Sahabat Maya
Sunday, July 31, 2011
Pening + blurr = ???
Friday, July 29, 2011
Malaysia Vs Singapore
Untuk entri kali ini, aku nak cerita pasal match semalam... Malaysia vs Singapore.... ini adalah perlawanan yg aku tunggu2 juga la lepas malaysia kalah 5-3 kat Singapore hari tu....
bila buka blog hari ini, ternyata kebanyakan blogger cerita pasal bola sepak semalam... then, time kat kelas pun lebih kurang gitu juga la.. tapi tak la gempak sangat... siap ada yang kecewa
aku pun kecewa juga dengan keputusan semalam, tapi aku still bangga ngan pemain2 malaysia yang begitu hebat dan menjadi hero di padang... dan hero yang menjadi watak utama semalam pastinya KHAIRUL FAHMI... hebat sangat jaga gawang malaysia walaupun bolos akhirnya...
tak lupa juga kepada harapan negara, SAFEE SALI... TERBAIKKK.... dan kepada SEMUA pemain yang bertungkus lumus....
itu la ringkasan match semalam... walaupun malaysia x dapat ke peringkat seterusnya untuk FIFA 2014... coz kalah dengan agregat 6-4... tapi.... mereka tetap pemenang bagi peminat bola sepak TANAH AIR... :)
MALAYSIA BOLEH!!!!!!
Tuesday, July 26, 2011
proven
hidup umpama roda.... kadang kita di atas, kadang kita di bawah....
hari ini kita bahagia, mungkin esok kita derita....
kembara hati aku hari ini betul2 menguji diri aku... dari awal pagi nak ke kuliah... hingga aku bangun kembali dari lena...
terdetik dihati untuk mencari sesuatu yang mungkin akan membuatkan aku yakin dengan jalan ini... dan ternyata benarlah segalanya.....
benarlah pepatah " masa akan menentukan segalanya" , kini masa membuktikan segalanya... apa yang tersembunyi telah pun nyata... Alhamdulillah... KEPASTIAN mengunjung TIBA...
kala dini hari, aku mencari-cari... akhirnya, pada ketika ini.... segalanya muncul... lega rasanya hati ini... ringan bahu melepaskan beban yang selama ini tidak perlu aku pikul...
dan, terbuktilah post aku sebelum ini...
adakah ini adalah petanda dari Yang Maha Kuasa? Semoga ini adalah petanda yang BAIK... INSYAALLAH....
Hiduplah Dalam Ketenangan Agar Hidup mu Lebih Hidup....
Atie
Sunday, July 24, 2011
Alhamdulillah....
Hidup tidak selalunya indah... begitu juga dengan langit yang tidaklah selalunya cerah..... hidup ney, umpama air pasang... ada pasang dan surutnya...
Satu lagi Kembara Hati dalam episod kisah sebuah cerita yang akan aku hadapi.... itu nanti...
ALHAMDULILLAH....
sekarang ney, aku nak cerita pasal seorang sahabat aku... dahulunya kami jauh sangat... aku pun tak tahu kenapa... mungkin juga kerana kesilapan diri aku, tapi aku tak pasti apa...
apa yang aku perasan, mmber dia @ member aku juga ada something yg cuba disampaikan... tapi tak sampai2 dengan aku...
walauapapun, aku gembira kerana semua dah selesai... walaupun aku kehilangan seorang sahabat..... tapi Allah gantikan dengan satu lagi sahabat.... :D
Tuesday, July 19, 2011
My Memory
Noon eul gahm euh myun ah joo jahk eun eel doh boh ee neh yoh
You're far away dah deul soo up neun goh seh
Sa rang hahn dah neun mahl doh gee dah leen dah neun mahl doh ha jee moht ha goh
Jung mahl mohl laht joh geuh dehl ee luht geh dah shee mahn nahl jool eun sehng gahk joh cha moht het suht joh
Ah jik nuhl sa rang hae ee jeh lah doh neh geh goh behk hahl kkeh
I want to love you forever
Neut jee ahn aht dah myun ee luht geh nah wah hahm kkeh young won hee
Oh leht dohng ahn geuh dehn nah ae gah seum ae mahn eun shee gahn heul luh doh
Ah joo muhl lee ee juh doh sahl ah eet sut joh
Jung mahl mohl laht joh geuh dehl ee luht geh dah shee mahn nahl jool eun sehng gahk joh cha moht het suht joh
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/r/ryu/my_memory.html ]
Ah jik nuhl sa rang hae ee jeh lah doh neh geh goh behk hahl kkeh
I want to love you forever
Neut jee ahn aht dah myun ee luht geh nah wah hahm kkeh young won hee
Saturday, July 16, 2011
Minggu pertama
Thursday, July 7, 2011
Aku dan E
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu dan Salam Bahagia
aku kembali lagi ke pantai kenangan yang meyimpan 1001 pahit manis cerita kehidupan insan yang berkunjung di pantai ini....
di sini la insan mencari ketenangan, pasangan mencari penyelesaian dan keluarga melepaskan kerinduan... pantai yang menyimpan 1001 kenangan....
mungkin ini kali terakhir aku menjejakkan kaki ke pantai ini... mungkin juga ke-2 terakhir atau ini bukan yang terakhir... wallahualam...
Hidup ini penuh dengan cerita di sebalik kisah setiap insan(bersastera plak ak ney)… tapi hidup ini adalah reality yang harus didepani... hidup bukannya cerita seperti dalam plot sebuah novel yang bermula dengan pendahuluan kemudian berkembang seterusnya berhadapan dengan konflik dan diakhiri dengan kebahagiaan…
Hidup juga tidak seperti drama yang ditayangkan di kaca televisyen… yang hero dan heroinnya akan bersama diakhir cerita walaupun perkembangan cerita begitu hebat dengan dugaan dan orang ketiga yang hendak merosakkan sebuah perhubungan…
Reality adalah satu kepahitan yang mesti ditelan walaupun sakit… kekecewaan, kegagalan dan seumpanya adalah satu kemestian dan satu kewajipan untuk meneruskan perjalanan dengan ketenangan…
Wah~~~ panjang muqaddimah
Gempak gtu tajuk kali ini…. Aku dan E…. (siapa 'E'?)
Inilah impian aku dari dahulu.. Ingin bersamanya, bahagia dengannya dan sentiasa tersenyum disampingnya…
Dahulunya aku rasa susah sangat nak gapai benda ini… tpi pepatah melayu ada mengatakn "dimana ada kemahuan di situ ada jalan"…
Sebelum ini, terlalu banyak dugaan yang datang dan membuat kan
aku terfikir dan terdetik di hati bahawasanya terlalu jauh untuk aku mendekatinya…
Sebelum ini pahit getir aku lalui dengan tenang, kegagalan dalam mencari kebahagian aku tempuh dengan senyuman… tawa dan tangis bergabung menjadi tekad yang kukuh untuk merobohkan dinding kekecewaan yang menghalang untuk mencapai kebahagiaan…
Kekecewaan yang amat bermakna telah aku lalui… begitu pahit dan sakit rasanya…
Apa yang aku cari selama ini telah aku temui dalam keadaan tidak sedar… inilah masanya untuk aku alihkan tumpuan aku, kalau sebelum ini tumpuan aku kepada sesuatu yang tak pasti… kali ini… tumpuan aku hanya kepada dia… dia yang akan membuat aku tersenyum satu ketika nanti...
Apa yang telah berlaku satu masa dahulu adalah pengajaran dan pelajaran juga sebuah kenangan untuk diri aku…
Aku akan TETAP BERTAHAN walaupun aku jatuh di pertengahan jalan… akan aku bangkit semula setelah tewas di medan perjuangan…
aku x kan hirau apa orang nak kata… yang penting aku bahagia… kerana
kegagalan adalah permulaan sebuah kejayaan…
yang pahit itu penawar dan yang manis itu racun… kepahitan itu harus aku telan walaupun perit kerana disebalik kepahitan itu ada keindahan... Segalanya bermula disini dan KINI HANYA AKU DAN E.
Siapa E 2??? Adakah seorang insan yg bertakhta di hati ini??? :) jangan salah faham … E kat cni stand 4 ELECTRICAL… my course now…. :D…
Kesimpulannya kini HANYA AKU DAN ELECTRICAL… :)
Semoga kejayaan ku gapai dengan CEMERLANGNYA… InsyaAllah…
Dan kini bermulanya sebuah kisah baru......... bagi pengakhiran sebuah cerita....
yang mengejar impian
Atie
Monday, July 4, 2011
get well
Saturday, July 2, 2011
=)
Friday, July 1, 2011
Arrrrrrrrggggggghhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!
Assalamualaikum W.B.T dan salam Sejahtera...