Sahabat Maya

Monday, March 12, 2012

Alt+F4 --- Del

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera...

memulakan hari dengan senyuman dan melupakan cerita pahit semalam adalah satu langkah bijak agar hidup sentiasa ceria dan bahagia... 

Tiada Perubahan Tanpa Berubah...


maksud aku perubahan tidak akan berlaku atau terjadi bila kita tidak mengambil langkah untuk melakukan perubahan dalam hidup... perubahan kearah kebaikan sebaiknya...

bila diimbas kembali kenangan yang lalu, serius aku katakan...
banyak kisah hidup aku yang membuat aku melihat sudut kehidupan dari pandangan yang berbeza... banyak perkara baru yang aku belajar dan ketahui... 

setiap perkara yang lalu akan aku kaitkan dengan kehidupan saat ini... terdapat sedikit persamaan tapi akan aku lakukan perubahan dengan cuba mengelak akan perkara2 yang bakal terjadi...

pengalaman mematangkan seseorang... 
pengalaman juga mengajar seseorang untuk lebih menghargai erti sebuah kehidupan... 
pengalaman juga membuat kan seseorang melakukan perubahan 
dan 
pengalaman tidak mungkin menjadi pengajaran andai dibiarkan ia berlalu pergi.... 
Belajar dari Pengalaman...
KERANA PENGALAMAN ADALAH GURU YANG TERBAIK...

cerita tentang kenangan...
senyum dan tangis menjadi peneman... sebab ada kenangan suka dan ada kenangan duka... :) :(
kalau nak cerita kisah suka-suka ney.... memang tak habis la jawabnya... sebab aku mula kenal bahagia dan menyimpan kenangan terindah sejak aku umur 5 tahun... hehehe... 
so, aku takkan cerita mula dari aku umur 5 tahun sampailah kenangan yang indah yang berlaku tadi pagi... PANJANG TU KISAH HIDUP... 
walauapapun, yang indah itu kita kenang agar dapat mengukir senyuman dikala duka bertandang...

SEBENARNYA, yang kat atas ney muqaddimah jak... hehehe.... panjang kan? kalau berucap... dah dibuai mimpi dah bagi yang mendengar... tahniah kepada anda yang telah berjaya membaca sampai ayat ini. :)
teruskan membaca...

ALT F4....  adalah short key untuk close tab or shut down... dan apa2 yang berkait la... (korg lbih pkar bab2 komputer ney...)

minda kita ney banyak tab... hehehe... hari ini satu tab... esok open new tab and then bookmark... dapat kisah menarik simpan dalam folder yang bertajuk "kenangan hari ini" ... bila memory full Alt+F4 and delete...
buka lagi kisah baru dan begitu la seterusnya... 
itu andainya otak kita telah di programkan dengan command2 seperti short key, key Del, backspace dan lain2... 

kenyataannya... otak kita sukar untuk melakukan hal seperti itu... kerana Masa tidak akan berulang dan tidak akan berhenti... 
dan keupayaan manusia yang istimewa adalah ingat akan kenangan dan sukar untuk lupakan kenangan... 

aku melangkah kehadapan kerana bergantung pada kenangan.... 
aku hidup dalam kenangan, 
aku bahagia dalam kenangan 
dan 
aku menikmati kehidupan kerana kenangan...
kenangan yang tak mungkin berulang 
dan
tetap menjadi kenangan...

sebulan ney, kat tempat kerja aku...selalu ada perbincangan dan aku pulak menjadi pendengar yang setia... 

perbincangan tentang kehidupan... merungkai kehidupan alam rumahtangga.... maklumlah... mereka2 adalah insan yang telah berumahtangga... standard abang2 aku semua...(padahal abg aku blum kahwin... cuma umur mreka standard abg ak) 
bila mereka cerita pasal kehidupan rumahtangga ney... minda aku terus mencari fokus untuk berjaya dalam hidup dengan melakukan perancangan kehidupan... (apa kaitan)

kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang... kita tidak tahu sama ada kita bertuah atau susah pada masa akan datang.... jadi, Siapa kita hari ini adalah kita pada masa akan datang... maknanya... jika kita berusaha pada hari ini InsyaAllah... kita berjaya pada masa akan datang...

bukankah Gagal merancang, merancang untuk gagal...
melalui perancangan hidup kita dapat lihat arus atau jalan untuk kita mencapai tahap yang kita inginkan... 
merancang masa depan bukanlah satu dosa... tapi ia adalah langkah bijak untuk menentukan kejayaan seseorang kerana lebih bersedia untuk menghadapi rintangan yang bakal menjelma...

Kenangan yang pahit bukanlah satu perancangan ... 
bukan juga satu kebaikan....
jika terus diratapi dan ditangisi ia akan menjadi satu kehancuran dan kelemahan...
kenangan yang pahit ambil sebagai satu kekuatan dan kelebihan untuk terus bangkit dan maju...

oleh itu, segala kenangan yang PAHIT DAN DUKA yang pernah terjadi dalam hidup aku... especially.......................................................
akan aku ALT F4... and DEL...  
untuk satu kejayaan yang tertunda menanti dihadapan.... 

kisah lalu akan aku simpan dalam recycle bin dan akan aku elakkan untuk RESTORE kembali... kerana ianya tidak mendatangkan faedah... 


selamat tinggal kenangan... selamat datang harapan....

Thursday, March 8, 2012

speechless



andai ini jalan yang harus aku lalui... aku terima
tapi adakah aku harus berhadapan dengan penipuan?
penipuan yang sukar untuk aku terima...
sebelum ini aku berfikir akan pepatah dari FB seseorang "LIAR always LIAR"
dari pemikiran dan penhayatan aku adalah YES
sblum ney aku boleh terima apa yang kau buat kat aku... but now... !!!!!!!!!!
adakah dengan senyuman boleh hilangkan segalanya?
adakah denga diam boleh lupakan segalanya?
NO ok

aku x buta la... I can see and read it U know... and now .........................................
silap aku judge terlalu awal tanpa periksa...
aku tahu ini tidak adil.. tapi biarla...
sudahlah... aku yang silap kerana selama ini terlalu baik dan lurus (maybe)

pergila bahagia bersama segalanya...
hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

H I D U P



hidup adalah satu pejalanan
hidup adalah satu perjuangan 
hidup adalah satu persinggahan
hidup harus diteruskan....

Friday, March 2, 2012

Menghitung Hari


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

kesihatan adalah satu nikmat yang sangat berharga pemberian Allah kepada hambanya...
dengan badan dan minda yang sihat kita dapat beribadah kepada Allah dan melakukan segala suruhannya... InsyaAllah...

suhu badan aku lebih kurang macam suhu lappy aku dah... 
Alhamdulillah setelah nikmat kesihatan yang Allah berikan kini Allah memberi sedikit ujian buat diri ku...
aku jarang dapat demam, apatah lagi sakit kepala.... yang selalu kena pun flu tapi tak sampai tahap demam... 
sejak bebrapa hari yang lalu, kepala aku berat sangat... aku tak pernah rasa sakit kepala begini... mungkin bagi anda, perkara ney tak la sakit sangat, tapi aku rasa sakit sebab aku jarang sakit kepala macam migrain...

gambar suka-suka (gmbar hiasan) :D
ini la paling teruk... aku tak boleh tunduk dalam masa 5 minit... bila aku angkat kepala aku rasa berat sangat... n macam kena tarik dari belakang.... sakit hanya Allah yang tahu...
untuk kali ini, aku sendiri tak pasti apa punca kejadian ini... adakah kerana :
- kurang tidur? aku rasa tak juga , sebab sebelum ney ok jk tak tido sehari then study dan seterusnya
- penat sebeb kerja? mungkin juga ya, mungkin tdak... sebab kerja aku tido and duduk only... hehehe
- terlalu banyak hidu asap rokok? kemungkinan juga... hingga aku rasa mual tahap nak mampos... tapi nak buat macam mana... dah environment begitu... redha 
- kurang makan? lagi la mustahil... hahaha

Wallahualam...

Bila dilihat dari sudut positif, mungkin ini adalah teguran Allah buat aku yang selalu leka dan alpa... teguran secara terus agar diri ini sentiasa menginsafi diri dan sentiasa muhasabah diri...
dalam aku gembira pasti ada salah yang timbul,
dalam aku ketawa pasti ada hati yang terluka, 
dalam berkatanya aku pasti ada yang terhiris,
dalam aku melihat sekitar pasti ada yang silap dalam menafsir...
itulah realiti kehidupan walaupun pahit harus ditelan...

bila difikir-fikir... kadang terlintas diminda aku... adakan aku akan berangkat untuk satu perpisahan kepada sebuah pertemuan? benar, setiap manusia akan melaluinya... adakah secepat ini?
semua manusia menghitung hari... menghitung hari untuk beramal... adakah masih ada esok untuk aku melihat matahari? adakah esok masih ada waktu untuk aku bernafas dengan sempurna? adakah esok aku masih punya waktu untuk tersenyum kepada mereka?
Semua itu rahsia Allah...

tidak kira la sakit mahupun sihat ketika ini... semua manusia sedang menghitung hari...
sedar mahupun tidak... sebenarnya kita sedang menghitung hari untuk kematian,,, sudah cukupkah amal kita untuk kita hadapkan di muka pengadilan kelak?
sebagai peringatan buat diri aku dan juga anda...
umur adalah rahsia Allah yang tiada seorang pun mengetahuinya... kita tidak dapat menjangka sepanjang mana usia kita untuk berada di bumi Allah yang hanya persinggahan.... 
mungkin hari ini kita ketawa bersama dia... esok siapa tahu kita akan menangisi pemergiannya...


Andai diri melakukan Khilaf... maaf dari hati aku pohon... andai diri terlanjur bicara... maafkah kesilapan diri yang tak sempurna dalam berkata-kata...
kemaafkan kalian yang kuharap dah Redha Illahi yang kudamba...