Sahabat Maya

Tuesday, October 11, 2011

kasih yang pergi :P


Kasih bertandang kembali…
Mengenang kisah silam…
Rindu memburu diri…
Mencuba melupakannya…

Saat diri mencuba bangun setelah jatuh…
Rebah menyembah bumi…
Ku mencari kekuatan kembali…
Untuk meneruskan perjalanan yang hakiki

Ku berjanji,
Akan aku bahagia jika kau bahagia…
Tapi luka tetap menjadi teman…
Saat diri mengingat kan mu kembali…

Senyum mu dulu menjadi penawar diri ku
Tapi, senyum mu kini menjadi luka yang cukup pedih…
Tawa mu dulu, membuahkan keriangan pada diri ini…
Tawa mu kini, mencurahkan air mata ke pipi…
Adakah ini dendam, cemburu atau ini cinta?

Sungguh…
Jika diimbas kenangan silam itu,
Semua bagai lenyap di telan masa…
Takkan mungkin berulang kembali…
Kerana aku bukan untukmu…
Dan kini kau telah bahagia bersama dia….

8/8/11

andai kau ingin tahu...
bayangmu kini menghantui ku lagi
kemana ku pergi... 
kurasa kau disisi...
tapi semua hanyalah khayalan yang takkan menjadi realiti
kerana kau telah hilang tanpa jejak yang pasti...
tanpa kata yang menjadi kunci
untuk aku mencari...
bangkit ku kini 
untuk meneruskan langkah yang pasti...
bukan lagi kerana luka yang berapi
ku sedar semua dah tak bererti untuk diratapi
kerana aku sudah tiada di sisi...
untuk kejayaan yang menanti...

spontan by atie
11/10/11
0215

No comments:

Post a Comment