بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera
wahhhh~~~entri kali ini aku nak cerita pasala pa plak? hehehe
CEMBURU!!!
kalau aku kaji diri aku (ney kira muhasabah diri la)
baru aku sedar yang aku ney KAKI CEMBURU.... tapi aku tak tunjukkan la... bab aku ney kan muka tiada perasaan... :D
kadang2 aku cemburu dengan orang yang ada kat sekeliling aku...
TAPI,
dalam aku cemburu, aku bersyukur... kerana Allah bukakan mata aku agar aku lebih berfikir akan kelebihan yang patut aku rebut...
aku cemburu bila aku nampak ada orang yang lebih hebat...
aku berfikir yang aku nak jadi hebat seperti dia....
aku cemburu bila nampak ada insan yang solehah
jauh dilubuk hati aku, aku ingin menjadi solehah seperti insan itu
aku cemburu bila ada orang pandai
dalam belajar aku cuba menjadi pandai juga....
dan banyak lagi la perkara yang aku cemburu....
dalam cemburu aku bersemangat....
kerana,
kelebihan yang ada pada mereka aku ambil menjadi penguat diri aku untuk menjadi yang lebih baik dari sekarang....
P/s: cemburu la pada orang yang baik budi pekertinya agar kita berusaha untuk menjadi baik... jangan jadikan perasaan cemburu itu satu sifat yang negative yang membawa kita kepada kehancuran....
jadikan sifat cemburu ini satu batu loncatan untuk diri kita menjadi yang lebih baik...
insyaAllah...
:D
No comments:
Post a Comment