Sebagai insan yang bergelar manusia pastinya kita ingin merasa diri kita dihargai,disayangi dan dicintai oleh orang yang berada disekeliling kita….menyayangi seseorang bagi aku tidak salah asalkan kita ingat had2 yang tertentu….. aku hanya insan biasa yang bisa rebah apabila berhadapan dengan orang yang aku sayangi…. Aku cuba menjadi seorang yang tabah dalam hidup ini… aku tidak mahu tergoda dengan bisikan syaitan yang boleh melalaikan… tapi aku hanya insan biasa…… yang tidak boleh mengubah takdir yang telah ditentukan
Sebelum ini aku selalu nasihatkan rakan2 aku yang kita perlu hargai orang yang ada di hadapan mata…bila mereka ada kita tak hiraukan tapi bila dah tiada baru nak tercari-cari…bukankah dah terlambat… tapi realitinya aku hanya penasihat yang terhebat bukannya pelaku yang makan nasihat…. Aku hanya tahu memberi nasihat tapi bila kejadian itu kena pada aku…aku buat tak tahu jak….. kini barulah aku sedar akulah orang yang paling rugi yang berdiri kat bumi ini kerana aku tidak tahu menghargai… kini baru aku tercari-cari dimana dia berada tapi tiada gunanya…..apa yang mampu aku lakukan hanyalah pasrah dengan takdir…. Maafkan aku……. atas apa yang aku lakukan sebelum ini….
No comments:
Post a Comment