Sahabat Maya

Thursday, April 7, 2011

Nak Berubah!!!



Assalamualaikum W.B.T dan Salam ukhuwah...



tertarik aku akan bait2 lagu damba kasih daripada in-team

"Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

C/O
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan"

itulah antara rangkap2 lagu daripada in-team... bila dihayati dengan penuh kesedaran.... aku rasa aku dah terlalu jauh alpa dengan dunia ini... aku dah hanyut dah...
siapa yang tak nak jadi baik... siapa yang nak jadi jahat... pastinya tiada yang hendak jadi jahat... tpi dalam hidup ini ada satu makhluk yang telah berjanji akan menyesatkan manusia hingga ke akhir zaman...

bkan nak berlagak... tapi secara jujurnya aku nak berubah... tpi, aku tak tahu nak bermula dari mana... untuk berubah tidak susah tapi yang susah adalah untuk istiqamah... aku perlukan kekuatan dan ilmu yang cukup untuk melakukan semua ini...

setelah aku fikir sedalam-dalamnya... inilah masanya... bila lagi kan... bila dah dalam liang lahad br nak berubah??? dah terlambat... bila dah x mampu nak berdiri??? sekarang la masanya... saat lima perkara ini masih diberikan oleh Allah sebelum datangnya lima lagi...

berbalik kepada lirik lagu itu... dapat kita simpulkan... untuk menjadi baik tidak mudah kerana Allah sentiasa menguji hambanya untuk melihat tahap keimanan dan kesabaran hambanya dalam menempuh ujian-Nya(kalau silap sila betulkan)...
dan Allah juga telah berfiman dalam surah Al-baqarah ayat 286 yang bermaksud:
" Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kemampuannya"
sesungguhnya Allah Maha Adil dan Maha pengasih lagi Maha Penyayang.

tertarik dengan beberapa blog dan artikle yang telah aku tinjau beberapa hari ini untuk mencari sesuatu atau ilmu yang baru... dalam dunia ni ada sesuatu yang kita tidak nampak tetapi dikira, yang kita tidak tahu nilainya ataupun berapa jumlahnya... tidak seperti duit yang boleh dihitung dan boleh disimpan lepas tu berbunga plak... itulah dosa dan pahala... kita tidak tahu jumlanya kecuali pada hari kita menerima buku amalan kita sewaktu kita berada di dunia...

dan jawapannya hanya ada dua juga iaitu success or failure, kejayaan menghuni syurga ataupun kegagalan menjejakan kaki ke syurga(neraka).....

sungguh aku insan yang terlalu lemah akan ilmu agama... aku perlukan bimbingan yang baik... aku ingin berubah....

Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati -Mu, bersyukur kepada -Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu. redhai la aku dalam beristiqamah menuju -Mu, dan jadikanlah aku insan yang solehah.
AMIN....


No comments:

Post a Comment