Sahabat Maya

Friday, December 28, 2012

21 Tahun


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu dan Salam Sejahtera...

15 SAFAR

satu tarikh yang amat bermakna dan memberikan pengertian yang amat mendalam dalam diri aku...

kini genaplah 21 tahun umur aku... mengikut kalendar Islam (tahun hijrah) ... (tpi mmber ak ckp 22... AAK)

azam tahun baru aku hari itu... simple tapi susah untuk ditunaikan... iaitu ingin terus menjadikn diri aku lebih baik dari sebelum2 ini dan terus berusaha menjadi seorang yang sentiasa istiqomah dalam merubah diri kearah kebaikan... In shaa ALLAH...

dan kini aku akan terus berusaha untuk berubah kearah yang lebih baik...

bila member2 wish "happy birthday" selamat ulang tahun" " happy tua day" "selamat mengingati hari kelahiran".... sebenarnya, dalam kegembiraan ada satu panahan yang menusuk... (cehhh ... ayat.... ) 

mari kita renung ayat ini...

semakin meningkat umur kita, semakin singkat jangka hayat kita....

umur itu rahsia Allah... Tiada siapa yang boleh meneka bila ajal seseorang itu akan sampai.... sebagai manusia yang berdiri diatas bumi yang hanya persinggahan ini... ayuh kita renung kembali... kita renung kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang umur yang telah dipinjamkan kepada kita... apa yang telah kita siapkan untuk dibawa ke muka pengadilan... pengadilan yang seadil-adilnya... Astagfirullahalazim... 


lekanya aku akan umur yang telah diberikan secara percuma... banyak juga perkara yang perlu aku rebut dengan percuma tapi aku biarkan ianya lepas juga dengan percuma... 

alpa dan hinanya diri ini.... 
Astagfirullahalazim....
Astagfirullahalazim....
Astagfirullahalazim.... 

thanx for the precious things... <3 it...="it..." nbsp="nbsp" td="td">
* terima kasih kepada Azie n Afis... love U guys... :D

menang dan kalah, jatuh dan bangkit, berjaya dan gagal adalah perjuangan seorang pejuang... pejuang sejati takkan terus terduduk andai tersungkur dan terbaring di tengah perjalanan... tapi bangkit dan terus melangkah adalah semangat yang perlu terutamannya bagi mereka yang punya misi yang belum terlaksana...

kejayaan seorang Muslim adalah apabila dia telah memijak syurga Allah... 

Hatijah Saripudin

No comments:

Post a Comment