Sahabat Maya

Tuesday, February 28, 2012

Jealous dan Rindu


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Beberapa minit yang lepas aku baru sahaja menamatkan pangilan atau baru habis cakap dengan classmate aku…

Cerita bermula begini…
Semalam aku hanya dapat melelapkan mata selama 4 jam sahaja… serius memang tak cukup… tapi aku kena bangun juga untuk p kerja…
Dalam kiraan masa aku, aku nak lelapkan meta sekejap lebih kurang 2 jam gitu… baru nak pejam mata aku terima satu panggilan dari number yang aku tak kenal…

A : helo
M : ini sesb, ini atie ka?
A :  ya
M : boleh kamu turun pegi sesb melawa jam 8.30 malam ini?
A : hah? Kenapa plak? Ada apa?
M : ada inspection..
A : ????? … siapa ney?
M : hahahah atie aku bha ney ………...…
A : kureeennngggg kau.. Aku ingat betul2 la dari sesb… =.="
M : hahahahhahaha

Begitu la dialog aku dengan classmate aku… mati-mati aku ingat penolong jurutera aku telefon … then, kami pun cerita2 la pasal practical… SEJUJUR-JUJURNYA, aku jealous sangat… macam2 yang member aku buat… aku pun teringin sangat nak geledah generator tu… tapi msalah aku adalah bukan BIDANG AKU…. :(
Lebih kurang 30 MINIT juga kami bercakp… macam2 cerita… secara kesimpulannya, AKU JEALOUS SANGAT-SANGAT!!!!

Sepanjang aku bercakap dengan member aku tu… jauh dilubuk hati aku aku teringat akan seseorang… bercakap dengan member aku ney, aku rasa macam aku bercakap dengan dia… baru aku sedar, lama sudah kami tidak bertukar khabar, cerita-cerita… aku rindu sangat-sangat pada waktu itu..
Tapi itu semua hanyalah kenangan… yang mungkin tak akan berulang…

Tu jak ak nak cerita...

Sunday, February 26, 2012

maaf dari hati

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan salam bahagia

terlebih dahulu aku menyusun sepuluh jari memohon seribu kemaafan andai selama aku dan anda(semua yang mengenali diri ini) ada salah faham, ada yang tersakiti kerana kata-kata aku melalui kata-kata secara face-to-face, sms, calling, fb, twitter, YM, dan melalui penulisan blog ini... aku mohon maaf sangat-sangat.

manusia itu tidak pernah lepas dari melakukan kesilapan, dan kesalahan... umur itu rahsia Allah... bila-bila masa nyawa kita akan diambil...
sebelum terlambat ingin aku minta maaf andai ada yang terasa...

sekiranya ada sebarang pertanyaan atau apa2 perkara bolehlah direct mesej to my HP... 
untk pengetahuan, semua number saya ON, so, just sms di mana-mana nombr yang kamu ada.
bleh juga from mesej from FB, or Twitter...
also my email coolgurlz_14@yahoo.com

p/s: sebarang maki hamun dan segala gejala2 negative harap anda batalkan niat anda... 


sekian... 
yang memohon maaf
Hatija Saripudin

Friday, February 24, 2012

Pengalaman yang menjadi Pengajaran untuk Pembelajaran

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu dan Salam Sejahtera

setiap jalan yang kita lalui dan setiap hari yang kita hadapi pasti ada kisah yang terlakar...
suka, duka, gembira, sedih, benci, cinta semua itu adalah kisah yang akan menjadi kenangan sama ada kenangan  terindah ataupun kenangan kurang indah... tetapi kenangan itu tetap akan menjadi pembelajaran dan pengajaran dalam hidup kita....

banyak kisah yang aku lalui pada hari ini... dan setiap kisah itu juga ada pembelajaran dan pengajaran yang sangat-sangat bermakna dalam hidup aku... setiap kejadian dan setiap kata-kata yang lalu akan aku simpan dalam kotak memori aku... INSYAALLAH...

dengan terlakarnya kisah pada hari ini maknanya akan menjadi ingatan la buat aku... 

aku melangkah dari rumah nak ke keja dengan perasaan yang sangat lapang, kerana masalah aku dah selesai... tiada dah salah faham yang timbul antara aku dengan rakan-rakan aku...

bila aku sampai jak kat rumah ke-4 aku ney... aku nak senyum jak sepanjang masa... walaupun kat bahu aku tengah memikul masalah yang sangat berat...

pagi tu, kami buat spotlight din surau quarters... lepas siap jak keja kat quarters tu, dalam sejam juga kami ber-8 duduk2 sembang2... dah penat duduk dan bersembang kami pun gerak la... kembali ke tempat asal....



lepas, kami balik pi office, aku pun hantar la nota and pen dengan kawan aku kat mechanical department... then aku stay2 la kat sana dalam beberapa minit (mo dkt 30 minit jg) hehehehehe
then, datang satu chief ney tanya pasal handphone aku canggih atau tak? aku ney pun blur r... chief tu masuk tetibah tehn tanya soalan begitu siapa tak blur kan... pas tu aku tnya la kenapa? chief cakap tolong ambil gambar... kebetulan sangat kat poket baju bengkel aku ada camera yang selalu mendampingi aku...
aku pun jadi tukang ambil gambar la pulak... dalam sejam juga la bergabung dengan dorang... 
sebelum ney aku ada juga tengok2 dorang maintenance machine, tu pun sebab aku kenal dengan staff mekanikal... kalau tak, tiadanya aku nak pelayang muka aku kat sana...

walaupun dorang hanya berkerja seramai 3 orang sahaja... tapi tetap best... lucu... hehehe
aku harap aku boleh jadi ahli dorang maintenance "binatang" tu (bkn aku yg sbut binatang, aku cuma ulang jk)...

then, lunch..... sebelum lunch tu... member ajak pegi lunch tapi aku cakap x nak... lepas 30 minit gitu datang lagi member ajak pegi lunch... tapi aku segan la nak ikut... so, aku pun tak ikut... n last aku pegi lunch dengan member2 yg selalu lunch together...
kami lunch kat 1B... lepas makan 2 member ney main archery... aku tak nak main... bab aku penat... hehhehe... habis main archery kami pun balik...

sampai kat office, aku terus buat report yang engineer aku suruh... first tu blank + blur ak cari idea macam mana mau buat... Alhamdulillah... hasil bantuan chief2 yang ada aku dapat buat report tersebut... cuma aku perlu cantikkan sikit jak ayat yang sedia ada... :D
lepas siap report tu and bateri lappy aku pun dah low... aku pun stop la buat report tu... then, cerita2 dengan chief... banyak cerita yang aku dapat... dan lebih banyak adalah ILMU ELEKTRIKAL... minat aku dalam bidang ney dah terlalu mendalam... tambah dalam lagi setelah tahu banyak perkara...

secara kesimpulannya, ini la kisah pada hri ini... kejadian pada hari ini memberikan semangat baru pada aku kerana nasihat, sindiran, kata-kata gurauan, dan segala kata-kata membuatkan aku ingin terus maju dan maju tanpa henti sehingga aku tidak mampu untuk terus dalam bidang ini... aku akan berusaha sebaik mungkin selepas ini untuk cita-cita yang aku pendam selama 10 tahun... Semoga terpacai dengan izinnya InsyaAllah...


terus melangkah

PENGALAMAN HARI INI MENJADI PENGAJARAN BUAT AKU SEBAGAI SATU PEMBELAJARAN KEHIDUPAN AKU...



semoga kisah selepas ini memberi seribu satu kisah dah Ilmu...

amiin...

Wednesday, February 22, 2012

Aku yang terlepas pandang...

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

aku mulakan kisah ini dengan ucapan Basmallah dan Salam... 

Saat diri bahagia dengan keadaan yang mengelilingi aku... aku lupa akan perkara-perkara kecil yang patut aku beratkan, kisahkan, ambil peduli, ambil tahu... iaitu... Pandangan Orang...

Aku terlepas pandang akan pandangan yang memerhati... 

kalau sebelum-sebelum ini aku pernah mention kat entri sebelum ney(byaknya sblum) bahawa, kisah aku macam berulang seperti tahun 2009-2010 ... dejavu ... cuma kisah pada insan yang berlainan... :D

aku cuba untuk berfikiran positif akan perkara ini... tapi, satu langkah aku telah membuat satu kesilapan... :(
terlalu banyak input yang aku dapat untuk kisah ini... sehingga aku menjadi binggung dan takut...
macam2 persoalan yang bermain diminda aku... betulkah? salahkah? ... tidak aku temukan jawapan(mcm lgu plak)

ingin aku betulkan apa yang telah salah, ingin aku luruskan apa yang bengkok... tapi kudrat aku sebagai seorang manusia hanya mampu melihat dan mengalami... 
aku tidak dapat mengundur masa... tapi apa yang aku dapat lakukan untuk masa hadapan ialah... meminta maaf...

AKU MINTA MAAF SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT... 

Semoga keadaan akan berubah seperti sedia kala tanpa ada salah faham... aku tak mahu keadaan berubah menjadi terukk... :(
perkara ini la yang membuat persahabatan aku jauh dengan seorang sahabat pada tahun lepas(2011)
perkara ini juga la yang membuatkan persahabatan aku goyah pada dua tahun lalu (2010)
dan aku tak mahu perkara ini berulang pada tahun ini (2012)

Ya Allah, 
lindungilah hati-hati kami dari permusuhan,
lindungilah hati-hati kami dari keretakkan,
lindungilah hati-hati kami dari permusuhan, 
Jagalah hati-hati kami sebagaimana Engkau menjaga Ukhuwwah yang terjalin ini,
Jagalah hati-hati kami dari pertelingkahan asal bisikan syaitan,
Jagalah hati-hati kami agar sentiasa tenang...
Jagalah hati-hati kami dari segala perkara yang Engkau murkai
Sesungguhnya, segala Puji hanya untuk Engkau Tuhan Sekalian Alam... 
Amiin ya Rabb al alamin...

Monday, February 20, 2012

Cerita Gila


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera

sepanjang practical ney, ini la kali pertama cuti aku yang paling panjang... 5 hari berturut-turut... BEST KAN?

aku start cuti dari hari khamis mingu lepas sampai hari ini... isnin...

berbalik kepada tajuk aku...
apa yang cerita gila ney sebenarnya.... sepanjnag 4 hari aku cuti... kerja aku on9 memanjang... boleh kira 15 jam la aku on9.... lappy aku ney, 3 hari dah x off... :Dngee

semalam, hari ahad adalah hari yang sangat gila bagi aku... kerja aku chatting memanjang... chattttttiiinnnnggggg jak dari pagi sampai malam...bila malam pulak bergayut kat telefon 3 jam juga rsanya... habis dah 5 bab aku cerita dengan member aku... 
last2 pagi tadi.. kepala aku berat sangat... PENING (padan muka)
lepas solat subuh aku continue tido... bab aku tak leh tahan dah...
kalu dah tido maknanya aku tak turun keja la hari ini...
so, aku pun SMS la satu ney suruh dia punch kad aku...
last2 bila aku bangun n aku tengok hp no DiGi aku.. rupanya member yg aku suruh punch tu pun tak datang.... 
aaarrrrrggggggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhh 
HABISLAH...
takkan la semua budak practical x datang keja? jeng3... 

lepas ney, aku nak kurangkan dah on9 ney.... kesan dia terlalu hebat dengan hidup aku....
:D
n lepas ney, aku nak rajin2 dah p kerja... x nak dah ponteng... hehehe....

Sunday, February 19, 2012

adakah ini ulangan kisah?


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum W.B.T dan slam sejahtera

simple... aku just nak luah perasaan kat blog tersyang aku ney... 
kalau korang x nk baca terpulang... :D

perkara yang lepas itu kita sebut sebagai pengalaman... dan dari pengalaman itu plak terdapat pengajaran...
DAN AKU BENAR2 DAH BELAJAR DARI PENGALAMAN TERSEBUT.... 

sejak kejadian yang menimpa diri aku pada tahun 2010.... aku yakinkan diri aku agar lebih kuat dan tabah untuk melangkah... dan lebih berani dalam membuat keputusan....

setelah itu, pada tahun 2011... 
mungkin apa yang aku lakukan adalah silap aku sendiri... AKU PEGI ADD GIRLFRIEND mmber aku(ex bf)
selepas aku nampak dia dah bahagia dengan GF dia... aku pun bla la... malas dah aku nak ganggu orang ney... lagipun aku tahu dia memang akan bahagia walaupun kena letak dimana sekalipun tanpa aku... sebab aku ney tak pernah WUJUD pun dalam hidup dia... ok stop it...

sebelum aku masuk kuliah balik (sem 3) AKU DELETE LA semua ACCOUNT FB AKU... sebab aku nak concentrate lebih kepada study tanpa ada gangguan yang tidak patut seperti FB... 

hiduplah aku dalam kedamaian selama 7 bulan plus2... seriously... kisah aku yang lalu aku, terutamanya "kisah kami" aku dah boleh lupa dah totally.... dengan kisah2 sampingan selepas itu.... 

aku harap kedatangan kau kali ini adalah untuk menjalinkan ukhuwwah kerana Allah... menjalinkan persaudaraan sesama muslim... bukan kerana hal2 yang lain... 
kalau boleh aku nak kenal kau sebagai kawan aku... berkawan kerana inginkan tali persaudaraan dan ukhuwwah yang boleh mendatangkan manfaat untuk diri..... aku harap ini bukanlah ulangan kisah dalam version yang berbeza....

Ya Allah... 
andai ini adalah takdir untukku
tabahkanlah hati ku melalui dugaan ini...
andai pertemuan ini adalah yang terbaik untukku
berikanlah aku kekuatan untuk menghadapinya
andai ini adalah satu ujian dariMu
redhailah aku, agar aku ikhlas dalam menempuhnya....
Ya Allah...
berilah aku kekuatan agar aku mampu untuk bersabar dalam segala perkara
semoga setiap tindakan ku dalam Redha MU ya Allah...
Amiin Ya Rabb Al alamiin... 

terima kasih kerana sudi membaca sehingga noktah ini.

Saturday, February 18, 2012

Pelajaran Hidup


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatu dan Salam Bahagia

Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan
Ramai Kenalan, Banyak Pengalaman...

Muqaddimah penulisan aku pada pagi2 buta ini... simple, tapi amat dalam ertinya buat diri aku...

aku ingin kongsikan pendapat aku tentang Kehidupan...

Hidup umpama RODA, roda plak berbentuk bulat... hidup ini adalah satu bulatan yang mana kita akan akhiri pada bila2 masa...
aku ringkaskan perjalanan hidup kita dari Alam ke Alam melalui gambar ini....



aku ingin --> ulas, cerita, pa2 jk la... tentang alam DUNIA....

Dunia, 
" dunia ini kejam"
" dunia penuh dengan pancaroba "
" dunia hanya persinggahan "
" dunia ibarat pentas lakonan"
dan macam lagi kata2 yang berkaitan dengan dunia (ak tak dapat fikir dah)
"LIHATLAH DUNIA" (kata lecturer aku sem 3)

wahai saudara dan saudari... lihatlah dunia yang penuh dengan penipuan, yang penuh dengan Drama, penuh dengan kepalsuan, penuh dengan keindahan, kemewahan, kebahagiaan, kebencian, kesakitan , dan banyak lagi ke, ke, ke, ke......... (lau nak mention satu2... x penguhujung..... )

bagi aku, hidup adalah satu pengembaraan... setiap hari yang kita lalui adalah satu kembara ... apa yang kita lihat, kita nampak sebenarnya adalah satu proses pembelajaran untuk kita... Hidup ADALAH pembelajaran....
aku tak pasti berapa banyak orang yang sedar akan perkara ini... menyedari bahawa hari2 yang kita lalui itu adalah proses pembelajaran...

mungkin, ada yang kata....
 " bosan la hidup ini... hari2 buat benda yang sama jak.... bagun, p kuliah , balik, tido... besok pun buat benda yang sma... bosan"

tapi, pernah kah anda mencari kelainan hari2 tersebut? hidup ini tidak bosan andainya, kita melihat sesuatu perkara yang buruk, teruk, negatif, itu dari sudut pandang yang berbeza... dalam erti kata lain... positifkan benda yang negatif... 

tidak semua manusia itu punya pemikiran yang sama... tapi cukuplah sekadar kita sendiri yang melakukan perkara tersebut... positifkan pemikiran...

satu lagi... musibah, bala, ujian hidup, masalah adalah perkara yang tidak pernah lari dari kehidupan kita sebagai manusia... sebab itu kita diberi akal untuk berfikir dan bertindak sewajarnya...

(semua perkara kat atas tu aku sebut sebagai musibah k...)
MUSIBAH... bila mana Allah memberi ujian kepada kita berbentuk musibah... seseorang itu terarah menjadi insan yang tabah ataupun lemah...

kadang2 musibah melemahkan seseorang, kadang2 musibah menguatkan seseorang....
Ambil la hikmah di sebalik musibah tersebut... kerana Allah tidak akan menjadikan sesuatu kejadian itu dengan sia-sia tanpa ada sebab... 
Carilah kebaikan pada setiap keburukan
kerana, segala apa yang kita lakukan walau hanya selangkah semua akan dipersoalkn di Alam Barzahk dan Alam Mahsyar... Wallahualam...

p/s : aku hanya ingin kongsikan apa yang terlintas di minda kau... andai ada salah dan silap... MOHON dibetulkan dan diluruskan apa yang tersasar... maaf la... lau tajuk x sesuai ngan entri... ak tak tau nak letak tajuk apa... :D

sekian...
Atie12

Thursday, February 16, 2012

Kenangan Terindah 1 (Industrial Training)

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu dan Salam Ceria

19/2/12 genaplah 2 bulan aku practical... 2 bulan sudah aku berada kat syarikat ney...
secara kasar, aku dapat simpulkan MEMANG BEST SANGAT... 

sejujurnya, aku datang ke syarikat ney dengan keadaan yang bluur dan tak tahu apa2... 
bila kena soal, aku hanya menjawab "tak tahu" hehehe (jujur kan)

Alhamdulillah
selama 2 bulan ney juga, setiap hari ada jak tambahan ilmu yang aku dapat...
nak tahu betul ke tak, tengok jurnal la... (temberang ney, padahal teda pa2 pun) hehe

2 minggu lepas, aku pindah sementara ke bahagian operation... selama seminggu d bahagian operation, seriously mata aku hanya menatap meter2 yang ada... dan sedikit boring... sebab tiada aktiviti lain selain ambi bacaan meter...

ambil bacaan pada meter

then, seminggu berakhir dengan ilmu yang bermanfaat dan pengalaman yang sangat hebat... x kn aku lupakan...

minggu lepas plak, kami warga electrical buat maintenance panel yg terbakar...
memandangkan atas sebab2 tertentu, kami tak boleh buat kerja tersebut pada waktu pagi... so, kami terpaksa turun kerja pada waktu malam...
bila kena bagitau kerja malam...
mula2 tu aku ragu2 cikit... takut beliau aku tak benarkan aku turun pada waktu malam...
tapi, Alhamdulillah... DIBENARKAN...

label busbar 
2 hari aku kerja dari malam sampai pagi...
sejujur-jujurnya, jauh dari lubuk hati aku yang paling dalam...
MEMANG BESTTTTT SANGAT.... tak rugi aku bersekang mata saat ramai orang di buai mimpi...
walaupun penat dan ngantuk... satu kenangan dan pelajaran yang baru dalam hidup aku....


objective practical ini dilakukan adalah untuk mendedahkan pelajar kepada suasana alam pekerjaan yang sebenar...
DAN aku benar2 alaminya....

saat ramai insan lena diatas katil ditemani mimpi yang indah...
kami pulak berkerja dalam suasana yang sangat gembira... tak lepas dari ketawa kerana lawak....

lepas, kerja malam tu.... satu badan aku sakit... mcm retak jak aku rasa semua tulang2 aku...
tapi aku tetap juga pergi kerja on monday... (semangt kan walaupun still penat) :P

banyak kenangan yang tercipta.... 12 minggu lagi aku akan berada disana... semoga hari2 aku dipenuhi dengan ilmu yang baru lagi bermanfaat dan kenangan yang terindah...


 mereka la keluarga baru aku di tempa kerja... LOVE all EMPLOYEES.... khasnya warga Electrical dan amnya semua warga kerja... warga operation dan warga mechanical... (ada warga kerja yg tertinggal?? ) hehehe

nantikn sambungan kisah di sebalik cerita kenangan terindah (industrial training) ini... :D


p/s : untuk mendapatkan pengalaman dan ilmu yang hebat apa yang perlu kita lakukan adalah berkorban atau melakukan pengorbanan... tiada perkara yang datang dengan mudah tanpa bayaran... untuk mendapatkan sesuatu yang cantik kita mestilah membelinya dengan nilai ringgit yang tinggi... begitu juga dengan Ilmu, perlu di bayar dengan masa, tenaga, dan duit... InsyaAllah... setelah berusaha dengan bersusah payah pasti akan ada ganjaran yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata dipenghujung penantian... 


Atie12

kembali lagi


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

apa khabar anda semua? sku harap kepada insan yang sudi membaca blog aku ini berada dalam keadaan sihat walafiat...

setelah sebulan lebih tak silap, aku private kn sementara blog ini.. kini aku kembali dengan macam2 cerita...

entri aku sebelum ini aku bagitau yang kini aku tengah LI kan d salah satu power station kat Sabah...

untuk bulan februari ney, macam2 perkara baru yang aku belajar...
perkara yang aku takkan dapat di mana2... hanya di sana sahaja...

smpai sini jak la aku merepek untuk setakat ini...
InsyaAllah... aku akan update cerita2 aku selama dua bulan yang lepas...

k sekian