Sahabat Maya

Saturday, November 7, 2009

HANYA SEMENTARA

Kebahagian,kegembiraan hanyalah satu perasaan yang hanya persinggahan untuk menggembirakan hati yang berduka..


kehidupan ini umpama langit yg cerah ..tapi perlu diingat disebalik kecerahan itu mendung menanti waktu untuk mempersembahkan diri. Begitu juga dgn perasaan...apabila kita gembira atau bahagia kita sering kali lupa bahawa ada kesedihan menanti di penghujung...


setiapa kejadian di dunia ini dijadikan berpasangan seperti kejadian lelaki dan perempuan,positif dan negatif, utara dan selatan, gembira dam sedih dan lain-lain yang sentiasa berkait rapat antara satu dengan yang lain...


Mengapa kebahagian dalam kehidupan aku hanya sementara waktu... disaat aku ingin meraih kegembiraan...kemurungan yang menemani..kesedihan yang bertandang di hati..apa yang aku mampu lakukan....senyum menutup segala kesedihan....


Di dunia ini lebih banyak persoalan dari jawapan...begitulah juga persoalan di minda ku ini... masih banyak soalan yang masih belum terjawab...apa yang mampu aku lakukan hanyalah berserah kepada Yang Maha Kuasa... biarlah masa yang memberikan jawapan kepada persoalan ini...



Gerimis Di Kala Petang

Umpama Air Mata Berlinangan Ke Pipi

Kerana Kesedihan Di Hati

Ditemani Ombak Yang Bergelora

Seperti Gelora Di Hati Mencari Pasti

Kerana Penantian Itu Satu Penyiksaan

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget