Seribu langkah bermula dari satu langkah… begitu juga dengan kejayaan dicapai kerana satu kegagalan dan semua perpisahan itu disebabkan oleh sebuah pertemuan....
Gembira, sedih, marah, cemburu, iri hati, geram, itulah menu perasaan yang sering kalikita yang bernama manusia rasai. Apabila dikatakan tentang kehidupan, terlalu besar maknanya dan setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza.
Hidup ini terlalu indah sehingga kita lupa bahawa dunia hanya persinggahan untuk kehidupan yang kekal. Keindahan yang kita inginkan dalam kehidupanitu pula selalu bertentangan dengan kebenaran atau kenyataan. Kadangkala keinginan atau angan-angan kita melebihi kemampuan... adakah ini benar??? Tepuk dada tanya minda....
Pengalaman mematangkan fikiran. Benarkah?? ....... Pada aku ini benar, hanya untuk mereka yang tahu belajar. Bukan belajar di sekolah tapi belajar dari kesilapan dan sejarah hidup masing-masing. Apabila diberi ujian hidup kita selalu merungut, memberontak dan melakukan sesuatu di luar jankauan tanpa memikirkan apa yang akan terjadi sebenarnya ujian daripada-Nya.
Apabila ada masalah yang melanda hidup ini janganlah lari dari masalah tersebut tapi sebagai manusia kita hendaklah hadapinya kerana ia mematangkan fikiran kita dengan cara : bagaimana kita menyelesaikan masalah tersebut bukan dengan mencari alasan untuk lari dari sesuatu masalah...
Sebagai manusia yang selalu lupa dan leka, kita selalu terlepas pandang dengan apa yang ada dihadapan kita. Lumrah hidup manusia bila ada dihadapan mata tidak dipeduli, bila tiada baru hendak mencari.. bukankah sudah terlambat...antara perkara yang kita selalu terlepas pandang ialah Ibubapa kita...
Di manakah rasionalnya aku katakan begitu??? Mari kita renungkan...Ibu dan Bapa adalah orang membesarkan kita dari kita bayi sehinggalah kita dewasa.... mungkin sebelum ini kita selalu katakan yang mereka ni tidak memahami kita yang berjiwa remaja,mungkin kita akan katakan yang ibubapa kita ni berfikiran dulu-dulu dan tidak mengikut perkembangan semasa...apabila mereka menegur kita ..kita akan katakan yang mereka ni mengonkong tetapi disebalik semua itu ada kebaikannya ..... teguran mereka itu tidaklah memberi kesan serta merta..tetapi untuk masa akan datang..... mungkin hari ini kita akan menangis kerana tidak tahan mendengar kata-kata mereka...tapi ingatlah satu hari nanti kita akan menangis kerana tidak mendengr kata-kata mereka.............hargailah Ibubapa anda sebelum terlambat...janganlah bila mereka sudah tiada barulah kita ingin mendengar teguran mereka......ingatlah Kasih ibu memebawa ke syurga Kasih ayah membawa bahagia...
Seterusnya, orang yang patut kita hargai sebelum terlambat ialah guru-guru kita.... Apabila mereka memberi kerja rumah kita selalu merungut, mengeluh dan macam-macam lagi ragam dan gaya... Apabila mereka menengur, kita selalu melenting kerana tidak puas hati..... Tapi apabila kita telah meninggalkan alam persekolahan kita akan merindui teguran guru-guru kita, kerja sekolah dan macam-macam lagi... sebelum terlambat hargailah guru-guru yang mengajar anda...
Terakhir , ialah rakan kita...teman dikala duka dan suka...seperti aku kawan adalah salah satu orang yang terpenting dalam hidup aku....tanpa kawan aku rasa hidup aku rasa tidak lengkap......tahun ini adalah tahun terakhir aku di sekolah...aku cuba untuk kumpul kenangan manis bersama kawan2 tapi lain yang di harapkan lain yang aku dapat...mungkin kenangan pahit pada hari ini adalah kenangan manis hari esok.... teman sangat berguna untuk kita bercerita tentang pengalaman,cerita2 yang menarik, dan tempat meluahkan perasaan...so, sebelum terlambat hargailah mereka..jangan suatu hari nanti barulah kita tercari-cari kawan sejati......