Sahabat Maya

Saturday, January 23, 2010

Salahkah aku

Sebagai insan yang bergelar manusia pastinya kita ingin merasa diri kita dihargai,disayangi dan dicintai oleh orang yang berada disekeliling kita….menyayangi seseorang bagi aku tidak salah asalkan kita ingat had2 yang tertentu….. aku hanya insan biasa yang bisa rebah apabila berhadapan dengan orang yang aku sayangi…. Aku cuba menjadi seorang yang tabah dalam hidup ini… aku tidak mahu tergoda dengan bisikan syaitan yang boleh melalaikan… tapi aku hanya insan biasa…… yang tidak boleh mengubah takdir yang telah ditentukan
Sebelum ini aku selalu nasihatkan rakan2 aku yang kita perlu hargai orang yang ada di hadapan mata…bila mereka ada kita tak hiraukan tapi bila dah tiada baru nak tercari-cari…bukankah dah terlambat… tapi realitinya aku hanya penasihat yang terhebat bukannya pelaku yang makan nasihat…. Aku hanya tahu memberi nasihat tapi bila kejadian itu kena pada aku…aku buat tak tahu jak….. kini barulah aku sedar akulah orang yang paling rugi yang berdiri kat bumi ini kerana aku tidak tahu menghargai… kini baru aku tercari-cari dimana dia berada tapi tiada gunanya…..apa yang mampu aku lakukan hanyalah pasrah dengan takdir…. Maafkan aku……. atas apa yang aku lakukan sebelum ini….

Kisah 2009

2009 melabuhkan tirai cerita… banyak cerita yang tercipta dalam kisah 2009..suka ketawa bersama sedih menangis bersama… setiap suka dan duka tersebut tercipta lah pengalaman dan kenangan yang tidak dapat di kongsi kerana terlalu hebat untuk di ceritakan…. setiap insan berdiri kerana memori atau pengalaman yang tersendiri.. terpulang kepada individu itu sendiri sama ada dia ingin pengalaman hidupnya itu menjadi kenangan ataupun pengajaran….. melalui pengalaman juga kita boleh belajar Sesuatu yang lebih bermakna dalam hidup…..

Kisah hidupku untuk tahun 2009 adalah Sesutu yang amat bermakna kerana tahun 2009 mengajar aku menjadi insan yang lebih tabah..tahun 2009 juga adalah tahun terakhir aku bergelar sebagai seorang pelajar yang belajar di sekolah…. Banyak memori yang ku kumpul sepanjang tahun ini sama ada suka,duka,gembira,sedih,manis mahupun pahit.. semua itu ku simpan sebagai sesuatu yang bermakna dalam hidup ku yang tidak semua orang rasakan…..

Dari bulan januari hinggalah disember banyak dugaan yang ku lalui… antaranya ;
· Ikut kem anjuran MARA
· Anjurkan kem untuk pelajar perempuan kolombong
· Kena maki di fon oleh orang yang tak dikenali
· Bergaduh secara tak direct dengan kawan
· Hilang kawan
· Contact balik dengan kawan lama
· Main bola anjuran sains sukan
· Join kaunseling untuk yang kesekian kalinya
· Buat mini pawagam sempena hari penutupan kokum
· Stay petang sampai gaduh
· Beraya pi uma kawan-kawan
· SPM
· Beli barang tuk party sampai sesat
· Party end year
· Keja kat MCD
Banyak lagi yang terjadi…..semua akan ku simpan sebagai kenangan yang terindah dalam hidupku

THANKS 2 ALL MY FREN THAT GIVE ME SWEET MEMORY……. 5 PERDANA 2009……. TRT…..TEDEE CAMPIN…..

Harap 2010 menjadi tahun yang terbaik antara tahun yang menarik…

kehidupan baru

Setelah aku meninggalkan kehidupan atau zaman persekolahan kini aku menjejakkan kaki ke alam baru iaitu alam pekerjaan…. Kini suka dan duka diriku harus ku hadapi dengan tabah…ak tidak mahu sejarah berulang kembali…sejarah apa??? Apa2 jak la

Setiap yang aku pandang,aku lalui untuk kehidupan mengingatkan aku dengan kenangan lalu..aku rindukan kawan2 aku walaupun baru sahaja terpisah… benar kata orang zaman persekolahan adalah zaman yang terbaik..bila kita dah pergi dari zaman tersebut kita akan merindukannya……… sebangai seo rang yang telah meninggalkan zaman tersebut aku cukup bersyukur kerana aku melangkah pergi dari sekolah dengan kenangan yang manis dan meninggalkan senyuman di bibir….

Kini baru ku tahu hidup secara berdikari itu sangat menyiksakan…. Kini aku hanya mampu berserah kepada yang Maha Kuasa keranya Dia tahu apa yang tebaik untuk mahkluknya….

2010

Yang berlalu biarlah berlalu kehidupan harus diteruskan….2010 adalah tahun yang baru untuk membuka cerita hidup yang baru… tutup buku lama dan buka buku yang baru.. yang berlalu jadikan sebagai kenangan…. Yang baik di simpan yang buruk jadikan sempadan… tidak salah melakukan kesilapan tapi hendaklah belajar dari kesilapan tersebut bukannya melakukan kesilapan yang sama….
Semakin besar angka tahun yang kita kecapi semakin pendek umur kita… ajal akn datang pada bila-bila masa begitu juga dengan kiamat…. Dunia sudah tua.. tetapi manusia masih lagi alpa dan lupa akan kehidupan yang kekal abadi yang menunggu kita….. apakah tahun 2010 adalh tahu terakhir kita berada di muka bumi ALLAH ini….ALLAHUALAM….
Untuk menjadi insan yang baik tidaklah mudah… apabila kita telah cuba menjadi yang terbaik pasti ada sahaja orang yang tidak berpuas hati….maklumlah darah sama merah hitam hati lain-lain..kita tidak dapat memuaskan hati setiap orang yang ada disekeliling kita…
Untuk tahun 2010 ini aku hanya berharap aku menjadi insan yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya.. aku ingin menjadi orang yang menghargai masa setiap detik itu akan ku hargai dengan kenangan yang akan ku abadikan hingga akhir hayat……… aku harap dugaan yang datang akan ku harungi dengan senyuman dan segala usahaku akan ku akhiri dengan tawakkal kepada ALLAH…. Harap 2010 lebih bermakna…..