Sahabat Maya

Tuesday, December 11, 2012

aku penat


aku penat tersenyum
menyembunyikan kesakitan di sebalik ketabahan
aku penat berdiri
menyembunyikan kepenatan di balik kekuatan
aku penat ketawa
menyembunyikan kedukaan dibalik kegembiraan
aku penat menanti untuk sesuatu yang tak pasti
aku penat melangkah 
aku penat berusaha
aku penat

TAPI, 
aku tidak boleh mengalah...
walau sepenat manapun diri aku
aku harus terus berdiri
untuk melangkah mencapai impian yg menanti
aku harus terus ketawa
untuk memotivasikan diri
hari ini belum berakhir
aku harus terus tersenyum
untuk menghilangkan duka yang datang menerpa
walaupun aku terluka
aku harus terus melangkah
aku harus terus berusaha
kerana inilah sebuah perjalanan yang memerlukan pengorbanan untuk mencapai impian
kerana cita2 tanpa usaha hanyalah angan2


The Revenge Time.... 


No comments:

Post a Comment