai musibah yang terjadi kepada anda, kerana
musibah itu sebenarnya membenuk peribadi andai kita memperlajari apa yang
terjadi…
Hargai cinta yang datang kepada kita, kerana
menyintai insan yang menyintai kita lebih bermakna daripada menyintai insan
yang kita cintai….
Hidup ini indah andai dihayati dengan mata hati yang dinilai dengan
fikiran yang jernih, yang memperlajari segala kejadian yang berlaku dan
menghargai setiap kejadian itu… kerana hidup adalah sebuah pengembaraan...
Inilah
sudut pandangan aku tentang kehidupan.... andai ada salah dan silap mohon maaf
dari penulis kepada pembaca... sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang
buruk itu datang nya dari diri yang serba kekurangan dan khilaf lagi jahil
ini...
setiap orang punyai pandangan masing2..^_^
ReplyDelete