Sahabat Maya

Sunday, August 7, 2011

ku mohon...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu dan Salam 1 Malaysia....

syukur ke hadrat Illahi, kerana masih memberi kesempatan kepada aku dan kepada pembaca untuk meneruskan puasa dan perintahNya di bulan yang mulia ini.... ALHAMDULILLAH...

SEMINGGU dah kita berpuasa... untuk minggu pertama ini aku cuba untuk merubah diri aku dan berusaha untuk kembali kepada landasan yang betul agar jalan yang aku lalui tidak lagi terpesong....

mungkin ada beberapa sahabat yang memandang enteng atau ringan dengan apa yang aku cuba lakukan... atau mungkin ada yang menganggap ini hanyala terjadi pada bulan puasa.... AKU MOHON... jangan diharap perkara ini hanya ini sementara....

mungkin aku tidak layak menjadi begitu kerana ilmu yang ada masih BELUM CUKUP dan masih BANYAK YANG PERLU AKU PELAJARI... tetapi sebagai khalifah di bumi Allah yang hanya sementara ini aku MENCUBA untuk menjadi baik dari yang sebelumnya....

bukankah lebih baik 1 dari 0? maksud aku disini, bukankah lebih baik mencuba dari tidak berbuat apa2...

adakah aku belum cukup tegas kepada persekitaraan aku dan juga diri aku? tapi siapalah kita yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan... setiap saat dan masa pasti ada salah dan silap...

perlukah aku lari dari semua agar aku boleh cipta kehidupan baru? pastinya tidak bukan... sekiranya aku buat begitu pasti akan ada hati yang akan terluka..... aku mohon pada kalian agar support aku... aku perlukan sokongan kamu semua WAHAI SAHABAT...

bila aku leka sedarkanlah...
bila aku terlena kejutkanlah
bila aku terlupa ingtkanlah
dan 
bila aku salah ku mohon perbetulkanlah...
agar kesilapan diri dapat aku insafi.... 

aku bukanlah insan yang sempurna... tetapi aku adalah insan yang belajar untuk menjadi sempurna....

yang mencari cinta HAKIKI
atie

No comments:

Post a Comment